blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

16 Februari, 2011

Pengarah MTD Pasir Panjang meninggal

Assalamu'alaikum......




Johari Jaafar

LUMUT, 15 Feb: PAS Kawasan Lumut telah kehilangan ahli jawatankuasanya, Zakaria Yassin, 51, yang meninggal dunia jam 1.00 pagi tadi.

Allahyarham juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) N51 Pasir Panjang, Pengerusi Bersama Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Lumut.
Pada malam tadi selepas pergi memancing, beliau mengadu sakit dan meninggal dunia selepas itu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Siti Zabedah Yasin dan lima orang anak.
Beliau bertugas sebagai pembantu tadbir di Pejabat Orang Besar jajahan Manjong. Jenazahnya akan dikebumikan di kampungnya, Batu Kurau, Taiping.

"PAS Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarganya dan berharap ahli keluarga tersebut bersabar menghadapi ujian ini," kata Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki.

1 ulasan:

  1. Inilah maksudnya berjuang hingga ke akhir hayat. Allahyarham Pak Ya, memang tiada pengganti melainkan kita yang berjuang seperti nya.... Ayuh, berjuanglah, jangan segan-silu untuk berjuang ke jalan Allah.

    BalasPadam

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat