Ahlanwasahlan wamarghaban minkum
26 Januari, 2011
DEWAN ULAMA PAS PERAK SANGGAH KENYATAAN ZAMBRY
IPOH, 25 Jan - Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria hari ini membidas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di atas kenyataan beliau yang menuduh para ulama’ sebagai penyebar fitnah.
“Ulama’ berperanan menyampaikan kebenaran dan keadilan agama Islam, bukan penyebar fitnah”, beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zambry yang menuduh pihak tertentu yang mendakwa sebagai para ulama’ telah menyebarkan fitnah.
“Para ulama’ mempunyai ilmu dan bercakap berdasarkan ilmu, sebagai contoh sekiranya ada perbuatan pemimpin yang boleh membawa kepada amalan syirik dan khurafat tentulah para ulama’ menegur dan menyatakan kebenaran. Kalau ulama’ mendiamkan kemungkaran bererti ulama’ menjadi seperti syaitan bisu”, jelas beliau
Beliau juga menyatakan bahawa PAS selama ini telah berjaya melahirkan ulama’ yang dapat memimpin masyarakat dengan segala pendekatan tarbiyyah dan mampu melahirkan individu yang bertaqwa kepada Allah SWT.
"Inilah perbezaan yang jelas antara PAS dan Umno. Umno jelas-jelas mengenepikan peranan ulama’ dalam parti mereka, orang yang ada ilmu agama dalam Umno terpaksa bersetuju walaupun tindakan kerajaan menyalahi hukum agama seperti cadangan hub hiburan malam melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP)”, tegas beliau.
Menurut beliau, ulama’ di dalam PAS memimpin parti dan mendidik masyarakat dengan tarbiyyah Islamiyyah dan menerangkan perihal hukum halal haram supaya masyarakat bertaqwa kepada Allah SWT.
“Golongan ulama’ mampu memberi tunjuk ajar dan nasihat, perkara ini tidak berlaku dalam Umno dimana ulama’-ulama’nya hanya mengikut telunjuk pemimpin dan kepentingan politik mereka," ujar beliau.
Memetik ucapan beliau, “ Masalah antara Umno dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah negara Malaysia, sama ada dari sudut pentadbirannya, kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W Pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.
Beliau menyatakan bahawa, PAS mempunyai agenda besar dalam perjuangannya dan tidak sesekali terpengaruh dengan perjuangan nasionalis-sekular Umno, justeru Umno akan terus ditentang selagi parti itu mempertahankan dasar kebangsaan atau assobiyyah.
“Perjuangan PAS bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar Umno. Siapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi ia mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara mungkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. PAS tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul,” katanya.
CERITA: 3 Remaja Bermasalah

Assalamu'alaikum......


Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid-wiridnya sekali. Punyalah respect tok imam kat si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni...
Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."
ehm, lalu Tok imam pun terkedu & terpana...
salam UKHWAH
assalam alaik, ana berbesar hati untuk menerangkan segala isu-isu yang ana tahu. sila ikuti blog ana. maaf jika ada kesilapan.....
24 Januari, 2011
Sajak : Buatmu Tenang

Assalamu'alaikum......
N 05 Tenang
Kami turun dengan hasrat mencari menang
Membuatkan Barisan Nasional duduk tak senang
Biar orang kata Barisan Nasional kuat bukan kepalang
Namun Pemuda Pakatan Rakyat bangkit menentang
N 05 Tenang
Pilihanraya kecil ke 14 akan dikenang
menyaksikan kebangkitan Pakatan Rakyat sukar dihalang
Mara gagah mencetus gelombang
N 05 Tenang
Kami cekal mendepani ujian yang merintang
Segala tekanan dan cabaran akan dikekang
Demi membebaskan rakyat yang dirundung malang
Angkara khianat Barisan Nasional yang songsang
N 05 Tenang
Bumi mu akan terus dipelihara tenang
Justeru Tenang bukanlah Bagan Pinang
Kini kami datang tanpa fikir jalan pulang
kalah menang kami akan terus berjuang
N 05 Tenang
Cikgu Normala berwajah riang
Menggalas amanah meniti jurang
Demi khidmat tanpa curang
Mengharap redha dari Tuhan yang Maha Penyayang
N 05 Tenang
Medan siasah Islam dijulang
Watak pejuang bagaikan helang
Pantas menyambar bila berpeluang
Membawa Islam kesegenap ruang
N 05 Tenang
Daerahmu kini tidak lagi usang
Kalimah takbir gema berkumandang
Melakar masa depan yang cemerlang
Disinari hidayah penuh gemilang.
Murnikan perjuangan maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan
ISU SALAM: MUFTI perak kata hina islam jika, main isu salam

Assalamu'alaikum.....
.Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengecam pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) negeri Perak yang mempertikaikan calon PAS, Normala Sudirman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang berhubung isu bersalam.
Sehubungan itu, naib ketuanya, Salman Saleh mendesak Pengerusi MCA negeri yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ahli Parlimen Kawasan Gerik yang juga Ketua Wanita Parti Gerakan, Datuk Seri Tian Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memohon maaf mengenai isu tersebut.
“DPPN Pk menegaskan dan menyokong pandangan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang menyifatkan kenyataan isu bersalam tersebut adalah menghina Islam,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, Soi Lek juga pernah mengeluarkan kenyataan semasa Hari Raya Haji di Kelantan baru-baru ini yang sunyi berikutan kebanyakan kedai-kedai perniagaan ditutup tidak mengambil iktibar kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.
Manakala Lian Hoe terus mempertikai isu bersalam yang jelas tiada kefahaman terhadap agama Islam yang gagal dijelaskan dengan baik di dalam BN itu sendiri walaupun negara sudah mencapai lebih 50 tahun merdeka.
Sehubungan itu, beliau mendesak Umno negeri yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihatkan Soi Lek dan Lian Hoe berhubung kenyataan mengenai bersalam itu.
Katanya, kedua-dua pemimpin itu perlu memohon maaf seperti mana saranan Harussani agar lebih menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini.
“Jika Zambry gagal menasihatkan mereka, jelas bahawa Umno memang membiarkan orang bukan Islam tidak faham terhadap kebaikan Islam yang sebenarnya,” katanya.
INSANIAH: gambaran terbaru kampus induk Kolej Universiti Insaniah
MASJID
BANGUNAN CANSELOR (LOBI)
BANGUNAN CANSELOR
BANGUNAN CANSELOR DARI PANDANGAN BELAKANG
PERPUSTAKAAN DAN PUSAT KOMUNITI
DEWAN UTAMA
KULLIYYAH AL-QURAN
KULLIYYAH KEJURUTERAAN DAN MUAMALAT
DEWAN KULLIYYAH DAN PUSAT PENGAJIAN UMUM
INSANIAH: pembangunan semasa KUIN di kuala ketil
Ditulis oleh mohamad fauzi abdul rahim |
Isnin, 01 November 2010 08:55 |
KUALA KETIL, 1 November 2010 (Isnin): Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil dalam daerah Baling, kini giat dibangunkan mengikut jadual.
Khamis minggu lalu (27 Oktober) Rektor INSANIAH, Profesor Dato’ Dr Jamil Osman, dan Pengarah Pusat Kecemerlangan INSANIAH, Tuan Haji Shaya’a Othman, melakukan lawatan dan meninjau kerja-kerja pembangunan yang dilakukan Majlis Pecah Tanah tapak kampus disempurnakan Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah INSANIAH, Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan Haji Abdul Razak, pada 18 Februari lalu.
Tapak itu berkeluasan 832 ekar dan kawasan kampus yang bakal dibangunkan ialah seluas 360 ekar membabitkan pembinaan bangunan pentadbiran termasuk dewan-dewan kuliah.
Asrama pula akan didirikan di zon dua dan tiga dalam fasa pertama yang boleh memuatkan kapasiti penuntut seramai sehingga 7,000 orang kerana penggunaan tanah secara berhemat. |
14 Januari, 2011
ISU AGAMA: HARAMKAN PEKERJA ISLAM BEKERJA DI PREMIS JUAL ARAK

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong pandangan YB Dato’ Dr Hassan Ali yang mahukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menguatkasakan larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak. Sebelum ini, MPSJ telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Ronnie Liu.
Dalam hal ini, DPPWP merasa kagum terhadap YB Dato’ Dr Hassan Ali yang bertegas dengan prinsip Islam. Hukum Islam telah jelas menyatakan haram bagi umat Islam bekerja di premis yang menyediakan minuman keras apatah lagi meminumnya. Tindakan beliau dengan jelas membuktikan bahawa PAS tidak pernah menggadaikan prinsip dan maruahnya meskpiun bersahabat dengan pelbagai parti politik. Dasar PAS yang berjuang untuk Islam sejak dahulu hingga kini tidak pernah berubah walaupun bermacam halangan yang melanda. Ini juga membuktikan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan UMNO dan Barisan Nasional.
DPPWP juga menyokong dan mengucapkan tahniah kepada MPSJ kerana mahu melaksanakan larangan ini. Penguatkuasaan ini akan mampu mengelakkan umat Islam terjebak dengan maksiat dan dosa kerana bergelumang dengan perkara-perkara yang haram. Perkara-perkara haram sebeginilah yang menyebabkan kurangnya keberkatan kepada rezeki yang diperolehi sehingga melahirkan generasi yang rosak akhlak dan akidah.
DPPWP turut mengharapkan agar YB Ronnie Liu melaksanakan segera peraturan mengharamkan umat Islam bekerja di premis jualan minuman keras demi kemaslahatan umat Islam. Umat Islam di Selangor khususnya terlalu lama menginginkan kehidupan yang diberkati, jauh daripada dosa dan perkara-perkara yang haram.
Disediakan oleh,
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

TENANG: PAS umum calon 16 Jan
KOTA BHARU, 4 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menegaskan parti itu tetap akan ‘bertarung’ menentang calon Umno pada pilihan raya kecil Dun Tenang.
Menurutnya, walaupun ianya kubu kuat Umno, namun demokrasi dapat merubah segala-galanya.
“Dalam Islam tidak ada yang kekal melainkan Allah dan kita diajar berhubung perkara itu, jadi kita tidak perlu takut dan akan meneruskan perjuangan ini,” ujarnya.
Pada masa yang sama Tuan Guru turut mengesahkan, calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil Dun Tenang akan diumumkan pada 16 Januari ini.
Bagaimanapun katanya, calon yang bakal bertanding akan diputuskan pada mesyuarat khas 9 Januari ini.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung perkara itu, di JKR 10, di sini tengah hari tadi.
Menurutnya lagi, senarai calon sudah ada bagaimanapun ianya belum diteliti sepenuhnya.
“Tidak kiralah sama ada muslimat ke siapapun, mana yang baik kita akan terima. Lagipun kita telah mempunyai wakil rakyat di peringkat Dun dan Parlimen,” ujarnya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Dun Tenang pada 22 Januari dan hari 30 Januari.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lepas.
PRK TENANG: Guru diberi amaran undi BN – Mazlan

Assalamu'alaikum......

LABIS : Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Dr Wee Ka Siong bersama Pengarah Pelajaran negeri Johor, Markom Giran mengingatkan semua guru-guru perlu mengundi BN dan mempercepatkan mesyuarat PIBG Januari ini.
Demikian pendedahan oleh Timbalan Pengarah 1, Jentera Operasi PRK, Mazlan Aliman yang mendakwa Ka Siong bersama Markom telah berkempen awal supaya guru-guru menyokong calon BN dalam PRK Dun Tenang.
Katanya, mereka juga telah mengarahkan supaya mesyuarat PIBG ditambah dengan program sampingan dipercepatkan Januari ini yang setiap tahun diadakan pada bulan Mac.
Menurut beliau, tindakan Ka Siong dan Markom itu menyebabkan guru-guru tidak berpuas hati kerana menambah bebanan guru-guru dalam bulan Januari.
Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor mendapati Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) juga telah turun ke Dun Tenang bersama Penasihat Agama Johor, Dato’ Noh Gadut. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli juga dimaklumkan telah turun berkempen walaupun hanya ada 100 orang.
Tindakan itu tegas beliau membuktikan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) rela menjadi `kuda tunggangan’ BN kerana membenarkan BN berkempen sebelum hari penamaan calon.
Beliau turut mendedahkan Labis merupakan bandar tertua di Johor tetapi tiada pembangunan yang seimbang sebaliknya penduduk di daerah Labis masih jauh ketinggalan.
“Amat menyedihkan kerana Dun Tenang agak mundur jika dibandingkan dengan bandar-bandar berhampiran,” katanya.
Beliau yakin kemunduran Labis itu disebabkan kegagalan pimpinan BN dan Adun terdahulu yang tidak berupaya untuk membangukan kawasan sekali gus membela penduduk di situ.
Katanya, sudah menjadi amalan biasa BN setiap kali PRK akan berlaku projek mi segera dengan seperti menabur tar jalan dan sebagainya.
Beliau turut menyentuh tarikh PRK selama sebulan itu merupakan strategi BN untuk menggunakan jentera yang sedia ada bagi memastikan mereka mendapat kemenangan dengan majoriti 5,000.
Menurut beliau, dengan tarikh itu pimpinan BN yakin pengundi luar akan balik dan memberi sokongan kepada calon BN yang diwakili Umno.
Dato' Seri Nizar Melawatan Pondok Hadith At-Ta'alim di Manjung,PERAK.
13 Januari, 2011
Umrah Tarbawi: Daftarlah Segera!!
- Memantapkan tahap taqarrub [dekat diri] kepada Allah
- Membina kekentalan spiritual [ ruhani ]
- Menjernih fikrah Islami [ pemikiran Islam ]
- Menghayati seerah perjuangan Rasulullah saw
- Menunaikan kewajipan umrah
- Ustaz Nasrudin bin Hassan at Tantawi
- Ustaz Azman Shapawi bin Abd Rani
- Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz

- Masjidin Nabawi dan Masjidl Haram
- Perkuburan Baqi' dan Ma'ala
- Masjid Quba' [ masjid pertama ]
- Masjid Qiblatain [ masjid 2 kiblat ]
- Bukit Uhud
- Medan Khandak
- Pasar Kurma
- Gua Thur
- Arafah, Mudzalifah dan Mina
- Gua Hira'
- Ji'ranah
- Hudaibiyah
- Ladang Ternak Unta
- Tuntutan asy Syahadatain [ 2 kalimah syahad ]
- Intima' dan Ibtila'
- Melahirkan Pejuang bertaraf Ansoorullah
- Seerah Rasulullah saw sebagai Landasan Perjuangan
- Pra Syarat Kemenangan siri - 1
- Pra Syarat kemenangan siri - 2
Umrah Tarbawi: Daftarlah Segera!!
- Memantapkan tahap taqarrub [dekat diri] kepada Allah
- Membina kekentalan spiritual [ ruhani ]
- Menjernih fikrah Islami [ pemikiran Islam ]
- Menghayati seerah perjuangan Rasulullah saw
- Menunaikan kewajipan umrah
- Ustaz Nasrudin bin Hassan at Tantawi
- Ustaz Azman Shapawi bin Abd Rani
- Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz

- Masjidin Nabawi dan Masjidl Haram
- Perkuburan Baqi' dan Ma'ala
- Masjid Quba' [ masjid pertama ]
- Masjid Qiblatain [ masjid 2 kiblat ]
- Bukit Uhud
- Medan Khandak
- Pasar Kurma
- Gua Thur
- Arafah, Mudzalifah dan Mina
- Gua Hira'
- Ji'ranah
- Hudaibiyah
- Ladang Ternak Unta
- Tuntutan asy Syahadatain [ 2 kalimah syahad ]
- Intima' dan Ibtila'
- Melahirkan Pejuang bertaraf Ansoorullah
- Seerah Rasulullah saw sebagai Landasan Perjuangan
- Pra Syarat Kemenangan siri - 1
- Pra Syarat kemenangan siri - 2
dah la MB haram, senang PULAK dapat LAKSAMANA PERTAMA(KEHORMAT) pulak tuuu...

KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER 10 – Majlis pemakaian Pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) kepada Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd kadir telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis ringkas di Kementerian Pertahanan Malaysia. Pemakaian pangkat tersebut diberikan kepada YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir selaku Menteri Besar Perak yang telah memberi komitmen yang tinggi terhadap warga TLDM. Semangat yang ditunjukkan terserlah apabila beliau sering dilihat ‘turun padang’ dan kerap melibatkan diri dalam majlis-majlis keraian serta kebajikan anjuran TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir merupakan Menteri Besar yang pertama dalam sejarah yang dianugerahkan pangkat Laksamana Pertama (Kehormat). Sebelum ini semua Menteri Besar atau Ketua Menteri dianugerahkan dengan pangkat Brig Jen (Kehormat). Sehingga kini seramai 13 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan, tokoh-tokoh akademik dan masyarakat telah dianugerahkan pangkat Kehormat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Penganugerahan pangkat ini turut membuktikan keyakinan kerajaan dan TLDM terhadap beliau yang begitu mengambil berat terhadap pembangunan dan the Navy People khususnya di Pangkalan TLDM Lumut. Majlis pemakaian pangkat tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YB Dato’ Dr. Ismail Ahmad, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin TUDM, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Seri Dr. Abdul Rahman Hashim dan panglima-panglima perkhidmatan lain.
Sumber : http://www.perak.gov.my/index.php/bm/component/content/article/103-artikel/263-mb-perak-dianugerahkan-pangkat-laksamana-pertama-kehormat-di-atas-komitmen-tinggi-kepada-tldm
cari jam NEGARA anda!
wassalamun...
tamat
