Ahlanwasahlan wamarghaban minkum
saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...
23 Julai, 2012
Balas kata-kata mufti perak & perlis
Assalamu'alaikum......
seperti kata-kata yang lepas. mufti perlu ada taklifan (kewajipan) kepada atlit yang mahu sertai olimpik dan mahu menangguhkan puasa.
syarat seperti berikut:
1. tidak makan dan minum dikhalayak ramai(menghormati rakan yang berpuasa)
2. menjaga pergaulan. (tidak jadi fitnah)
3. cuba berpuasa jika mampu.
4. menutup aurat. (menghormati bulan ramadhan)
baru orang lain tidak syak-wasangka kpd mufti.
jika lakukan seperti ini.
jadikan perkataan kita sebagai ibadah..
terbaikkkk
Assalamu'alaikum......
Mufti setuju atlit Olimpik tangguh puasa???
http://www.malaysiakini.com/news/204430
Mufti perak dan perlis memberi kata putus untuk membenarkan atlit olimpik tangguh puasa menggabarkan mereka seperti mahu lepaskan tanggungjawab lain. sepatutnya mereka memberi syarat lain contohnya... menutup aurat, menjaga pergaulan seperti berpuasa.. itu barulah komen seorang mufti... kalau, cuma mesej je, tanpa penjelasan itu akan jadi konfius dikalangan masyarakat yang jahil..
10 TIP MUDAH ATASI MALAS
Assalamu'alaikum......
Dipetik dari buku Motivasi Alihan Pelajar tulisan Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd.
Dalam dunia ini tiada pelajar yang pandai atau bodoh. Yang ada cuma pelajar rajin atau malas. Malas adalah sikap kebanyakkan pelajar yang menyebabkan mereka menangguhkan kerja dan membuat ulangkaji disaat akhir. Malas juga mengakibatkan pelajar tidak menggunakan potensi dan kehebatan sebenar mereka dan berakhir dengan keputusan yang mengecewakan mereka sendiri. Ia satu bentuk perasaan yang hadir dalam diri untuk digunakan secara positif seperti malas melepak, malas, buang masa, malas bersembang kosong, dan sebagainya. Malangnya, pelajar tidak menggunakan perasaan ini secara positif . Sebaliknya mereka malas untuk belajar, beriadah, ke sekolah, menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya.
Persoalannya sekarang bolehkah perasaan ini dikikis? Kalau boleh apa caranya? Berikut adalah tip-tip yang boleh anda gunakan apabila malas menguasai diri. Ops! Jangan pula nanti ada yang berkata malas nak amalkan tip-tip ini sebab buku ini tidak boleh membantu mereka yang tidak mahu tolong diri sendiri.
Memanglah kalau mahu dibandingkan antara belajar dengan bermain pastilah belajar itu membosankan. Tetapi mereka yang berjaya pada awalnya juga malas tetapi mereka lakukan satu perkara iaitu PAKSA DIRI! Apabila anda mula paksa diri atau mengistihar jihad menentang perasaan malas, maka sedikit demi sedikit anda mula menguasai pelajaran. Apabila pelajaran mula anda kuasai minat pula mula tercetus. Apabila anda mula minat maka anda sebenarnya tidak perlu paksa diri lagi sebab segalanya menjadi begitu mudah untuk anda lakukan.
Berikut adalah perkara yang boleh anda lakukan untuk atasi sikap malas:
1. Amalkan doa ini
Doa adalah senjata mukmin seperti mana Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya:
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Ghaafir 40:60)
Allah s.w.t sendiri telah memberikan jaminan bahawa Dia nescaya akan memperkenankan doa hamba-hambanya. Sama ada cepat atau lambat hasilnya itu tidak penting, yang penting kita sebagai hamba melakukan apa yang telah Allah s.w.t sarankan kepada kita. Untuk atasi sikap malas eloklah kalau pelajar mengamalkan doa berikut:
“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kedukaan dan kesusahan, perasaan lemah, malas dan kebakhilan”.
2. Ingat matlamat atau sasaran anda
Anthony Robbins seorang pakar motivasi terkenal di Amerika telah menulis dalam bukunya, ‘People are not lazy. They simply have impotent goals - that is, goals that do not inspire them.’ Maksudnya, ‘manusia tidak malas. Mereka sekadar memiliki matlamat yang mati – iaitu matlamat yang tidak merangsang diri mereka’.
Persoalannya sekarang bagaimana untuk kita mempunyai matlamat yang merangsang diri?
- Kongsikan matlamat dan impian anda dengan orang lain - Mengunakan Teknik Visual (sila lihat bab Teknik Visual dalam buku ini)
3. 10 minit keemasan!
Sekiranya anda malas maka cuba katakan pada diri anda bahawa anda bukan mahu belajar satu jam pun, tetapi anda hanya mahu belajar selama 10 minit sahaja. Tetapi syaratnya, dalam masa 10 minit ini anda MESTI berikan yang terbaik. Tumpuan anda mestilah 100%, anda juga perlu baca dan faham sungguh-sungguh dan buat catatan tentang apa yang anda baca. Anda juga perlu firkirkan kembali apa yang telah anda baca dan cuba ceritakan semula pada diri anda apa yang anda faham.
Selepas habis masa 10 minit itu, apa yang anda rasa? Saya yakin anda rasa sayang untuk berhenti belajar sebab ketika itu anda mula seronok dan sikap malas yang ada sebelumnya telah hilang. Sebab untuk atasi perasaan malas ini ia umpama keretapi yang bergerak dan menarik gerabak-gerabak. Pada peringkat awalnya keretapi perlukan momentum dan tenaga yang banyak dan bergerak secara perlahan. Semakin lama keretapi menjadi semakin laju, pergerakan semakin lancar dan ketika itu susah pula untuk berhenti.
Begitulah juga dengan belajar. Susahnya hanya pada beberapa minit awal sahaja. Tetapi kalau anda mula paksa diri dan lakukan 10 minit yang terbaik, insyaAllah perasaan malas akan pergi. Bagaimana pula kalau selepas 10 minit perasaan malas masih lagi wujud? Itu disebabkan anda tidak menggunakan 10 minit keemasan itu sebaik-baiknya. Maknanya anda kena ulang semula 10 minit tersebut sehingga anda berjaya atasi perasaan malas itu.
4. Banyak membaca bahan motivasi
Di sini bukan bermakna anda perlu banyak membaca buku pelajaran tetapi sebaliknya banyak membaca buku-buku motivasi yang mampu mencetuskan pemikiran positif dan merangsang diri untuk berubah menjadi rajin. Setidak-tidaknya bacalah artikel- artikel motivasi yang pendek-pendek yang boleh anda cari dengan mudah dalam internet.
Baca juga kisah-kisah kejayaan orang lain kerana apa yang dibaca itu nanti mampu memberikan inspirasi untuk anda turut berjaya seperti mereka. Malah mungkin melebihi pencapaian mereka dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil.
5. Susun dan mudahkan jadual belajar
Ada ketikanya anda rasa malas sebab hidup anda kelam kabut dan tidak teratur. Anda rasa terlalu banyak yang mahu dilakukan tetapi tidak begitu pasti apa yang banyaknya. Anda mahu siapkan tetapi tidak tahu yang mana satu mahu disiapkan atau dibaca dahulu sebab anda tidak pernah ada satu senarai kerja dan tiada sebarang jadual. Ambil masa untuk susun kerja anda dan buat jadual harian dan jadual belajar. 30 minit masa yang anda berikan untuk merancang boleh selamat sehari masa anda.
6. Rehat dan tidur yang cukupMalas akan terbit apabila badan terasa lemah dan letih. Oleh itu rehat dan tidur yang cukup adalah satu cara yang boleh diambil bagi mengatasi rasa malas.
7. Riadah
Ada ketikanya anda rasa malas sebab tiadanya aktiviti fizikal yang membolehkan darah dan oksigen berjalan lancar dalam badan. Cubalah libatkan diri dengan pelbagai aktiviti riadah dan anda pasti akan dapati tubuh badan yang segar menjana semangat belajar yang tinggi.
8. Berkawan dengan orang yang positif
Tingkah laku dan sikap anda banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan anda. Sekiranya anda berkawan dengan mereka yang positif, yang mahu belajar dan sering berbincang tentang pelajaran maka lama-kelamaan sikap positif ini akan mempengaruhi diri anda juga.
9. Amalkan teknik pernafasan
Ada ketikanya anda rasa malas sebab oksigen yang dibekalkan ke otak berkurangan. Otak memerlukan 25% daripada bekalan oksigen yang dihantar ke badan untuk berfungsi dengan baik. Sebab itulah apabila kita baru sahaja selesai makan makanan yang berat seperti nasi maka diri terasa malas kerana sebahagian besar oksigen digunakan untuk menghadamkan makanan. Satu cara yang boleh dilakukan ialah tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan beberapa kali. Anda serta merta akan terasa lebih segar.
10. Suarakankatajayaanda
Salah satu cara untuk anda mengatasi rasa malas ialah dengan cipta beberapa katajaya untuk disarankan pada diri anda sendiri. Berikut adalah beberapa contoh katajaya:
- - - -
Dimana ada kemahuan di situ ada jalan Susah dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya Biar kalah bermaruah dari kalah menyerahAnda boleh cipta katajaya anda sendiri.
DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN
05 Februari, 2012
Rektor KUIN takut buka mulut kerana MAHASISWA
Assalamu'alaikum......
MB Kedah diarah 'tutup mulut': Tiba masa Rektor KUIN buka mulut
Setelah MB Kedah diarah oleh Lujnah Politik PAS Pusatr untuk menutup mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan media mengenai kes 5 OKT, skuad mahasiswa prihatin yakin inilah masa yang tepat untuk mendesak kepimpinan tertinggi KUIN membuka mulut menjawab semua persoalan yang berlaku.
Sejak sekian lama pentadbiran KUIN sunyi sepi daripada menjawab sebarang persoalan dan hanya bersembunyi di sebalik kekebalan MB Kedah bagi menutup kelemahan yang ada. Skuad Mahasiswa Prihatin akan mendesak agar pihak KUIN mengeluarkan kenyataan rasmi dalam isu ini agar masyarakat tidak hanya melihat ianya satu musibah kepada MB Kedah sahaja tetapi keputusan pergantungan pelajar dibuat oleh pihak pentadbiran KUIN.
Skuad Mahasiswa Prihatin
4 Februari 2012

Dekan HEP KUIN hentikan USRAH? mengapa?
Assalamu'alaikum......
Dekan HEP KUIN… Mengapa Usrah, Tarbiah Diabaikan?
Sudah menjadi bualan mulut semua siswa siswi KUIN terhadap pendekatan yang digunakan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar KUIN, Ustazah Rohani Binti Desa, beliau dikritik hebat kerana dengan sengaja memberhentikan program tarbiah usrah yang sebelum ini kian lama rancak berjalan di kalangan penuntut KUIN.
Walaupun kehadiran beliau sebagai ustazah memang dinanti nantikan oleh penuntut KUIN yang menggantikan En Zul yang ditolak siswa siswi KUIN, namun keadaan menjadi lebih buruk lantaran tindakan Ustazah Rohani menghentikan program tarbiah usrah yang kononnya menjadi kubu kuat penyokong tegar 5 OKT KUIN.
Adhoc Training Course (ATC)
Bukan sekadar itu bahkan program Adhoc Training Course (ATC) juga beberapa kali dihalang oleh Dekan HEP apabila mengeluarkan surat arahan kepada pengawal agar tidak membenarkan dewan digunakan oleh ATC hanya kerana prejudisme sedangkan program ATC hanya ingin melatih melahirkan siswa yang mahir dalam bidang Pengacaraan Majlis, Protokol, Aplikasi Design dan Akademi Fasilatator.
Ustazah juga pernah menghalang hak ATC untuk mengadakan lawatan ke KL menggunakan bas KUIN dengan alasan pelajar baru menggunakannya walhal kami telah diberi maklum oleh Us Azki yang menjaga Bas, tidak ada masalah kerana hari Jumaat dan Sabtu pelajar sudah tamat Minggu Silaturahim.
Jabatan Nuqaba’
Ustazah terlalu prejudis dengan pembawakan Jabatan Nuqaba’ seolah menentang HEP, sedangkan Jabatan Nuaqaba’ sebelum ini banyak membantu KUIN dalam aspek pembinaan akhlak dan sahsiah. Hingga kini USRAH BELUM DILAKSANAKAN DAN BELUM BEROPERASI semenjak ustazah Rohani menjadi Dekan HEP.
USRAH DIHENTIKAN!!!
Seluruh siswa siswi KUIN menjadi mangsa terbantut tarbiah. Pelbagai alasan diberi antaranya nak buat sistem ICMS yang baru bagi pelaksanaan usrah, silibus nak disemak semula, Ingin memilih Nuqaba’ dan lain lain, namun hingga kini hampir SETAHUN USRAH TERGENDALA dan langsung tidak berjalan.
Pelajar KUIN menjadi lebih parah kerana tiada tarbiah. Bila masalah sosial berleluasa , adakah seratus peratus hendak disalahkan kepada pelajar atau persatuan pelajar?
Triple T Training
Program latihan remaja Islam yang menggunakan aplikasi teknologi dan media mendapat sambutan hangat di kalangan penuntut KUIN , memberi nafas baru kepada kaedah usrah sesuai dengan remaja semua peringkat namun kini terkubur kerana apabila kertas kerja dibawa untuk melaksanakannya kepad HEP maka ia ditolak dengan beberapa alasan.
Ramai alumni Triple T Training bertanya bila nak buat tahap dua ? kami terpaksa memberitahu hal sebenar yang berlaku, walaupun agak mendukacitakan…
Hinggakan poster SOLEHAH MARIYAM SA’ARI yang digantung bagi mengucapkan tahniah kerana mengharumkan nama KUIN di dalam TV al Hijrah pun dirampas HEP atas alasan tidak ada kebenaran.
Setahu kami sebelum ini langsung tidak pernah pun mana mana banner program pelajar diberikan kebenaran. Atau kalau nak laksanakan peraturan baru seharusnya HEP bijak mengeluarkan notis terlebih dahuhlu agar mudah difahami pelajar.
Namun kami tetap mendoakan agar Allah terus memberi kekuatan dan hidayah kepada semua warga HEP supaya lebih mesra pelajar. Yang penting kami berharap Ustazah dapat SEGERA melaksanakan usrah yang sudah lama tergendala.
Please…Tolonglah ustazah, jika marahkan kepada kami skuad prihatin pun jangan sampai adik-adik kami terbantut usrah. Kami harap perbuatan menghentikan beberapa gerak tarbiah di atas bukanlah dikategorikan dalam dosa tetapi adalah malapetaka besar menimpa warga KUIN.
Jika dosa maka lebih besar musibahnya berbanding malapetaka.
Terima kasih dan mohon maaf atas segalanya.
Luahan :
Skuad Prihatin Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

14 April, 2011
Hilangnya ILMU Pengetahuan
Assalamu'alaikum......
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a berkata: Aku mendengar Rasullullah saw. bersabda;
"Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah dihabiskan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berFATWA tanpa ilmu pengetahuan. Mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain."
(H.R. Muslim.)
08 April, 2011
Profil Calon PAS PRU DUN Sarawak
Assalamu'alaikum......
N20 Sadong Jaya
nama : Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi
umur : 34 tahun
pendidikan : SMB Saint Thomas
Diploma Kepimpinan Islam
(Institut Latihan Kepimpinan Perkaderan Dakwah Islamiah)
Jawatan pernah disandang;
N20 Sadong Jaya,
1. Piee bin Ling
(PRK).........................................1,857
2. Wan Wahap @ Wan Abd Wahap bin Wan Sanusi
(BN)...........................................2,715
mejoriti 858

- Pernah bertanding di Parlimen Batang Lupar, menjadi calon tunggal Pas di Sarawak. Dalam pilihanraya tersebut,beliau tewas kepada Rohani Abdul Karim (PBB)
- Ketua Pemuda Pas Negeri Sarawak(sekarang)
- Pengarah PASTI negeri Sarawak.(sekarang)
N20 Sadong Jaya,
1. Piee bin Ling
(PRK).........................................1,857
2. Wan Wahap @ Wan Abd Wahap bin Wan Sanusi
(BN)...........................................2,715
mejoriti 858
Langgan:
Catatan (Atom)
cari jam NEGARA anda!
wassalamun...
nalanniqa'