blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

18 November, 2010

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah: SEMINAR PERUBATAN ISLAM

Assalamu'alaikum......



Histeria?Rasuk?Sihir?Saka?Istilah-istilah yang sememangnya agak popular di kalangan masyarakat Melayu khususnya.

Mutakhir ini, isu-isu berkenaan ilmu sihir, gangguan makhluk halus dan kisah seram sering terpapar di media massa tidak kira suratkhabar atau tv. Kisah-kisah realiti yang menjadi hangat tiba-tiba pada akhir-akhir ini seperti kes bisikan yang menyebabkan seorang pemuda menetak ahli keluarganya dan kes 'kehilangan' Siti Balqis membuatkan masyarakat awam mula mencari-cari alternatif untuk menyelesaikan kes-kes misteri ini setelah perubatan moden tidak mampu memberi jawapan secara fakta atau data.

Namun, itu hanyalah segelintir kisah yang menjadi perbualan umum masyarakat. Hakikatnya, boleh dikatakan beratus-ratus kisah dan pengalaman yang dialami oleh masyarakat kita sebenarnya. Malah tidak keterlaluan andai dikatakan ia juga terjadi di kalangan ahli keluarga atau saudara mara kita tanpa disedari atau tidak disedari.

Oleh itu, pihak kami mengambil inisiatif mengadakan Seminar Perubatan Islam dalam kadar termurah dan boleh dihadiri oleh semua lapisan masyarakat bagi memberi pendedahan berkenaan isu-isu yang berkaitan dengannya.

Apa yang anda dapat?
  • membincangkan mengenai kaedah perubatan mengikut Al-Quran dan As-Sunnah bagi menghadapi gangguan jin dan syaitan
  • mempelajari ayat-ayat di dalam Al-Quran yang boleh melemahkan jin
  • merungkaikan kes-kes misteri yang terjadi pada diri atau ahli keluarga
  • membezakan kaedah perubatan Islam sebenar dan sebaliknya
Kelebihan seminar ini?
  • menimba ilmu daripada Ustaz Suhaimi sendiri, pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah yang mendapat sanad daripada gurunya dalam bidang perubatan Islam ini iaitu Syeikh Abdul Wahid Salam Bali
  • pengijazahan ayat-ayat pertahanan diri
  • mengetahui asas-asas menjadi perawat kepada diri, keluarga mahupun orang awam
Matlamat akhir?
  • mengetahui serba sedikit bidang perubatan Islam
  • menyebarkan ilmu dan penjelasan mengenai sebarang kekeliruan kepada masyarakat awam.
  • menjadi perawat pada diri sendiri, ahli keluarga dan saudara mara. Insyaallah
Sasaran?
  • ahli agama
  • para pendidik
  • para doktor
  • ibu bapa
  • bakal pengantin
  • para pelajar
  • masyarakat awam
Bila seminarnya?Tempat?Kosnya?Berminat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat