blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

10 Ogos, 2009

Bahaya Fitnah



SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam
ialah `suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk,
malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi
panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau `namimah' iaitu men ceritakan
keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian
dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah
menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan
di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan
hidup bermasyarakat.

Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa
besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan
kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri
hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan
tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan
jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar
menerima kebenaran.š’‘‘š


"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu
menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan
mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada
saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta
kepercayaan orang terhadap diri dan dak waannya, malah ingin
menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia sau daranya, bukan
sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana
dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan mem fitnah orang
lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman
dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan
dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan
teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan
segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah
itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh
bersatu dan berpecah belah.

Bagi Muslim sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis,
diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita
mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan
ditanya Allah.‘


"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui;
sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya
apa yang dilakukan." (al-Isra:36)

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa
Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan
Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda
bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa.
Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya
tidak bersuci daripada ken cingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan
memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil
berdoa: "Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya."

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu ber kembang dalam
masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan
maruah seseorang.

Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang
suka mengadu domba."

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian
terhadap `Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu
kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri
sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain,
dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka
dan tidak mencabuli hak mereka.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh,
kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun
ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan
fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se
hingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana
dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh
melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang
umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.

Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan
Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.
"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada
kalangan kamu; jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk
bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka
akan beroleh hu kuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan
orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara
mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

"Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman
lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri,
dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

"Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi
membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat
saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang
dusta.

"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya
kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab
seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan
lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu
tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka
perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang
besar dosanya.

"Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata:
Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya
Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah
satu dusta besar yang mencengangkan.

"Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi
perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang
beriman.

"Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-
Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

"Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di
kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi
sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui
(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.

"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya
kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya."
(an-Nur: 11-20)

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima
sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi
berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan
penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama
ada benar atau palsu.

Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan
kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (al-
Hujuraat:6)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat