blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

14 April, 2011

Hilangnya ILMU Pengetahuan



Assalamu'alaikum......

Ertinya:

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a berkata: Aku mendengar Rasullullah saw. bersabda;

"Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah dihabiskan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berFATWA tanpa ilmu pengetahuan. Mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain."

 

(H.R. Muslim.)

08 April, 2011

Profil Calon PAS PRU DUN Sarawak

Assalamu'alaikum......

N20 Sadong Jaya


nama : Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi
umur : 34 tahun
pendidikan : SMB Saint Thomas
Diploma Kepimpinan Islam
(Institut Latihan Kepimpinan Perkaderan Dakwah Islamiah)

Jawatan pernah disandang;
  • Pernah bertanding di Parlimen Batang Lupar, menjadi calon tunggal Pas di Sarawak. Dalam pilihanraya tersebut,beliau tewas kepada Rohani Abdul Karim (PBB)
  • Ketua Pemuda Pas Negeri Sarawak(sekarang)
  • Pengarah PASTI negeri Sarawak.(sekarang)

Kaputusan PRU Sarawak ke-9(2006).

N20 Sadong Jaya,

1. Piee bin Ling
(PRK).........................................1,857
2. Wan Wahap @ Wan Abd Wahap bin Wan Sanusi
(BN)...........................................2,715

mejoriti 858

Profil Calon PAS PRU DUN Sarawak

Assalamu'alaikum......

N22 Sebuyau
HJ ADAM BIN AHID

  • Ahli PAS
  • Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak
  • 62 tahun
  • Asal dari Sebuyau
  • Merupakan keluarga yang besar yang berada di sebuyau, sebangan, sungai apin, seruyu dan tebelu.
  • mempunyai kenalan yang ramai serta pelbagai bangsa mengenalinya termasuk Iban dan cina di DUN sebuyau.
  • sudah berkahwin
  • 4 orang anak.

Kaputusan PRU Sarawak ke-9(2006).

N22 Sebuyau,

1. Mohammad bin Akek
(PRK).........................................1,300
2. Julaihi bin Narawi
(BN)...........................................3,748

mejoriti 2448

Profil Calon PAS PRU DUN Sarawak

Assalamu'alaikum......

N22 SEBUYAU
  • Ahli PAS
  • pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak
  • 62 tahun
  • berasal dari Sebuyau
  • mempunyai keluarga yang besar

Calon-calon Parti Islam Se-Malaysia bagi Pilihan Raya DUN Sarawak.

Assalamu'alaikum...... Salam Pejuang Muda

Ini adalah senarai Calon-calon PAS bagi pilihan raya DUN Sarawak kali ke-10.








Dosa Kerajaan BN di Sarawak(ESP)

Assalamu'alaikum......


1. Allah swt telah mengurniakan 2 perkara besar kepada BN di Sarawak.

Pertama : Kuasa [ mandat rakyat melalui pilihanraya sejak dulu ]
Kedua : Harta [ Petroleum, balak dan sumber alam yang lain ]

2. Malangnya menurut pengamatan saya, Sarawak jauh tertinggal 2 perkara berbanding Semenanjung .

Pertama : Pembangunan Agama
Kedua : Pembangunan dan Kebajikan Rakyat

3. Tiada siapa boleh menafikan realiti yang saya sebutkan ini. Jika Sarawak negara miskin saya tidak persoalkan, tetapi Sarawak adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi, malang jika saudara ke Sarawak, saudara dapati Sarawak seperti Semenanjung di era 80an malah masih banyak kawasan yang ketinggalan dari segi pembangunan agama dan material.

4. Allah sebut dalam al Quran [surah al Baqarah] bahawa manusia adalah khalifah Allah di muka bumi ini. Khalifah sebagaimana yang ditafsirkan oleh al Mawardi di dalam kitab karyanya Ahkam Sultaniyyah ialah peganti tugas nabi saw dalam :

Pertama : Menegakkan Agama di atas muka bumi
Kedua : Mentadbir dan mengurus muka bumi berdasarkan agama.

5. Harta dan kuasa yang dikurniakan oleh Allah swt selayaknya dimanafaatkan sepenuhnya oleh BN untuk membangunkan agama dan kebajikan rakyat. Malangnya kekayaan hanya berlegar dikalangan elit golongan pemerintah dan mereka yang berada dalam lingkaran pemerintah. Perkembangan agama juga tidak dibangunkan dengan serius. Rata hidup rakyat di Sarawak dalam keadaan miskin dan jahil. Mereka sengaja membiarkan rakyat dalam keadaan miskin dan jahil agar mereka terus mengekalkan survival kuasa mereka dengan meletakkan rakyat senantiasa bergantung kepada mereka dan mereka pula boleh "memperbodohkan" rakyat.

6. Tanah Rampasan Regim Taib Mahmud

Sumber : Parti Keadilan Rakyat Tingkat 3, Lot 469 Bangunan Al Edrus Jalan Satok 93400 Kuching Sarawak.

200 Kes persengketaan Tanah Dayak di Sarawak dalam 2011. Beribu - ribu hektar tanah Dayak telah dirampas oleh Taib Mahmud. Kebanyakannya telah digondol oleh keluarganya. Mereka mendapat keuntungan dengan menjualkan tanah - tanah itu kepada syarikat - syarikat perladangan. Sejak 5 tahun kebelakangan ini, Raziah Mahmud dan Mahmud Bekir telah menerima hadiah sebesar kepulauan Singapura dari Ketua Menteri.
  • Bidayuh : Munggu Kupi dan Antara Sg. Igom Sadong. Dirampas oleh bomoh kepada Taib [Ahmad bin Su'ut] - Poliga Sdn Bhd
  • Melanau : Pulau Bruit di rampas oleh Raziah Mahmud [adik perempuan Taib] Quality Concrete Holdings.
  • Iban : Sebangan dirampas oleh Taib Mahmud dan anak saudara Taib dan saudara maranya. Eastern Eden, Poh Zhen dan Mesti Bersatu Sdn Bhd.
  • Iban : Kawasan Jalan Lidong dirampas oleh Timbalan Ketua Menteri Jabu [ Gerald dan Barbara Jabu] - Herba Aromatics Sdn Bhd
  • Iban : Sungai Takan dan Hulu Sungai Nyatak, Tatau dirampas oleh anak saudara Taib Elia Geneid. - Ikrar Bumi Sdn Bhd.
  • Iban : Bijat Land District dirampas oleh anak Taib Mahmud [ Mahmud Abu Bekir Taib] Titanium Management.
  • Iban : Pasai Siong - Sungai Retus dirampas oleh saudara mara dan anak - anak Taib Masretus Oil Palm Plantation.
  • Penan : Kawasan di Mulu dirampas oleh Raziah Mahmud, Taib Mahmud. Mesti Bersatu Sdn Bhd, Borsarmulu Resort Sdn Bhd
7. Kini hanya 5 % sahaja baki hutan hujan yang masih tinggal di bumi Sarawak, Taib Mahmud akan membolot kesemuanya. Ini cuma sebahagian dari ketidakadilan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi di Sarawak.

Kesimpulan :

Rakyat Sarawak mesti manafaatkan pilihanraya kali ini untuk bangkit membuat transformasi seiring dengan transformasi yang sedang meledak di seluruh dunia agar mereka benar - benar bebas dari penguasa yang memusatkan kuasa dan harta untuk mereka terus bermaharajalela. Keadaan ini berlarutan sejak sekian lama kerana Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai kuasa pengimbang [check and balance] dalam pemerintahan dan pentadbirannya. Ini membuatkan BN angkuh dipersada kuasa.


Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pilih Pakatan Rakyat


Assalamu'alaikum......
salam ukhwah dari ana Pejuang Muda....

Tanggal 16 april 2011, di negeri Sarawak akan mendapat satu tragedi dan sejarah baru bagi rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama kerana Sarawak kaya dengan pelbagai budaya dan keturunan iaitu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Pelbagai spekulasi boleh dibuat dalam tempoh bermula hari ini. Pilihan Raya Negeri Sarawak ini akan melibatkan dua kumpulan politik yang besar iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. oleh kerana mejoriti kerusi di negeri Sarawak dimiliki BN tetapi PR masih tidak memutus asa untuk bertanding di negeri Sarawak.

PR telah memulakan pergerakan untuk menawan negeri Sarawak sejak 3 bulan yang lalu. seperti PRU13 yang akan datang, PR sudah bersedia untuk menawan Putrajaya katanya.

Kata Presiden PAS, "PAS ingin bersama rakyat Sarawak membuat perubahan melalui PAS dan Pakatan Rakyat ke arah negeri Sarawak yang lebih baik daripada pemerintahan BN.

jesteru, presiden PAS juga menyeru rakyat Sarawak tumbangkan Barisan Nasional.

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat