blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

01 November, 2010

Mana AKTA AUKU? kenapa pelajar UKM ini boleh terlibat POLITIK UMNO?

SMM : Bebaskan Juga UKM4 Buktikan Keterbukaan UKM


Kehadiran 2 orang Mahasiswa UKM di Perhimpunan Agung UMNO menunjukkan Keterbukaan dan Kebebasan telah diberikan kepada Mahasiswa untuk menghadiri mana-mana majlis parti politik di negera ini.


SMM dan seluruh mahasiswa menyokong kebebasan berpolitik sepertimana termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan setiap warganegara untuk berpartisipasi kepada sesiapa sahaja. Saya merasakan sudah tiba masanya Kebebasan ini diberikan kepada seluruh mahasiswa di dalam Negara ini.

Atas dasar Hak dan Kebebasan inilah, saya meminta agar pihak Pentadbiran UKM perlu berlaku adil terhadap kes 4 orang mahasiswa yang disabitkan kesalahan berkempen di Hulu Selangor.

Sewajarnya, pihak Pentadbiran UKM menunjukkan sikap yang adil dan bijaksana di dalam kedua-dua kes ini, jika ‘bebas’ itu yang dilontarkan maka pihak UKM juga perlu membebaskan 4 Mahasiswa UKM daripada sebarang tuduhan.

Jika pihak UKM masih dengan sikap double standard terhadap mahasiswa sendiri, maka ini adalah suatu sikap yang jelas memalukan pihak UKM sendiri sebagai pentadbir Universiti di Malaysia ini. Dan ini juga menunjukkan pihak Pentadbiran UKM itu sendiri sebagai alat tidak rasmi UMNO untuk memenuhi keperluan dan kepentingan politik sempit sesetengah pihak.

Dengan ini, saya menegaskan bahawa, pihak UKM perlu membebaskan juga 4 Mahasiswa UKM daripada segala tuduhan yang dikenakan ke atas mereka jika 2 Mahasiswa UKM yang menyertai Perhimpunan Agung UMNO juga tidak dikenakan apa-apa tindakan di bawah AUKU.

MOHD RIDZUAN BIN OTHMAN
SETIAUSAHA GERAKAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat