Ahlanwasahlan wamarghaban minkum
saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...
14 Ogos, 2009
PAKATAN RAKYAT akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan.
Hampir 100 para pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu dari PAS, PKR dan DAP berhimpun di Tropicana Golf Club pagi ini mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan tidak lama lagi.
Keputusan ini dicapai selepas menerima cadangan dari pimpinan Pakatan yang telah membincangkan perkara itu sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Harakahdaily.
Menurut Anwar, mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang akan memperincikan perkara ini dan seterusnya mendaftar Pakatan Rakyat kepada Pendaftar Pertubuhan.
Menurut Anwar, beberapa persoalan teknikal seperti jumlah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat perlu tujuh parti akan diperincikan kemudian.
"Ini bukan undang-undang, ia hanya peraturan dalam mendaftar sahaja," kata Anwar.
Isu kedudukan Pakatan Rakyat yang dianggap longgar ekoran tidak didaftar secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN) menjadi salah satu topik perbincangan dalam Bengkel Memperkasakan Pakatan Rakyat di Tropicana Golf Resort hari ini.
Hampir 100 pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyertai bengkel bermula jam 9 pagi dan akan berakhir sehingga lewat petang ini. Selain Anwar, turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Yang tidak kelihatan hanya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Karpal Singh, Pengerusi DAP. Setiap parti menghantar kira-kira 30 perwakilan ke dalam bengkel sehari ini.
Turut sama dibincangkan adalah isu menangani arak di Selangor, Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat dan serangan BN terhadap Pakatan Rakyat.
Untuk isu arak, bengkel bersetuju dengan pendirian Selangor dalam hal ini. Isu pertembungan peribadi antara Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu dan Datuk Dr Hassan Ali juga selesai dalam bengkel ini.
Sehingga Pakatan Rakyat didaftarkan secara rasmi, isu disiplin akan ditangani oleh parti masing-masing. Isu serangan BN terhadap Pakatan juga dijawab oleh Anwar apabila ditanya wartawan.
"Kita akan pertahan habis-habisan kerajaan Selangor dan kita yakin BN memang akan berusaha ke arah itu sebagai yang mereka buat di Perak," kata Anwar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cari jam NEGARA anda!
wassalamun...
nalanniqa'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan