blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

13 Januari, 2011

Umrah Tarbawi: Daftarlah Segera!!

Assalamu'alaikum......


Ayuh pemuda .. Daftar segera sebelum 31 Januari 2011

1. Insyaallah, 11 - 22 Mac akan dilangsungkan Umrah Tarbawi anjuran Akademi Tarbiyah Pemuda dan Lajnah Ekonomi Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Al Quds Travel Sdn Bhd. Ianya adalah aktiviti julung kali dianjurkan oleh DPP Malaysia ke arah mencapai objektif berikut :
  • Memantapkan tahap taqarrub [dekat diri] kepada Allah
  • Membina kekentalan spiritual [ ruhani ]
  • Menjernih fikrah Islami [ pemikiran Islam ]
  • Menghayati seerah perjuangan Rasulullah saw
  • Menunaikan kewajipan umrah
Pimpinan DPP Malaysia yang akan memimpin Umrah Tarbawi 2011 ini ialah :
  • Ustaz Nasrudin bin Hassan at Tantawi
  • Ustaz Azman Shapawi bin Abd Rani
  • Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz
[ dan beberapa tokoh ulama' dan pimpinan PAS Pusat yang akan diconfirmkan kemudian berdasarkan jumlah peserta yang memberikan komitmen untuk menyertai Umrah Tarbawi ini kelak setelah tarikh tutupnya 31 Januari 2011 ]

2. Umrah Tarbawi mensasarkan 20 waktu solat berjamaah dan 2 kali Qiamulail di Masjidin Nabawi serta 2 kali Liqa' Fikri [ pembentangan kertas kerja ] di dewan penginapan peserta di Madinah Al Munawwarah [ 4 hari ]. Sementara sasaran mencapai 5 kali umrah, 3 kali Qiamulail dan 4 kali Liqa' Fikri [ pembentangan kertas kerja ] di Dewan penginapan peserta di Makkah Al Mukarramah [ 6 hari ].

[ kepada peserta yang ingin membuat capaian umrah dan qiamulail yang lebih kerap berbanding sasaran yang ditetapkan oleh penganjur adalah sangat dialu - alukan namun tertakluk kepada masa dan kesihatan ]

3. Umrah Tarbawi adalah suatu aktiviti yang unik dan menarik justeru ia berbeza dengan penganjuran umrah biasa. Umrah Tarbawi mengandungi 3 elemen utama penganjurannya :

a] Umrah - dibimbing oleh mutawwif yang berpengalaman
b] Ziarah - ke lokasi bersejarah dengan pidato\pengkisahan seerah
c] Tarbiyah - qiamulail , munajat dan Liqa' Fikri

4. Umrah

Umrah akan dibimbing oleh mutawwif berpengalaman yang terdiri dari pimpinan DPP Malaysia dan Al Quds Travel. Kursus Umrah kepada peserta juga akan diadakan sebelum berangkat ke Tanah Suci pada bulan February kelak insyaallah dan setiap peserta akan dibekalkan buku panduan umrah lengkap mudah alih.

Penganjur mensasarkan sekurang - kurangnya 5 kali umrah buat peserta yang akan dibimbing dengan ilmu dan tertib yang betul. Niat ihram akan dibawa dari 3 lokasi tanah halal iaitu Tani'm, Ji'ranah, Hudaibiyah dan Bi'r Ali bagi umrah yang pertama .

5. Ziarah

Sekurang - kurangnya 12 lokasi bersejarah dalam seerah perjuangan Rasulullah saw akan diziarahi oleh peserta UmrahTarbawi insyaallah. Setiap lokasi ziarah akan disertakan pidato\pengkisahan seerah untuk membekalkan ilmu dan penghayatan terhadap seerah tersebut.

Lokasi Ziarah ialah :
  • Masjidin Nabawi dan Masjidl Haram
  • Perkuburan Baqi' dan Ma'ala
  • Masjid Quba' [ masjid pertama ]
  • Masjid Qiblatain [ masjid 2 kiblat ]
  • Bukit Uhud
  • Medan Khandak
  • Pasar Kurma
  • Gua Thur
  • Arafah, Mudzalifah dan Mina
  • Gua Hira'
  • Ji'ranah
  • Hudaibiyah
  • Ladang Ternak Unta
6. Tarbiyah.

Aktiviti tarbiyah dalam Umrah Tarbawi ini tertumpu kepada pembinaan Ruhiyah dan Fikrah iaitu 5 kali Qiamulail dan 6 Liqa Fikri. Qiamulail akan diadakan di Raudhatun Nabi dalam Masjidin Nabawi dan di Maqam Ibrahim dalam Masjidl Haram. sementara Liqa' Fikri akan di adakan di dewan hotel penginapan peserta.

Kertas kerja yang akan dibentang ialah :
  • Tuntutan asy Syahadatain [ 2 kalimah syahad ]
  • Intima' dan Ibtila'
  • Melahirkan Pejuang bertaraf Ansoorullah
  • Seerah Rasulullah saw sebagai Landasan Perjuangan
  • Pra Syarat Kemenangan siri - 1
  • Pra Syarat kemenangan siri - 2

7. Penyertaan dan Pendaftaran

Penyertaan Umrah Tarbawi TERBUKA kepada semua [ Muslimen dan Muslimat ]
Pendaftaran [ pakej harga ] : RM 5490 - 3\4 sebilik | RM 5790 - 2 sebilik | RM 4392 - kanak kanak 2 -11 th

8. Penginapan

Fairuz Group Hotel di Madinah al Munawwarah
As Saraya Group, ANwar Diyafah dan Karam Diyafah Hotel di Makkah Al Mukarramah

9. Keterangan lanjut boleh hubungi :

Helmi 019 919 4477 | Ustaz Hasri 019 939 8200 | Ustaz Razki 019 939 8100

10. Syarat, terma dan nota tambahan

Pembayaran penuh ke akaun Maybank AL QUDS TRAVEL SDN BHD : 55303-800-5470 sebelum 31 Januari 2011
Tarikh penerbangan, temppoh, penginapan, aturcara adalah tertakluk kepada perubahan semasa, syarat dan terma
Penerbangan akan ditentukan oleh Al Quds Travel Sdn Bhd.
Harga TIDAK TERMASUK tiket penerbangan domestik
Setiap kumpulan akan diiringi oleh Pimpinan DPP Malaysia
Perlindungan Insurans Takaful Ikhlas
Kursus Umrah disediakan.


Semua pemuda - pemuda PAS dan seluruh ummat Islam diundang untuk menyertai UMRAH TARBAWI 2011 yang menawarkan satu pakej yang menarik dan unik . Semoga Allah swt menerima ibadah ini sebagai amal yang soleh .

* semua aturcara tertakluk kepada perubahan semasa .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat