blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

01 November, 2010

Dimana letaknya Keadilan untuk Pelajar Universiti? UKM buktikan ketidakadilan dlm akta AUKU

UKM : Universiti UMNO?

Bangi 20 Okt : UKM digemparkan lagi dengan isu terbaru berkaitan dengan penglibatan siswa UKM di dalam perhimpunan agung UMNO. Perkara ini disahkan dalam satu sidang media oleh front mahasiswa,KEMAS(Kesatuan Mahasiswa Mahasiswi) di KLCAH pagi tadi.
Juru cakap KEMAS , Izzat Fathi,pelajar Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan menyatakan bahawa bukti gambar tersebut dapat di lihat dalam sisipan akhbar perdana yang secara jelas memaparkan gambar siswa tersebut yang sedang mengadakan rehearsal untuk perhimpunan agung UMNO.


Perkara ini menimbulkan banyak pandangan dari siswa UKM antaranya Kaukus Siswa Melayu yang dilihat keras mempertikaikan isu yang di bawa oleh front KEMAS ini manakala front mahasiswa GMUKM terus menyambut isu ini untuk di bawa ke pihak atasan.
Isu ini pasti menjadi lebih hangat pada pilihanraya kampus yang akan datang kerana pada awalnya GMUKM dilihat pasti akan tergugat dengan isu UKM 4 akan tetapi isu ini pasti akan menjadi pertikaian terhadap pihak pentadbiran lebih-lebih lagi dalam keadaan ke empat-empat siswa tersebut yang akan berhadapan dengan prosiding AUKU setelah tewas di mahkamah baru-baru ini.
Menurut penganalisis politik kampus,isu ini akan memberi kesan yang besar kepada TSB yang cuba menarik minat mahasiswa kembali menyokong mereka.Dalam keadaan mereka yang sedang cuba menjenamakan semula pengaruh Melayu melalui Kaukus Siswa Melayu yang dikatakan non partisan,maka sudah pasti usaha mereka menjadi lebih sukar.
Menurutnya lagi,Penjenamaan semula Kaukus ini berkemungkinan ada kaitan dengan usaha UMNO untuk melakukan transformasi dengan memberikan bantuan kepada proksi mereka di kampus-kampus dengan membekalkan penasihat-penasihat untuk menyusun semula gerakan melayu yang lebih agresif di kampus yang berpusat di HEP dan antara pembawaan mereka pada kali ini jelas dapat dilihat mirip nada dan gaya PERKASA yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali.
Soalnya lagi,apakah isu siswa yang terlibat ini juga akan di dakwa dan disabitkan di bawah AUKU sama seperti kes UKM 4?Sekiranya mereka ini dari PALAPES,siapakah yang mengeluarkan arahan untuk mereka turun?Apakah respon TNC dan PPP berkaitan isu ini.?

UKM sejak dari dulu lagi tidak dinafikan banyak melahirkan ahli UMNO.Antaranya,Razali Ibrahim ( timb ketua pemuda UMNO),Dr Abd Hamid Othman ( bekas penasihat agama PM),Dr Abdullah Md Zain (bekas MP Besut) Tan Sri Yusof Nor (Pengerusi Felda) dan ramai lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat