blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

13 Januari, 2011

dah la MB haram, senang PULAK dapat LAKSAMANA PERTAMA(KEHORMAT) pulak tuuu...

Assalamu'alaikum......

TLDM sekali lagi diperalat untuk memberi anugerah pangkat LAKSAMANA PERTAMA (KEHORMAT) yang julungkalinya dalam sejarah ketenteraan dan Malaysia dimana seorang Menteri Besar yg merampas kerajaan berkhidmat 2 tahun ditauliahkan.Lihatlah, betapa seronoknya MB haram ini mendapat pangkat yang menaikkan nafsu RIAK n TAKBURnya...


KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER 10 – Majlis pemakaian Pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) kepada Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd kadir telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis ringkas di Kementerian Pertahanan Malaysia. Pemakaian pangkat tersebut diberikan kepada YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir selaku Menteri Besar Perak yang telah memberi komitmen yang tinggi terhadap warga TLDM. Semangat yang ditunjukkan terserlah apabila beliau sering dilihat ‘turun padang’ dan kerap melibatkan diri dalam majlis-majlis keraian serta kebajikan anjuran TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir merupakan Menteri Besar yang pertama dalam sejarah yang dianugerahkan pangkat Laksamana Pertama (Kehormat). Sebelum ini semua Menteri Besar atau Ketua Menteri dianugerahkan dengan pangkat Brig Jen (Kehormat). Sehingga kini seramai 13 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan, tokoh-tokoh akademik dan masyarakat telah dianugerahkan pangkat Kehormat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Penganugerahan pangkat ini turut membuktikan keyakinan kerajaan dan TLDM terhadap beliau yang begitu mengambil berat terhadap pembangunan dan the Navy People khususnya di Pangkalan TLDM Lumut. Majlis pemakaian pangkat tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YB Dato’ Dr. Ismail Ahmad, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin TUDM, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Seri Dr. Abdul Rahman Hashim dan panglima-panglima perkhidmatan lain.


Sumber : http://www.perak.gov.my/index.php/bm/component/content/article/103-artikel/263-mb-perak-dianugerahkan-pangkat-laksamana-pertama-kehormat-di-atas-komitmen-tinggi-kepada-tldm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat