blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

22 Februari, 2010

Amaran kepada UMNO yg rampas PERAK....org mude nk kata






salam alaik....




sesudah melihat keputusan mahkamah lepas,
saya berpendapat keputusan itu hanya menenangkan hati zambry dan org2nya sahaja.
tapi bukan saya.. keputusan mahkamah yang mengisytihar zambry sebagai MBperak adalah retori semata-mata.. bukan yang ikut ucapan DS Najib Tun Razak.......
RAKYAT DIDAHULUKAN,
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN......



maksud RAKYAT DIDAHULUKAN,
sepatutnya zambry dahulukan rakyat yang mahu bubarkan DUN perak.



bukan umumkn die sbgai MB.


PENCAPAIAN DIUTAMAKAN,
rakyat perak mahu capai bubarkn DUN perak,
bukan pencapaian zambry.....
DSNajib pown perlu bertanggungjawab keatas perkataan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.........
pesanan org mude perak,
Perkataan KALAH,
kalah itu tidak semestinya perjuangan itu salah atau tidak betul atau tidak sah pada Allah.
MENANG pula,
menang tidak semestinya perjuangan itu betul dan benar2 belaka. dan diredhoi Allah.
renungkanlah....
pikir pakai otak n ilmu.....
bukan pakai mate.........



-pejuangmuda-

21 Februari, 2010

apakah kata2 harussani (Mufti Perak) itu benar?



Apa kata Mufti Perak terhadap Shahrizat?
8 Rabiul Awwal 1431H
Jebat Berani



Sebelum ini bukan main lantang lagi Mufti Perak,Tan Sri Harussani membidas Sisters in Islam(SIS) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita..
Tan Sri Harussani menyifatkan bahawa mana-mana pihak yang mempunyai tanggapan sedemikian bermaksud mereka tidak mempercayai hukum Allah dan boleh dianggap sebagai terkeluar daripada islam.

-cina islam-

Fakta dan statistik ANAK luar NIKAH......undg2 manusia GAGAL?



Terbukti undang-undang manusia gagal menangani masalah maksiat, zina dan sebagainya.
Allah telah menjadikan undang-undangNya yang adil, berkesan dan ada barokah.
Namun manusia masih bebal, bongkak dan degil masih tidak mahu kembali kepada jalan Allah.
Akhirnya masalah di bawah ini yang kita hadapi sekarang.
Malangnya pihak berkuasa hari ini masih terus memandang perkara ini sebagai tidak penting dan remeh.
Punca-punca maksiat terus dibiarkan malah digalakkan pertumbuhannya.

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiridaripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidakberkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nomborsijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagianbawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpacatatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan padasetiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kespendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahirankelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003)30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkanadalah anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
N. Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang.

07 Februari, 2010

solat hajat untuk SAVE PERAK PR


Solat Hajat "selamatkan Perak"
bersama YAB Datuk Seri Haji Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin
Hari Isnin
8 februari 2010
Masjid Kg Jeram Kampar
Solat Maghrib Berjemaah

Dunia luar lebih tahu siapa salah dalam Isu Liwat antra DSAI n saiful...




Setelah seminggu mengikuti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, rumusan awal oleh dunia antarabangsa ialah mantan timbalan perdana menteri itu sekali lagi menjadi mangsa fitnah dan konspirasi peringkat tertinggi.



Di Australia, parlimen menerima laporan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar negaranya bersabit isu Anwar.



Pengerusinya Michael Danby memaklumkan parlimen bahawa pihak tertentu dalam Umno sekali lagi di dapati memperalatkan sistem perundangan Malaysia untuk membunuh karier politik Anwar.



Danby memberitahu parlimen bahawa pengamal demokrasi di sekitar rantau ini terkejut dengan apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.



Ahli politik veteran mengenai hal ehwal Asia ini berkata untuk kali kedua, pihak-pihak tertentu dalam kerajaan merekacipta bukti termasuk memalsukan dokumen manakala saksi dipaksa untuk memberi keterangan bagi mensabitkan Anwar.



Beliau berkata perbicaraan konspirasi kedua adalah mirip perbicaraan pertama yang dilalui oleh Anwar pada tahun 1999.



Menurut beliau kedua-dua siri perbicaraan berkenaan mencemar usaha Malaysia mencanang diri sebagai pendokong prinsip-prinsip demokrasi.



Danby menegaskan bahawa semua pihak di Malaysia dan pengamal undang-undang antarabangsa yakin Anwar tidak bersalah atas semua tuduhan ini.



Danby berkata pertuduhan fitnah liwat terhadap Anwar diulang kerana beliau adalah satu-satunya ahli politik berbangsa Melayu dalam pembangkang yang berupaya menggugat kedudukan Umno.



Dalam pada itu akhbar The Australian berpendapat perkembangan yang sedang berlaku di Malaysia kini hanya menyerlahkan hakikat bahawa Umno perlu berundur setelah memegang kuasa lebih daripada lima dekad.



Di bawah Umno, Malaysia sudah pun jauh ketinggalan berbanding negara-negara yang dahulunya lebih mundur daripadanya, menurut The Australian dengan merujuk kepada Indonesia sebagai contoh.



Untuk perbandingan, pertumbuhan ekonomi Indonesia mengatasi Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut, termasuk tahun ini.



Contohnya ketika ekonomi Malaysia mengucup negatif 2.8 peratus tahun lalu, Indonesia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 4.5 peratus.

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat