blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

21 Disember, 2010

Isu Negara Islam: Pemuda PAS perjelaskan


Assalamu'alaikum......

Pemuda PAS sedia perjelas hudud | Print |
Nasruddin Hassan

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) malah seluruh warga pemuda Islam menyokong penuh kenyataan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian terhadap kemelut gejala sosial yang kian membarah mutaakhir ini. Barah sosial atau penyakit masyarakat hari ini adalah berpunca daripada maksiat dan mungkar yang berleluasa malah perkara ini telah diketahui umum.

Malangnya masih ramai yang masih berdegil untuk bertahan di bawah satu sistem yang gagal sejak lebih 50 tahun yang lalu. Ternyata sistem yang dicipta oleh manusia hari ini mempunyai 1001 kelemahan dan terbukti tidak mempunyai keupayaan tinggi mengatasi masaalah sosial, jenayah malah juga penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang semakin ketara.

Lebih 50 tahun rakyat bersabar menghadapi musibah dan becana besar menimpa negara dan rakyat. Kini keadaan tidak mungkin lagi boleh dibiarkan walau untuk tempoh yang dekat. Peradaban dan tamadun sedang runtuh bersama lunturnya nilai budi dan maruah ummah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya perlaksanaan syariat Islam dan hukuman hudud dijalankan sementara pelbagai pihak mula mencari formula bagaimana mahu mengatasi kemelut sosial yang parah ini. YB Karpal Singh sendiri mencadangkan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas penjenayah yang saya kira jauh lebih berat dari hukuman hudud atau syariat Islam yang ditolak olehnya.

DPPP kira inilah masa yang tepat untuk Islam dan syariatnya dilaksanakan. Kenapa mahu menolak, sedang masyarakat dan negara belum menyaksikan bagaimana syariat Islam beroperasi membetulkan segala sistem nilai dan maruah bangsa yang tercalar teruk pada hari ini? Sangat tidak adil jika Islam ditolak sementah itu sedang peluang ia membuktikan kemampuan dan keupayaan menyelesaikan barah sosial negara belum diberikan.

DPPP sedia bertemu dengan YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang atau mana-mana pihak bagi menjelaskan bagaimana syariat Islam dan hukum hudud ini boleh berperanan memulihkan satu peradaban yang kian runtuh pada hari ini. Bahkan DPPP bersedia untuk bertemu dengan siapa jua yang memerlukan penjelasan mengenai perlaksanaan syariat Islam ini termasuk pihak pemerintah.

Sementara undang-undang atau peraturan yang ada pada hari ini gagal merawat dan mengubati penyakit masyarakat yang melanda teruk hari ini kenapa tidak kita menerima perlaksanaan syariat Islam. Menerima perlaksanaan syariat Islam bukan bermakna non muslim dipaksa memeluk ajaran Islam.

Lojiknya selama ini kita boleh menerima dasar dan peraturan yang digubal oleh British sedang kita semua bukanlah orang British, maka apa masaalahnya jika negara yang majoriti penduduknya adalah muslim melaksanakan syariat Islam. Bukankah sistem yang sedia ada itu telah gagal melahirkan sebuah masyarakat yang soleh dan sejahtera?

Realiti ini diakui oleh semua sehingga kini YB Karpal Singh juga mencadangkan hukuman yang lebih berat. Justeru itu, langkah bijak ialah menukar sistem kepada yang lebih baik, adil dan berkesan. Perlu diingat bahawa keberkesanan sesuatu jalan penyelesaian bukan hanya dilihat kepada berat dan kerasnya hukuman tersebut tetapi dilihat kepada sejauh mana ia mampu menimbulkan keinsafan dan kesedaran dikalangan masyarakat khasnya penjenayah terbabit.

Maka syariat Islam bukanlah sekadar hukuman semata-mata tetapi penyelesaian bestari dan hikmah. Di sinilah DPPP melihat Islam perlu diberi peluang justeru Islam mempunyai pakej penyelesaian yang cukup baik. Bermula dari:-

Pendidikan atau pentarbiyahan

Pembinaan atau pembentukan minda dan peribadi

Pencegahan atau kawalan

Pemantauan

Alternatif

Hukuman setimpal

Islam tidak berhenti di atas hukuman semata-mata. Malah hukuman Islam sebahagiannya jauh lebih ringan berbanding hukuman ciptaan manusia yang ada pada hari ini. Hukuman berat dan keras tidak menjamin sesuatu hukuman itu berkesan seperti hukuman mandatori gantung sampai mati ke atas pengedar dadah , biarpun hukuman itu keras dan berat namun realitinya pengedaran dadah semakin berleluasa. Jelas ianya tidak berkesan. Lantaran hukuman itu tidak mempunyai pakej sebagaimana syariat Islam.

DPPP percaya kebaikan sistem syariat Islam sebenarnya disedari oleh semua yang membaca sejarah kerana ia suatu yang praktis bukan teori atau khayalan. Jika tidak masakan YB Lim Guan Eng mahu menjadikan pentadbirannya mencontohi Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang beliau sendiri tidak pernah menemui khalifah itu.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz melaksanakan syariat Islam justeru itulah ia mampu menonjolkan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam pentadbiran dan pemerintahannya. Kehebatan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan kecemerlangan pentadbirannya adalah kerana beliau komited dengan perlaksanaan syariat Islam.

Sekiranya pemimpin DAP itu dalam satu masa mahu mencontohi Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan dalam satu masa lagi sebahagian pemimpin DAP menolak perlaksanaan syariat Islam yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu sebagai satu penyelesaian kepada barah sosial hari ini, maka DPPP mengira ia satu kekeliruan yang besar malah dilihat tidak wajar dan ia kelihatan seperti retorik atau hipokrit.

DPPP berharap semua pihak tidak prejudis terhadap perlaksanaan syariat Islam termasuklah Umno dan BN sendiri selaku pemerintah pada hari ini. Islamlah satu-satu penyelesaian yang terbaik untuk konflik dan kemelut yang dihadapi oleh manusia kerana syariat Islam itu datang terus dari Allah, Tuhan yang mencipta manusia.

Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi,

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pakatan Simpati mangsa kemalangan bas dua tingkat.




Assalamu'alaikum......

Pakatan simpati mangsa kemalangan bas
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Pakatan Rakyat Perak melahirkan rasa simpati terhadap semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas di di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan memberitahu, tragedi yang meragut 27 nyawa itu sangat mengejutkan dan menyedihkan seluruh rakyat di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa pampasan segera diberikan kepada keluarga mangsa yang terlibat bagi meringankan beban mereka.

"Walaupun nilai nyawa tidak dapat diganti dengan nilai wang, saya berharap pampasan yang setimpal diberikan kepada keluarga magsa secepat mungkin sesuai dengan peruntukan yang sedia ada," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Semalam, kemalangan terburuk itu berlaku pada 11.40 pagi apabila sebuah bas dua tingkat milik San Express Holiday membawa 37 pelancong dari Thailand sedang menuruni bukit. Tiga rakyat tempatan terdiri pemandu bas, penolong pemandu dan seorang pemandu pelancong turut terbunuh.

Selain itu, Pakatan Rakyat Perak juga mencadangkan supaya pihak kerajaan mengambil tindakan segera mengkaji secara terperinci terhadap lokasi tersebut dan sepanjang laluan dari Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang dikatakan sering berlaku kemalangan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar pernah membangkitkan isu bahaya bas dua tingkat di lebuhraya sewaktu membahaskan usul memotong gaji Menteri Pengangkutan.

Beliau membangkitkan perkara itu ekoran beberapa kes kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam khususnya bas yang sering berlaku.

Isu Negara Islam: Kenyataan Karpal berkenaan matlamat PAS

Assalamu'alaikum......

Isu Negara Islam - Apa sepatutnya pendirian PAS?

[sumber image]
Semalam masa konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Cikgu Wan Rahim yang jadi moderator timbulkan isu berkenaan ucapan Karpal Singh "Langkah mayat saya dulu kalau mahu laksanakan negera Islam."

Masa ucapan penggulungan, Karpal Singh dilaporkan berkata:
“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” katanya.

Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.

“Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.

“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat), (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi (Awang),” kata beliau.

“Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera, kena dipercepatkan,” kata Karpal lagi. TMI

MalaysianInsider melaporkan:
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh untuk menyelesaikan isu negara Islam.

Hadi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, partinya sentiasa terbuka untuk menjelaskan isu negara Islam kepada rakyat dan juga pemimpin-pemimpin politik negara ini.

“Kita sentiasa terbuka untuk beri penjelasan dalam isu ini (negara Islam), kita juga bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal.
“Saya sentiasa berjumpa dengan Karpal, cuma kita perlukan masa, berikan masa kepada PAS untuk jelaskan isu ini kepada rakyat,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang. - TMI
Dr. Aziz Bari pulak berpendapat:
Walaupun Karpal Singh sudah menunjukkan ‘lampu hijau’ untuk membincangkan isu negara Islam, namun penganalisis politik Prof A. Aziz Bari berpendapat, isu yang dilihat “duri dalam daging” dalam hubungan DAP-PAS, tidak memerlukan perbincangan.

Ini kerana menurut Aziz, isu negara Islam tidak termasuk dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat selain tidak disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga mencadangkan adalah lebih baik Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP memberi tumpuan ke atas perkara-perkara lain daripada bercakap soal negara Islam.

Malah perkara itu juga tidak disenaraikan dalam Buku Jingga dikeluarkan semalam, yang merupakan agenda Pakatan Rakyat susulan kepada Dasar Bersama diterima pakai Disember 2009. - TMI
Masalahnya sekarang, apa pendapat majoriti rakyat Malaysia yang akan mengundi masa PRU13 berkenaan isu Negara Islam ni? Elok sangat kalau PAS boleh buat kajiiselidik berkenaan isu ini. Lagi baik kalau disekalikan dengan persoalan apa pendirian yang rakyat Malaysa mahu PAS ambil dalam isu ni.

Kalau hasil kajian tu majoritinya nak PAS "tutup buku" pasai isu Negara Islam, PAS ada 2 pilihan. Yang pertama ikut macam kehendak tu dan "tutup buku" ataupun pilihan kedua, teruskan mendidik rakyat Malaysia sampai majoriti rakyat Malaysia sokong konsep Negara Islam.

Ataupun, PAS boleh buat-buat "tak reti" dengan isu ni. Maksud aku, bagi komen bila isu ni timbul (yang tentunya akan ditimbulkan oleh Umno BN masa kempen PRU13) dengan harapan komen-komen tu kalau pun "tak boleh menambah undi" sekurang-kurangnya tak menipiskan lagi peluang untuk ke Putrajaya.

Masalahnya bila pimpinan PAS buat kenyataan pasai isu ni, akan ada pihak-pihak lain yang akan buat kenyataan balas. Malah mungkin jugak akan ada kenyataan balas dari pihak dalam PAS sendiri.

Mulut tempayan boleh la ditutup...

Apa pun, akhirnya rakyatlah yang akan buat keputusan masa PRU13 nanti, dan aku yakin isu Negara Islam tak banyak sikit, tetap memberi kesan.

Berkaitan

16 Disember, 2010

Bapak Boret, Anak RIntik....

Assalamu'alaikum......

INIKAH ANAK MENTERI UMNO YANG TUDUH MP PAKATAN 'BODOH' DAN 'GILA"



Ada seorang menteri Umno@Apco berkata ahli Pakatan Rakyat bodoh dan gila berikutan cadangan mengheret Speaker ke mahkamah. Kalau tak silap menteri tu jaga bab undang-undang. Gambar-gambar ni pernah disiarkan dulu. Cuma nak ajak semua berfikir kalau anak sendiri tak tahu nak didik dan jaga dengan baik, orang ni yang kita nak harapkan jaga undang-undang negara?









Agak-agak boleh kenal tak siapa bapaknya ?

Berita Bola: Insentif, Kafa membisu, pemain gelisah

Assalamu'alaikum......



Wartawan Kita

KOTA BHARU, 16 Dis: Selepas lebih dua minggu kerajaan mengumumkan memberi insentif RM200,000 kepada pemain Red Warriors di atas kejayaan menjulang Piala Malaysia, namun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih membisu.

Sedangkan beberapa pemain meluahkan rasa tidak senang hati di atas tindakan Kafa tersebut.

Antaranya bekas pemain Akmal Rizal Rakhli mendedahkan kepada media, Kafa tidak berpegang kepada janji dan tidak adil dalam pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia.

Ekoran itu beliau dan beberapa pemain lain mengambil keputusan meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, sehingga hari ini Kafa belum menghantar sebarang surat jawapan terhadap tawaran insentif kerajaan negeri kepada pemain ekoran kejayaan merangkul Piala Malaysia.

Katanya, kerajaan negeri telah mengumumkan insentif sebanyak RM200,000 diberi kepada pemain yang berjaya menjulang imej Kelantan apabila menggondol piala tersebut.

”Sehingga ke hari ini surat tawaran dari kerajaan yang dihantar kepada pihak pengurusan Kafa tidak dijawab bagi membolehkan satu majlis diadakan untuk memberi insentif kepada pemain.

”Kita memberi peluang untuk mereka menentukan tarikh yang sesuai dan senarai pemain bagi hadir menerima insentif di Kota Darulnaim.

”Namun malangnya sehingga ke hari ini Kafa tidak menghantar sebarang surat jawapan bagi membolehkan pemain yang berusaha keras sebelum ini menerima sedikit saguhati kerajaan negeri,” katanya di sini.

Pada Ramadan lalu kerajaan negeri juga membelanjakan sebanyak RM237,000 membawa seramai 36 pemain dan pengurusan Kafa mengerjakan umrah.

Malah pada musim lepas kerajaan negeri juga melupuskan hutang Kafa sebanyak RM700,000 daripada cukai hiburan yang dikenakan.

Manakala tahun ini cukai hiburan yang sepatutnya dibayar oleh Kafa kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebanyak RM378,341 juga telah dilupuskan.

Bagaimanapun kata Abdul Fattah kesungguhan kerajaan negeri membantu pemain dan Kafa masih dipandang negetif pihak tertentu.


sumber: www.harakahdaily.net

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat