blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

24 Januari, 2011

INSANIAH: pembangunan semasa KUIN di kuala ketil

Assalamu'alaikum......

Ditulis oleh mohamad fauzi abdul rahim
Isnin, 01 November 2010 08:55

KUALA KETIL, 1 November 2010 (Isnin): Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil dalam daerah Baling, kini giat dibangunkan mengikut jadual.

Khamis minggu lalu (27 Oktober) Rektor INSANIAH, Profesor Dato’ Dr Jamil Osman, dan Pengarah Pusat Kecemerlangan INSANIAH, Tuan Haji Shaya’a Othman, melakukan lawatan dan meninjau kerja-kerja pembangunan yang dilakukan

Majlis Pecah Tanah tapak kampus disempurnakan Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah INSANIAH, Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan Haji Abdul Razak, pada 18 Februari lalu.

Tapak itu berkeluasan 832 ekar dan kawasan kampus yang bakal dibangunkan ialah seluas 360 ekar membabitkan pembinaan bangunan pentadbiran termasuk dewan-dewan kuliah.

Asrama pula akan didirikan di zon dua dan tiga dalam fasa pertama yang boleh memuatkan kapasiti penuntut seramai sehingga 7,000 orang kerana penggunaan tanah secara berhemat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat