blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

30 Disember, 2009

Adakah Parti Bulan Akan Menghadapi Zaman Gerhananya?


Penulis Tamu - pendikar gunung kriang

Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku esok - Jumaat 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431 Hijriah, bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan JAKIM hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi. Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi.

Saya bukan tukang tilik apa lagi mempercayai khurafat yang boleh menyebabkan akidah saya tergelincir. Tapi secara kebetulan tahun 2010 disambut oleh parti Pas dengan pelbagai kenangan tidak manis sepanjang tahun 2009. Seolah-olah sedikit demi sedikit sepanjang 2009, gerhana bulan sudah melanda parti bulan (Pas).

Sebenarnya 2009 dimulai dengan sinar cemerlang untuk Pas apabila memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 dengan majoriti lumayan yang sekaligus merampas kerusi itu dari tangan BN. Ia kemudian disusuli dengan kemenangan Pas untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti beberapa bulan kemudian, semuanya dengan majoriti yang amat lumayan.

Tetapi selepas itu, Pas mengalami ujian demi ujian dari Allah. Bermula dengan isu kerajaan perpaduan, perang dingin antara dua puak dalam parti sehingga timbul cabar mencabar untuk letak jawatan, kemenangan tipis dalam PRK Manek Urai, kekalahan dalam PRK Teluk Kemang, isu amalan kronisme dalam kepimpinan tertinggi Pas dan terbaru pengunduran dua personaliti penting di pejabat Menteri Besar Kelantan. Walaupun pihak-pihak yang didakwa bertelagah enggan mengaku mereka bertelagah, namun masih ramai yang percaya jika tiada angin mustahil pokok bergoyang. Walaupun memang benar media arus perdana memainkan peranan untuk membesar-besarkan ribut kecil dalam cawan, tapi ramai berpendapat ribut dalam cawan atau ribut dalam tangki besar adalah tetap ribut juga yang tidak boleh dipandang ringan.

Oleh itu apabila 1 Januari 2010 - permulaan tahun baru - disambut oleh gerhana bulan, parti bulan (Pas) perlu melihatnya dari sudut positif. Pemimpin-pemimpin parti bulan perlu melakukan banyak kerja supaya tiada gerhana bulan lagi yang melanda Pas. Gerhana bulan yang berlaku di Malaysia pada awal pagi 1 Januari 2010 nanti hanya gerhana separa bukan gerhana penuh di mana bulan hilang terus di ufuk langit. Bayangkan jika gerhana bulan penuh melanda parti bulan pada 2010, alamatnya Pas mungkin akan berpecah menjadi parti serpihan, pakatan pembangkang di bawah PR akan musnah dan mungkin gulung tikar dan BN akan tertawa besar sambil membayangkan kabinet baru yang akan ditubuhkan di negeri-negeri yang kini dikuasai oleh PR. Dan jika itu berlaku.... pemenang PRU ke-13 sudah boleh dijangka!

Justeru selain bersolat sunat gerhana pada 1 Januari 2010, kepimpinan Pas perlu merenung kembali antara kepentingan diri sendiri, kepentingan keluarga, kepentingan parti dan kepentingan rakyat, ramai yang masih mengharapkan perubahan pucuk pimpinan di peringkat federal dalam PRU ke-13 menjadi kenyataan.

Kepada kepimpinan Pas, jangan biarkan gerhana bulan esok 1 Januari 2010 menjadi petanda gerhana penuh yang memusnahkan parti bulan pada 2010 ini!! -Pendikargunung

Kenapa Takut Jalankan Sebatan????



KENAPA ada ‘gencatan’ terhadap pelaksanaan hukuman enam sebatan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno setelah Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai 2009 menjatuhkan hukuman itu atas kesalahan minum arak di tempat awam?

Kini sudah masuk hampir setengah tahun sejak hukuman dijatuhkan tetapi masih belum dilaksanakan.

Dalam keadaan sekarang, bukan sahaja kita sukar untuk mendapat jawapannya, malah agak kabur ke arah siapakah patut ditujukan soalan tersebut, serta daripada siapa hendak ditagih jawapan.

Umum telah dijanjikan hukuman itu akan dilaksanakan selepas bulan Ramadan lalu, sebagai menghormati bulan puasa yang mulia ketika itu. Kini, bukan sahaja bulan puasa telah lama berlalu, hari raya pun sudah disambut, bukan setakat hari raya puasa tetapi raya haji sudah pun lama berlalu.

Ini juga di sebalik penjelasan yang sudah pun dapat diterima umum betapa sebatan bagi pesalah wanita adalah lebih ringan serta berbeza dibandingkan sebatan ke atas pesalah lelaki.

Dan, ini juga di sebalik pengakuan pesalah sendiri – Kartika – betapa beliau sudah insaf serta reda untuk menerima hukuman sebatan itu tanpa mahu merayu terhadap hukuman tersebut.

Justeru hakikat bahawa hukuman tersebut masih belum dilaksanakan sehingga kini telah menimbulkan lebih banyak persoalan.

Pada asasnya, keputusan itu disandarkan kepada undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang menerusi pindaan tahun 1987 kepada Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang menetapkan:

“Sesiapa jua orang Islam dalam mana-mana kedai atau tempat awam, menjual, membeli atau meminum arak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan”.

Kartika bernasib baik kerana hukuman yang boleh dikenakan ke atasnya turut meliputi ‘atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau

kedua-duanya’ tetapi hakim memilih untuk sekadar mengenakan ‘denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit’.

Hukuman sebat bagaimanapun, menerusi ‘dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan’, adalah bersifat mandatori yang tidak dapat tidak perlu dijatuhkan ke atasnya.

Kartika sudah pun dijemput serta menaiki van jabatan berkenaan dari rumahnya di Sungai Siput, untuk dibawa ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman sebatan. Tiba-tiba ada arahan dia dikembalikan ke pangkuan keluarganya.

Kini, setelah berbulan-bulan keputusan mahkamah dibuat, pelaksanaan enam sebatan itu pun belum dapat dilakukan.

Seharusnya hukuman ke atas Kartika segera dilaksanakan. Melengahkannya hanya terus mengundang persepsi negatif terhadap sistem dan undang-undang syariah kita yang tempiasnya tentu terkena kepada kerajaan yang ada juga.

Kita pula di pihak yang benar, jadi laksanakanlah hukuman sebatan ini. Sama-samalah kita bertanggung jawab ke atasnya dengan berpegang kepada prinsip berani kerana benar.

warGa kuAntaN
Kuantan

28 Disember, 2009

Utusan Pemimpin; Pemuda Pas Pusat



DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
PARTI ISLAM Se MALAYSIA (PAS)

Dewan pemuda PAS Pusat membantah sekeras – kerasnya tindakan Kerajaan Mesir yang tidak memberi kebenaran dan laluan kepada Viva Palestina Convoy 3 untuk meneruskan perjalanan bantuan ke Gaza. Malangnya, kini Konvoi yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign tersebut tersekat di Aqaba, Jordan setelah disekat masuk oleh Kerajaan Mesir.

Kerajaan Mesir telah menyekat deligasi sukarelawan tersebut yang diterajui oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway yang telah berjaya mengumpulkan lebih dari 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan ke Gaza.

Rombongan ini telah bertolak dari London pada 05 Disember 2009 dan merentasi jalan darat melalui benua Eropah. Mereka sepatutnya dijadualkan sampai ke Gaza pada 27 Disember 2010 sempena ulang tahun serangan biadap dan pembunuhan zalim rakyat Gaza oleh regim zionis, kerajaan haram Isreal.

Bagi membantah tindakan tersebut, Pemuda PAS akan mengadakan demostrasi bagi menyerahkan satu memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir pada Jumaat, 01 Januari 2010 berkumpul selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, jalan Ampang.

Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan agar semua rakyat Malaysia terdiri dari muslim dan non-muslim serta seluruh NGO – NGO yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Kerajaan Mesir menghalang Viva Palestina Convoy 3 yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign agar dapat meneruskan perjalanan memasuki Gaza.


USTAZ NASRUDIN HASSAN AT-TANTAWI
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat
Web rasmi http://pemuda.pas.org.my
Blog http://episodeperjuangan.blogspot.com

Ceramah Perdana 09.01.2010




Ceramah Perdana 09.01.2010 (Sabtu) 9.00 Malam
Penceramah :

1. Dato' Seri Ir Haji Mohd Nizar bin Jamaluddin - ADUN Pasir Panjang / Ahli Parlimen Bukit Gantang / Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak.

2.YB Sdr Kesavan A/L Subramaniam - ADUN Hutan Melintang

3. Ybhg Sdr Mohamad Bin Sabu - Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat

Tarikh Ceramah :

9 Januari 2010 ( Sabtu)

Tempat Ceramah :

Markas PAS Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak.

Semua Dijemput Hadir. Hebahkan

Program Dato' Seri Nizar pada 1 Januari 2010


Program Dato' Seri Nizar pada 1 Januari 2010 (Jumaat) di Kawasan Pasir Panjang

1. Solat Jumaat di Masjid Kampong Batu 8, Lekir - 1.20 Tengahari.

2. Jamuan Rakyat/ Tengahari di Batu 11, Lekir -2.00 Petang

3. Minum Petang di Kampong Deralik / Taman Nesa - 5.00 Petang

4. Solat dan Kuliah Maghrib di Masjid Venice Of Perak : Hijratul Rasul - 7.20 Malam.

Tuan Puan Dijemput Hadir ditempat yang dinyatakan.

Sekat Bantuan Ke Gaza: Pemuda Pas akan adakan demo bantah Mesir



KUALA LUMPUR, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan demonstrasi bagi menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Kedutaan Mesir pada Jumaat, 8 Januari, 2010 selepas solat jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang.

Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan berkata, demonstrasi berkenaan sebagai menunjukkan bantahan keras terhadap tindakan kerajaan Mesir yang tidak memberi kebenaran dan laluan kepada Viva Palestina Convoy 3 untuk meneruskan perjalanan bantuan ke Gaza.

Konvoi yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign tersebut kini tersekat di Aqaba, Jordan setelah disekat masuk oleh kerajaan Mesir.

Kerajaan Mesir telah menyekat deligasi sukarelawan tersebut yang diterajui oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway yang telah berjaya mengumpulkan lebih dari 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan ke Gaza.

Rombongan ini telah bertolak dari London pada 05 Disember 2009 dan merentasi jalan darat melalui benua Eropah dan sepatutnya dijadualkan sampai ke Gaza semalam sempena ulang tahun serangan biadap dan pembunuhan zalim rakyat Gaza oleh regim zionis, kerajaan haram Isreal.

Sehubungan itu, Pemuda PAS berharap agar seluruh rakyat Malaysia terdiri dari muslim dan non-muslim serta seluruh badan bukan kerajaan (NGO) yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Kerajaan Mesir menghalang Viva Palestina Convoy 3 yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign agar dapat meneruskan perjalanan memasuki Gaza.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali kesal dengan sikap berdiam diri Kementerian Luar Negeri berhubung sekatan Kerajaan Mesir itu.

Beliau dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily berkata, PAS mesti membuat bantahan rasmi terhadap kementerian berkenaan berhubung isu ini kerana ianya melibatkan nyawa umat Islam di Palestin.




-harakahdaily-

Perlis juara Piala Emas Raja-Raja 2009

selamat datang

Tahniah PERLIS....




Pemain-pemain Perlis meraikan kejayaan menjuarai Piala Emas Raja-Raja 2009 selepas menewaskan Kedah 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi. - Utusan / kamal Basir

--------------------------------------------------------------------------------



ALOR SETAR - Dendam 13 tahun Perlis berbalas malam tadi apabila mencipta kemenangan 2-0 ke atas Kedah untuk menjuarai perlawanan Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 dalam saingan akhir mendebarkan yang turut dicemari rusuhan penonton di Stadium Darulaman, di sini.

Insiden tersebut berlaku pada lima minit terakhir permainan apabila sebilangan penonton memasuki padang untuk memaksa pengadil Mohd. Nazer Mohd. Said dari Selangor memberhentikan perlawanan pada lima minit terakhir saingan.

Ini turut mengundang aksi tegang di tengah gelanggang yang menyaksikan tiga kad merah dilayangkan Mohd. Nazer kepada dua pemain Perlis, Romdhizat Jamian dan Ezzrul Ikmanizar Abd. Rahman dan seorang pemain Kedah, Mohd. Fazliyata Taib.

Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas campur tangan pasukan Polis Simpanan Persekutuan untuk perlawanan disambung kembali.

Sebelum itu, Perlis yang ditewaskan Kedah dalam perlawanan akhir pada 1996 itu beraksi cemerlang walaupun bermain di gelanggang lawan dengan menghasilkan jaringan menerusi Romdhizat pada minit keempat dan Andrien Jurad Chamrong pada minit ke-18.

Kemenangan anak-anak buah jurulatih Kamal Idris Ali itu mencatat kejuaraan kali ketiga selepas melakukannya pada 1967 dan 1993. Pada 1967 Perlis menewaskan Singapura 3-0 manakala pada 1993 pasukan berkenaan mengalahkan Pulau Pinang 1-0.

Sementara Kedah, selain mencatat kejuaraan 1996, sebelum itu menjuarai pertandingan sama pada 1948 dan 1949, 1952 dan 1953 serta 2005.

Kemenangan semalam menyaksikan Perlis selain merangkul piala pusingan, membawa pulang hadiah RM30,000 manakala Kedah memperoleh RM15,000.

Lebih menggembirakan, Andrien Jurad turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009.

Di Stadium Darulaman semalam, perlawanan boleh diibaratkan sebagai bermulanya era baru bola sepak Melayu berdasarkan kepadatan 30,000 penonton yang memenuhi segenap penjuru stadium.

Ia turut disaksikan Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Malik Mu'adzam Shah; Puteri Sultan Kedah, Tunku Datuk Seri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Penasihat Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Tan Sri Rozali Ismail dan Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan.

Sebaik perlawanan edisi ke-69 itu bermula, Kedah yang disokong ribuan penonton di gelanggang sendiri memulakan asakan bertali arus ke kubu Perlis tetapi kegagalan mencari penyudah menyaksikan skuad hijau kuning kempunan gol awal.

Sebaliknya, serangan balas yang diatur pantas skuad Perlis menghasilkan jaringan apabila Romdhizat menyepak kencang mengatasi penjaga gol Kedah, Mohd. Khairul Azuan untuk mendahului 1-0 pada minit keempat.

Ternyata jaringan pendahuluan itu menyemarakkan semangat Perlis untuk meneruskan asakan sehingga membuatkan pertahanan hijau kuning yang diperkuatkan pemain skuad Liga Super Kedah, Mohd. Fazliata semakin cemas.

Akhirnya Perlis menambah jaringan menerusi sepakan percuma Andrien Jurad dari jarak 25 meter menerjah penjuru gawang pada minit ke-18 dan kedudukan kekal sehingga berakhir separuh masa pertama.

Menyedari ketinggalan, Kedah cuba bangkit mencari jaringan penyamaan menerusi asakan bertali arus ke kubu Perlis tetapi ternyata sekali lagi kegopohan melakukan hantaran di kalangan pemain tuan rumah menyelamatkan pasukan pelawat.

27 Disember, 2009

UMNO xde modal.... guna nama PAS wat demo

perhatikan setiap orang ini....
siapakah yg sebenarnya? pepandai guna nama PAS sebagai modal demontrasi.. klo PAS punye demo, xsikit cam ni.... klo umno ye ar rmai cmni....
UMNO dah xde modal......



malu kew yop!!! tutup muke....


PAS xmacam ni berpakaian... dah ar selekeh.. bertopi lak 2...
nmpk sgt org umno..


berdemo pon xserius... cmni bukan PAS....
muke cm barua je. ikut telunjuk umno ..

Kartika Saridewi temui Nik Aziz



KOTA BHARU, 27 Dis: Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Siti Zailah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti dilaporkan baru-baru ini.

Katanya, SPRM hendaklah melaksanakan tanggungjawab itu dengan telus dan adil tanpa memilih bulu demi menjaga amanah rakyat.

“Sedangkan sebelum ini pantang ada khabar angin negetif membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, SPRM segera membuka fail siasatan.

“Sekarang kenapa pula seperti berdiam diri apabila dakwaan berlaku membabitkan pemimpin kerajaan Barisan Nasional,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat tersebut.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, kalau enjin jet pejuang boleh dicuri, tidak pelik masalah rempit, ragut serta gejala sosial lain gagal diselesaikan pemimpin kerajaan.

Baru-baru ini media tempatan mendedahkan kehilangan dua enjin jet tempur F-5E milik TUDM pada 2007 yang hanya disedari beberapa bulan kemudian. Setiap enjin tersebut bernilai RM50 juta.

-Salmah Mat Husain -

Royalti: Nik Aziz setuju langkah MB Terengganu




KOTA BHARU, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong seratus peratus tindakan yang dilakukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang tetap bertegas meneruskan saman terhadap Petronas berhubung pembayaran royalti minyak kepada Terenngganu.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Kelantan mungkin akan meniru cara yang dilakukan Terengganu itu berhubung dengan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan, katanya pada satu majlis di Medan Ilmu di sini baru-baru ini.

Dalam sidang Dun Terengganu baru-baru ini, ketika menjawab soalan lisan PAS Rhu Rendang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ahmad Said berkata kerajaan negeri menolak jumlah bayaran dari kerajaan pusat.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah menjelaskan secara detail kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak betapa perlunya Kerajaan Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut perjanjian asal.

Selain itu, Terengganu memutuskan bahawa royalti dibayar terus oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri, manakala semua pembayaran yang telah dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2000 hingga 2009 adalah dianggap pembayaran royalti kepada Terengganu.

Jumlah royalti yang dituntut Kerajaan Negeri Terengganu bagi 2000 hingga 2009 sebanyak RM2.792 bilion, namun Kementerian Kewangan tetap dengan keputusannya untuk membayar balik wang itu sebanyak RM1.686 bilion saja.

"Selagi perkara itu tidak diselesaikan, (maka) perjanjian (berkaitan) tidak akan ditandatangani.

"Dan kerajaan negeri Terengganu akan menarik balik kes mahkamah jika kerajaan negeri berpuas hati dengan jumlah royalti yang akan dibayar, " tegas Ahmad Said.

Dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Tan Sri Aziz bermuafakat memberi jawapan bahawa 'Kelantan tidak ada hak untuk mendapatkan royalti lima peratus'.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang pekak badak sama ada Perdana Menteri yang memberikan jawapan kepada soalan saya dalam Parlimen serta jawapan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Tan Sri Aziz; kedua-duanya bersepakat, setelah segala perbahasan dan perdebatan berlangsung berjam-jam lamanya dalam Parlimen, akhirnya jawapan yang diberikan 'Kelantan tidak ada hak untuk mendapatkan royalti lima peratus'.

"Itu jawapan mereka, sebagaimana yang tercatat dengan jelas di dalam Penyata Rasmi Parlimen (Hansard Parlimen).

"Segala ruang, segala peraturan, segala medan dan segala platform yang diwujudkan atas nama demokrasi dalam negara kita, kita telah gunakan semaksima mungkin untuk memperjuangkan hak kita ini," kata Salahuddin pada satu majlis ceramah dekat sini baru-baru ini.

Beliau berkata, sama ada di dalam atau di luar Parlimen, pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS memperkatakan perkara itu termasuk pada majlis ceramah umum di seluruh negara, dengan menyatakan fakta berkaitan.

"Dan kita bersedia untuk bertanggungjawab hatta kalau kita diheret ke mahkamah sekali pun, kita akan berdiri dengan teguh dan berani untuk memperjuangkan hak rakyat negeri Kelantan ini di mana-mana pentas, insya Allah," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin ketika mengulas tuntutan royalti minyak oleh Kelantan berkata tuntutan royalti minyak tersebut masih dalam peringkat kajian.

Ini kerana kawasan tempat minyak dijumpai itu berada di zon antarabangsa di mana kedua-dua kawasan itu terletak terlalu jauh dari pesisir pantai Kelantan.

Oleh itu pendapatan dari minyak tersebut, kata Awang Adek, adalah lebih sesuai diberikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi perbelanjaan pembangunan negara dan bukan tertumpu kepada Kelantan saja.

Dengan tuntutan dianggarkan berjumlah RM1 bilion yang tertunggak sejak 2004 itu, Kerajaan Kelantan telah membuat tuntutan pembayaran royalti tersebut kepada Kerajaan Persekutuan bermula Jun lalu.

Menurutnya, salah satu kawasan tersebut berhampiran dengan Vietnam yang merupakan perairan antarabangsa sejauh 250 kilometer dari pesisir pantai Kelantan, sementara kawasan kedua terletak 150 kilometer dari pantai dan berada di perairan bersama dengan negara jiran, Thailand.

Salahuddin menegaskan, kemunculannya pada platform ceramah siri 'roadshow' ke seluruh negara tidak bercakap dengan hanya menggunakan faktan yang boleh dipertikai dan diperlekehkan. Apa yang diperjuangkan rakyat Kelantan itu adalah merupakan hak mereka, yang dijamin oleh Perlembagaan negara.

"Rakyat Kelantan sebahagian daripada rakyat dalam negara ini, sebagaimana setiap inci tanah Kelantan ini merupakan sebahagian daripada sebuah negara Malaysia. Perkara ini perlu dijelaskan dengan lebih kerap dan serius untuk menyedarkan semula rakyat di negara ini.

"Ini kerana mutakhir ini sikap, perbuatan dan perilaku pemimpin Umno dan BN telah sampai pada peringkat seperti perompak dan penyamun. Mereka dengan sewenang-wenangnya cuba untuk mengelirukan dan mereka sengaja berbuat demikian hanya di atas sifat kebuasan nafsu serakah mereka, tidak lagi menghormati perundangan negara yang termaktub dengan jelas.

"Mereka tidak lagi menghormati Rukunegara yang diajar kepada rakyat dan anak-anak yang menuntut di bangku sekolah. Antaranya, 'Kedaulatan Undang-Undang' dan 'Keluhuran Perlembagaan'," katanya.

Oleh itu, kata Salahuddin, hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan pembayaran royalti lima peratus itu adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Hak yang sepatutnya dihormati oleh sesiapa saja yang diberi mandat oleh rakyat mengurus tadbir negara ini.

"Negara yang bernama 'Malaysia' tidak mungkin wujud, dan tidak mungkin terjadi pada 16 September 1963 tanpa persetujuan daripada negeri-negeri yang terdapat di dalam Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu dan persetujuan rakyat di Sabah dan Sarawak melalui suatu referendum yang diadakan di mana rakyat di Sabah dan Sarawak bersedia untuk merelakan neger-negeri mereka bercantum dalam sebuah negara yang bernama 'Malaysia'.

"Kita perlu mengingatkan perkara ini yang mungkin Najib Tun Razak - mungkin atau sengaja - melupakan fakta penting ini yang berkemungkinan pemikiran beliau tidak lagi waras dan sempurna mungkin, akibat dikejar oleh 'hantu Altantuya'.

"Kita tidak akan berganjak walau seinci pun untuk terus memperjuangkan, yang insya Allah pada akhirnya nanti mudah-mudahan apa yang menjadi matlamat dan menjadi doa kita semua ialah agar rakyat negeri Kelantan mendapat hak lima peratus pembayaran royalti petroleum ini daripada pihak Petronas.

"Inilah yang didoakan oleh Tok Guru kita di mana akhirnya setelah berlangsung segala perdebatan, perbahasan, perbincangan sama ada (secara) 'G to G' - wakil Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Kewangan Negeri yang setiap bulan mengadakan mesyuarat kewangan di Putrajaya, memakan masa lima tahun lamanya sejak 2004.

"Setelah segala prosidur, segala peraturan, segala ruang dan segala waktu telah kita gunakan dengan cara yang cukup diplomatik; sama ada dalam Parlimen atau di luar Parlimen, (ianya) tidak dihiraukan dan tidak diendahkan oleh Kerajaan BN, maka akhirnya kita hanya ada satu pilihan saja lagi itulah mendoakan agar Kerajaan BN ini dijahanamkan oleh Allah swt," katanya sambil memberitahu kesangupan YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai suatu jawatankuasa yang dibuat di dalam Parlimen, 'kaukaus' - jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Ahli-Ahli Parlimen mengenai pembayaran royalti petroleum.

Salahuddin menegaskan bahawa apa yang diusahakan itu bukan sekadar untuk memperjuangkan hak rakyat negeri Kelantan tetapi penubuhan jawatankuasa itu juga untuk bersama-sama memperjuangkan hak rakan-rakan di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Bukan sekadar kita mahukan hak ini dikembalikan kepada rakyat negeri Kelantan lima peratus tetapi kita juga memperjuangkan agar negeri-negeri yang mengeluarkan hasil petroleum itu diberikan lebihan iaitu dinaikkan lagi royalti ini bagi negeri-negeri Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kelantan kepada paling kurang sebanyak 10 %. Bukan sekadar lima peratus.

"Hasil bumi ini mestilah diserahkan kembali kepada negeri-negeri yang mengeluarkan hasil petroleum dan logam - minyak dan gas," katanya.

"Mengenai kenapa memilih YBM Tengku Razaleigh Hamzah sedangkan beliau (masih) Umno lagi, dia tidak keluar lagi daripada Umno, bahkan masih lagi Umno. Kenapa?

"Jawabnya kerana dia pun dalam kenyataan-kenyataan dia di luar dan di dalam Parlimen - setakat malam ini - Tengku Razaleigh Hamzah berpendirian bahawa rakyat Kelantan berhak untuk mendapat pembayaran lima peratus royalti petroleum itu - walau pun dia Umno, beliau bersedia untuk mengetuai jawatankuasa ini.

"Dan seorang lagi tokoh yang bertanggungjawab membuat Akta 144 - Akta Pembangunan Petroleum yang diluluskan oleh Parlimen dalam tahun 1975 - iaitu Tun Salleh Abbas yang pada waktu itu juga bertanggungjawab menulis cadangan Akta tersebut sehinggalah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1975.


"Dua orang saksi yang masih hidup ini yang merupakan 'arkitek' kepada Akta 144 ini; YBM Tengku Raleigh Hamzah dan juga yang menulis Akta ini Tun Salleh Abbas mantan Ketua Hakim Negara;

"Kedua-duanya telah berjumpa. Kami Ahli-Ahli Parlimen telah pun mengadakan perbincangan dengan kedua-dua tokoh ini dan mereka bersependapat dan tidak sedikit pun berbeza pandangan di bawah Akta 144 ini bahawa adalah menjadi hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan pembayaran royalti lima peratus itu.

"Namun kenapa Umno-BN tidak mahu memberikan hak ini kepada rakyat Kelantan, pasal apa? Tidak lain dan tidak bukan kerana hasad, dengki dan dendam kesumat mereka terhadap rakyat Kelantan.

"Kenapa selepas PAS dapat memerintah negeri Terengganu tahun 1999, daripada tahun 1978 - tahun pertama Petronas membayar royalti lima peratus kepada Kerajaan Negeri Terengganu hingga tahun 1999 bahawa dalam laporan Petronas, dalam laporan Jabatan Perangkaan Negara adalah jelas membuktikan terma yang digunakan ialah "pembayaran royalti petroleum".

"Dan apabila PAS memerintah Terengganu tahun 2000, dia rompak, dia lanun duit itu.

"Selepas mereka merampas balik (Terengganu), maka diberi semula atas nama royalti petroleum lima peratus kepada Kerajaan Negeri Terengganu, apa sebabnya?

"Jahat atau tidak Umno ni? Jahat, makhluk ni jahat," katanya, sinis.

Ahli Jawatankuasa Kelab Balkis Kelantan, Mohd Efendy Daud mendakwa dua menteri Pusat yang juga anak Kelantan dan konco-konconya dalam Umno itu lebih berkepentingan peribadi daripada membela nasib rakyat
Kelantan.

"Mereka hanya mampu menyebut slogan 'tradisi membela rakyat' dan 'rakyat didahulukan', namun sebenarnya mahu 'menghapuskan (kebangkitan) rakyat'', katanya.

Beliau mendakwa sejak lama dahulu anak anak Kelantan ramai yang berkhidmat sebagai menteri di Pusat, namun pembangunan di negeri ini tidak banyak mereka lakukan.

"Pada saya, mereka itu sebenarnya bukan pejuang rakyat tetapi (berjuang) untuk kepentingan peribadi.

"Sekiranya mereka serius membela nasib rakyat dan negeri ini, tentu mreka tidak menentang arus dalam membela hak rakyat Kelantan (tuntutan royalti minyak) itu, bahkan mereka mesti menyatakan kebenaran dalam isu tuntukan royalti minyak," katanya.

-Muhammd Yusri Amin-

Keberanian Ahmad Said akan selamatkan negara.


salam alaik.

Saya terpegun dengan keberanian MB Terengganu.

Saman Kerajaan Terengganu yang difailkan ke atas Petronas untut menuntut bayaran royalti tak akan ditarik balik. Saman itu difailkan oleh Kerajaan PAS dulu.

Bayaran royalti hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri secara langsung. Bahkan sebahagian wang royalti yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat sejak tahun 2000 dituntut semula. Ia berjumlah RM 2.79 billion mengikut kiraan Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan telah akur pada tuntutan Kerajaan Negeri.

Jumlah sahaja yang berbeza. Dari segi konsep, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan sendiri telah bersetuju wang itu mesti dipulangkan semula. Jumlah yang dipersetujui dipulangkan ialah RM 1.686. Bakinya minta 'dihalalkan'.

Ahmad Said berkeras jumlah penuh RM 2.79 billion mesti dipulangkan.

Tidak mudah bagi seorang MB yang sama parti dengan PM dan Kerajaan Pusat mempunyai pendirian yang demikian jelas berbeza. Ahmad Said berani tidak bersetuju dengan Kerajaan Pusat.

Ahmad Said berani mengekalkan pendirian Kerajaan Terengganu bahawa royalti adalah royalti dan ia tidak boleh 'dicuri' sebahagian untuk digunapakai sebagai wang ehsan.

Dalam keadaan biasa, PM boleh menukar MB seperti itu. Namun, Ahmad Said berani angkat kepala dan berkata tidak.

Ahmad Said dengan bijaknya menggunakan flatform Sidang DUN untuk menyatakan pendirian Kerajaan Terengganu dalam isu ini. Ia pernyataan terbuka. Ulasannya terperinci. Tuntutan-tuntutan Terengganu adalah jelas.

Kita boleh memahami tuntutan Ahmad Said itu disokong oleh kehendak sebenar undang-undang. Kerana itu Ahmad Said boleh bertegas dan Kementerian Kewangan terpaksa akur. Dari segi politik, Ahmad Said sanggup menanggung risiko.

Implikasi keberanian dan ketegasan Ahmad Said itu sangat meluas dan besar kesannya.

Dakwaan Kerajaan Pusat bahawa Terengganu sama seperti Kelantan, tidak layak mendapatkan royalti, tertolak dengan begitu jelas.

Kalau Terengganu telah dibayar royalti sampai sekarang, cuma jumlahnya sahaja yang dipertikaikan, Kelantan dengan sendirinya juga layak! Kerajaan Pusat tidak dapat berbohong lagi.

Kedua, dari segi akaunting, memang jelas bermasalah dan dalam jangka panjang akan membebankan Kerajaan Pusat. Segala perberlanjaan atas nama wang ehsan tidak dikira telah menyelesaikan masalah. Kerajaan Pusat terpaksa dua kali berbelanja.

Royalti tetap perlu dijelaskan dan segala perbelanjaan atas nama wang ehsan dikira hangus begitu sahaja.

Apa untungnya untuk Kerajaan Pusat berbuat demikian? Kehendak perjanjian dan undang-undang akhirnya akan memerangkap Kerajaan Pusat.

Terengganu sekarang sebaris dengan Kelantan - agenda perjuangan yang sama dalam isu ini, berdepan kerenah Kerajaan Pusat yang sama. Kerajaan Pusat yang telah meletakkan perhitungan politik jangka pendek mengatasi kewajipan undang-undang.

Nampaknya, Kelantan telah mendapat teman yang banyak akan membantu. Mustajabnya permintaan dalam solat hajat kadang-kadang datang dalam bentuk yang berbagai-bagai. Saya merasa amat bersyukur.

Tentunya saya berterima kasih kepada YB Dato' Seri Presiden PAS yang telah mengemukakan pertanyaan sehinggan membolehkan Ahmad Said memberikan penjelasan.

Terima kasih juga pada NST dan Sinar Harian , antara media (setahu saya) yang melaporkan isu ini hari ini.

http://cetusan-hati.blogspot.com/

DAP Sedia Terima Penubuhan Negara Islam





Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS.

"Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak.

"Lo ini (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang.

Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.

Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang.

Hasan Ali, jangan terima memorandum itu.




Satu memorandum mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat akan diserahkan dan bakal diterima oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Difahamkan, perhimpunan itu digerakkan oleh Umno atas nama kepentingan Melayu.

Tidak menghairankan sangat jika perhimpunan itu dianjurkan oleh Umno. Parti itu memang sawan jika PAS mampu bekerjasama erat dengan DAP dan PKR. Cuma, kalau perhimpunan itu dianjurkan oleh orang PAS sendiri, atau mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, ini adalah masalah besar yang wajib dirungkai segera.

Katakan, memang benar Umno yang menganjurkannya, apa sikap PAS Selangor terutama Hassan Ali?

Ini adalah perangkap, mangsa mereka adalah Hassan. Silap haribulan Hasan masuk perangkap ini. Hassan mesti menunjukkan ketegasannya. Persetiaan PR wajib dipertahankan.

Jangan melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan keraguan parti-parti sahabat bahawa agenda yang diriuhrendahkan sebelum ini masih belum mati sepenuhnya. Ini sangat penting.

Kepada Hassan, disarankan supaya jangan sama sekali menerima memorandum daripada penganjur perhimpunan itu. Biar siapa pun penganjur perhimpunan itu. Biarkan mereka melalak dan melalut.

Biarkan apa pun kata mereka. Lebih baik kita mengecewakan hanya beberapa orang yang bakal menyertai perhimpunan itu daripada kita mengecewakan jutaan rakyat yang meletakkan harapan kepada PR untuk mengganti BN.

Biar siapa pun penghantar memorandum itu, Hassan mesti tegas, jangan menerimanya. Kalau Hassan menerimanya, penganjur perhimpunan itu mendapat kemenangan awal.

Menerima memorandum itu dikira melanggar persetiaan PR kerana tujuan memorandum itu adalah jelas, mendesak PAS keluar daripada PR. Menerima memorandum itu boleh dikira mengkhianati persetiaan itu. Mengkhianati persetiaan tidak pernah diajar oleh agama.

Hassan tidak rugi apa-apa jika memorandum itu tidak diterimanya, bahkan itulah tindakan bijak untuk mengecewakan pengajur perhimpunan itu.

Pendirian ini adalah penting, jangan anggap remeh. Ini bukan masanya untuk melayan, menunjuk baik, melahirkan kemesraan, ‘open minded’, atau apa lagi…, terhadap mereka yang berniat jahat.

Menerima memorandum desakan untuk keluar PR sama seperti menerima memorandum desakan supaya dibenarkan orang Islam tidak solat Subuh.

Meninggalkan solat Subuh dan mencabuli persetiaan tidak pernah diajar oleh agama. Menerima memorandum mengenai perkara itu dikira mengiktiraf bahawa desakan meninggalkan solat Subuh dan mencabul perjanjian adalah boleh atau dibenarkan untuk dibuat.

Meninggalkan solat Subuh tidak boleh, mengemukakan memorandum untuk membenarkan tidak solat pun tidak boleh, dan menerima memorandum itu pun tidak boleh.

Hal ini sama sahaja kedudukannya dengan memorandum mendesak PAS keluar daripada PR.

Hassan, jangan terima memorandum itu.

-bongkarsauh.blogspot.com-

kemalangan bas maut 10 org: PR ucap takziah kpd keluarga mangsa.

10 maut bas kemalangan: PR Perak ucap takziah kepada keluarga mangsa

IPOH, 27 Dis: Pakatan Rakyat Perak merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa kemalangan bas dua tingkat di Jelapang di samping menuntut agar diadakan siasatan menyeluruh serta diberikan pampasan yang sewajarnya.

Dalam kenyataan medianya, Setiausaha Pakatan Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Pakatan sangat bersimpati dengan nasib yang menerima mangsa.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang dikeluarkan semalam:

Berikutan dengan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM 272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini, dengan ini saya mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Pakatan Rakyat Perak turut bersimpati dan bersedih dengan keluarga mangsa dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat,harapan kami semuga semuanya bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya semua yang meninggal dunia ditempatkan oleh Allah SWT dikalangan roh orang yang beriman. Kepada semua marilah kita menyedekahkan bacaan Al Quran kepada mereka semua..Al Fatihah...

2. Satu sisatan yang terperinci dan menyelurh mesti dilakukan dengan segera bagi memastikan pihak yang bertanggugn jawab diadili dengan sebaik mungkin termasuklah pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu yang telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

3. Siasatan juga perlu melibatkan keadaan jalan, pembahagi jalan dan lain-lain aspek yang berkaitan supaya kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi dimasa akan datang.

4. Walaupun tidak setimpal dengan nilai kehilangan nyawa, pihak yang terbabit mestilah membayar pampasan yang sepatutunya bagi membela keluarga mangsa tersebut.

Kenyataan Media/ 26 Disember 2009

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha,
Sekretariat Pakatan Rakyat
Negeri perak.

jemput hadir beramai-ramai.. mai pakat pi kedah!!



selamat datang

Konsert: datang beramai-ramai

selamat datang

provokasi: Gerakan penyokong PAS dan pengundi PAS selangor buat demo.

Salahuddin: Pendesak PAS keluar Pakatan, bukan ahli.!!


PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.



"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.

Ditanya sama ada PAS bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.


"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut

22 Disember, 2009

dasar UMNO penipu..jk masjid jadi permainannya..




IPOH, 22 Dis: Umno Perak didakwa cuba memutar belit dan mempolitikkan isu perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Masjid di negeri itu selepas mereka tidak berpuas hati dengan senarai baru yang telah disahkan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah. (baca butiran lanjut di sini)

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim memberitahu, perkara sebenar disebalik itu adalah kerana Umno tidak berpuas hati apabila kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebelum ini membiarkan kaedah betul diguna semasa membuat pemilihan untuk disenaraikan.

Kaedah itu adalah dengan membiarkan mereka yang telah dipertanggungjawab oleh Majlis Agama Islam Perak (MAIP) iaitu Orang Besar Jajahan (OBJ), Penghulu Mukim dan Pegawai Tadbir Agama (PTA )membuat pilihan tanpa campurtangan politik mana-mana pihak termasuk Pakatan Rakyat.

Namun kaedah betul itu telah bercanggah dengan amalan turun temurun Umno negeri itu yang membuat senarai pemilihan mengikut kehendak parti itu.

"Sebelum ini Umno guna kaedah ketua cawangan pilih, kemudian diserahkan kepada ketua bahagian, lepas itu diserah kepada Pengarah JAIP untuk disahkan oleh Majlis Agama (MAIP).


"Mereka cuba membonekakan JAIP (Jabatan Agama Islam Perak) dengan tidak membenarkan JAIP ubah senarai itu malah dipaksa untuk mengesahkannya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Umno telah menuduh Pengarah JAIP, Datuk Mohamad Nor Mansor bersekongkol dengan Pakatan Rakyat tanpa sebarang bukti.

Mohamad Nor dituduh memotong nama-nama yang telah diperkenankan oleh DYTM Tuanku Raja Muda dan menukar dengan nama-nama pemimpin Pas, sebelum senarai itu dihantar semula ke pejabat JAIP dan kemudian membuat senarai baru tanpa merujuknya semula kepada OBJ.

Khalil yang juga turut mengulas perkara itu dalam blognya memberitahu, selain tuduhan tersebut berniat jahat dan tidak berasas, ianya juga satu penderhakaan terang terangan terhadap senarai yang telah diperkenan Tuanku Raja Muda Perak.

Ianya kerana Pengarah JAIP adalah Setiausaha Majlis Agama Islam Perak yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perak sendiri.

"Tindakan UMNO mempertikai senarai yang diumumkan adalah bagi saya telah menderhakai perkenan DYTM Raja Muda Perak," katanya yang juga ADUN Titi Serong.

Pengarah dan pegawai JAIP katanya tidak semudah tuduhan yang dilemparkan itu untuk meminda senarai yang telah diperkenan Tuanku.

"UMNO yang cuba mempolitikan mesjid sekian lama dengan cuma beralasan antaranya senarai Pengerusi dan Setiausaha Masjid di Mukim Slim dan Behrang Ulu dalam Parlimen Tanjong Malim didapati berlainan dari senarai asal," katanya lagi.

Menurutnta juga senarai AJK mesjid telah tertangguh perlantikannya sejak tahun 2007 lagi.

Paling berat katanya apabila Umno juga menuduh PTA cuba mempercepatkan majlis pentauliahan selepas menerima senarai bagi menyembunyikan tindakan menukar senarai tersebut.

"Umno cuba mengenepikan Istana demi mencapai hasrat mereka menguasai masjid.

"Kalau ikutkan, orang Umno memang tidak layak, orang kampung sendiri pun tak mahu orang Umno jadi Ajk masjid sebab mereka tak pergi masjid pun," katanya.

- Harakahdaily

YB. Mahfuz Omar: Siasat Enjin Hilang

Hilang Enjin - Sebuah jawatankuasa siasatan peringkat Parlimen harus ditubuhkan




ALOR SETAR - Sebuah jawatankuasa siasatan peringkat Parlimen harus ditubuhkan segera bagi menyiasat kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E untuk memastikan siasatan telus dan diyakini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, jawatankuasa itu bukan sahaja berperanan untuk menyiasat dari semua aspek, tetapi juga akan diminta mengkaji tahap keselamatan negara, termasuk Kementerian Pertahanan.

“Saya akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat ini untuk mencadangkan penubuhan jawatankuasa ini. Oleh itu saya minta kerjasama beliau untuk memanggil sidang khas Parlimen bagi membolehkan usul ini dibahaskan segera,” katanya.

Mahfuz berkata, jawatankuasa ini boleh menyoal siasat sesiapa sahaja yang dikaitkan dengan kes terbabit, termasuk pemimpin peringkat tertinggi kerana dipantau oleh Parlimen, yang merupakan sebuah badan bebas.

Menurutnya, hasil siasatan awal yang dijalankan oleh Kementerian Pertahanan patut didedahkan kepada umum supaya pihak yang bersekongkol tidak dilindungi dan rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Saya mempersoalkan tentang tahap ketelusan integriti kerajaan, yang memberi jaminan siasatan yang dibuat telus hanya setelah kes ini terbongkar. Seolah ada sesuatu yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan umum,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas turut mempersoal kewibawaan Kementerian Pertahanan yang hanya dapat mengesan kes ini setelah hampir tiga tahun berlaku.

“Ia satu tempoh yang lama untuk kita mengesan kehilangan sesuatu yang bernilai. Saya kira orang yang harus dipertanggungjawabkan dalam kes kehilangan enjin ini ialah Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera ketika itu. Jika benar-benar telus, jangan tutup kelemahan pentadbiran ketika itu yang membuktikan kegagalan pengawasan keselamatan ATM dan pertahanan negara,” katanya.

Mahfuz berkata, tahap keselamatan negara amat diragui memandangkan sudah beberapa kali berlakunya insiden yang mengancam keselamatan negara.

“Jika enjin pun boleh hilang, tidak mustahil kelak jet Sukoi pula diseludup pihak tertentu. Ini menunjukkan aset negara perlu sentiasa dikawal rapi sebagai langkah keselamatan serta bersiap sedia dengan ancaman luar,” katanya.

Kementerian juga disaran supaya lebih peka dan bertanggungjwab kerana isu keselamatan negara suatu isu yang serius dan tidak boleh diperlekeh pihak tertentu.

“Pada masa kita mahu memantapkan aspek pertahanan dengan penggunaan kapal selam, kita tidak boleh lagi memandang ringan isu-isu kecil seperti kem diceroboh atau aset keselamatan dicuri,” katanya

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

UMNO MINAT ISI JK MASJID,BUKAN ISI MASJID

Di Perak beberapa hari ini sibuk dengan masalah JK masjid. Sebenarnya sejak rampasan kuasa oleh KUDETA Zamry Mac lalu, Perak terus dirundung krisis. Bukan sahaja jawatan Menteri Besar dan Exco menjadi rebutan, Jawatan speaker dan Pengerusi GLC, Pengarah jabatan kerajaan dan ketua kampung malah jawatan iman dan JK masjid turut menjadi rebutan.

Isu MB dan sepeaker "digaduhkan" di hadapan hakim mahkamah. Tak ketinggalan jawatan ketua kampung...semuanya tidak selesai...kini umNO sedang berhempas pulas ingin merampas JK masjid. Umum mengetahui, umNO bukan berminat sangat dengan masjid, namun yang mereka inginkan ialah penguasaan masjid. Di sesetengah masjid, bukan sahaja apabila JKnya dikuasai oleh umNO, imam dan bilal bertukar malah seluruh aktiviti masjid dibekukan dan disemak semula. Guru yang mengajar di pastikan memiliki "tauliah umNO" . Tauliah yang diberikan oleh Paduka Sultan seakan tidak bernilai berbanding sekeping kertas ahli tak berbayar umNO.

umNO menyedari hubungan masyarakat melayu islam dengan masjid. Paling malas pun seminggu sekali mereka akan ke masjid. Paling benci kepada JK masjid pun, Tahlil, Yasin dan urusan pengkebumian jenazah mesti memerlukan orang masjid. Ada beberapa masjid yang menghadapi masalah untuk mengadakan mesyuarat kerana sukarnya menghubungi masjid yang kebanyakannya adalah ketua kampong atau ketua cawangan umNO.

Ada pengerusi masjid yang tak tahu menguruskan masjid dan mungkin tak tahu apa berlaku di masjid sebelum ini kerana beliau tidak pernah ke masjid melainkan setelah dilantik sebagai JK atau pengerusi masjid. Ada JK masjid yang tidak tahu nama mereka dilantik oleh umNO menjadi JK masjid kerana kekurangan orang. Pernah berlaku di suatu surau diri jumaat, lapan orang JK lantikan umNO terpaksamenarik diri setelah menyedari nama mereka disenaraikan sebagai JK masjid. Lapan orang ini adalah jenis yang sedar diri tentang kelayakan mereka .

Apapun umNO sebenarnya adalah parti yang menggunakan agama untuk politik mereka..... bukan PAS., Merekalah menggunakan masjid untuk kepentingan kuasa politik mereka......... bukan PAS....


-anaksengat-

YB tolong baca: sedih dan pilu



Assalamu'alaikum...
kepada wakil rakyat kami disanjungi!!!

Ingin kami meluahkan rasa sedih dan pilu kepada wakil rakyat(YB) yg kami dan org manjung sanjungi malah seluruh rakyat perak juga hendaknya...

kami mewakili seluruh org mude kawasan lumut merasakan sedih dan pilu apabila ketidakhadiran wakil rakyat kami ketempat kami walau dijemput berkali-kali serta berkali-kali program yg telah kami jalankn di Lumut.

kami harap wakil rakyat berkenaan membaca dan menilai sedih dan pilu kami yg berada di Lumut ini...

sepatutnya, kami sebagai pengelola program org muda di Lumut amat kesal dengan ketidakhadiran YB. YB sepatutnya menghadiri program kami kerana kami sudahpun menghebahkan kepada seluruh org muda dan tuan di kwsn Lumut. jestru, bukan satu atau dua prgm yg YB xhadir malah 6-9 kali prgm besar yg YB xhadir..

oleh itu, kami mengharapkan YB dapat mengikuti aktiviti kami dan prgm kami di kawasan YB... ayuh YB, marilah beri komitmen kepada kawasan LUMUT..

21 Disember, 2009

DS Nizar & isteri dan dato Ngeh & isteri bersama meraiahkan lagi persandingan di Felcra lekir...

Dato' Seri Nizar, Dato' Ngeh dan Datin bersama 2 pasang pengantin di Felcra Lekir.

Dato' Ngeh dan isteri tidak ketinggalan makan beradab bersama pengantin mengikut adat istiadat melayu.



Bersama pengantin Dato' Seri Nizar sempat bergambar dengan Lekir Motor Kelab. Mereka sangat gembira dapat bergambar bersama wakil rakyat mereka.


Datin Fatimah Taat dan Datin Ngeh juga tidak ketinggalan bergambar dengan penduduk Felcra Lekir.

Dalam kesibukan dengan jemputan kenduri kahwin sempat juga Dato' Seri Nizar menyelesaikan beberapa masalah rakyat di Pusat khidmat masyarakat ADUN Pasir Panjang, di Seri Manjung.

Datin Seri Fatimah dan kumpulan Marhaban Barzanji Daerah Manjung di Masjid Kampung Sitiawan.


Dato' Seri Nizar dan Orang Besar Jajahan Manjung (OBJ) di majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Marhaban Barzanji Daerah Manjung di Masjid Kampung Sitiawan.


Dato' Seri Nizar bertemu dengan Ahli Himpunan Penyokong PAS kawasan Lumut yang terdiri dari kaum India dan Cina di Seri Manjung.





Penduduk Kampung Parit Haji Dollah, Sungai Tiram, Lekir sedang mendengar ceramah Hijratul Rasul di Surau Kampung mereka dengan penuh khusyuk dari wakil rakyat mereka, Dato' Seri Mohd Nizar yang sering turun padang bertemu rakyat.

Di Surau Parit Haji Dollah, Lekir Dato' Seri Nizar sedang menyampaikan ceramahnya berkaitan Hijratul Rasul dan sedikit maklumat semasa berkaitan keadaan politik Perak juga disampaikan.

09 Disember, 2009

Tiga Golongan Yang Menjadi Ahli Syurga


Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.
Riwayat Muslim

Huraian
Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah:
1. Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.
2. Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.
3. Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain




PAFA dapat peruntukan RM2.5juta?


PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) memperuntukkan RM2.5 juta kepada skuad Seladang bagi menghadapi Liga Super musim depan.

Presiden PAFA, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin berkata, peruntukan kewangan itu akan digunakan untuk membayar gaji pemain dan pegawai serta bayaran-bayaran lain.

Sehubungan dengan itu katanya, pemain tidak perlu gusar kerana gaji mereka bagi 18 bulan akan datang sudah disediakan.

"Oleh itu, saya berharap skuad Seladang dapat mencatat keputusan yang lebih cemerlang kelak," jelas Nizar selepas mesyuarat Majlis PAFA di Bangunan PAFA, Ipoh semalam.

Beliau memberitahu bahawa sumber kewangan bagi membiayai skuad Seladang itu diperoleh daripada Kerajaan Negeri Perak dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) tertentu.

Selain itu, Nizar memberitahu bahawa PAFA sudah menjelaskan tunggakan gaji bekas jurulatih, Steve Darby, tiga pemain import dan dua pemain tempatan berjumlah RM272,000 melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketiga-tiga pemain import dari Chile itu ialah Carlos Caceres, Jorge Munoz dan Mario Barios serta dua pemain tempatan, Mohd. Hardi Jaafar dan S. Subramaniam.

Beliau mengakui, penyelesaian masalah tunggakan itu membolehkan Perak beraksi dalam Liga Super seperti yang ditetapkan oleh FAM.

Namun begitu, tunggakan gaji 11 orang pemain dan pegawai yang lain dalam skuad Seladang musim lalu masih menjadi tanda tanya.

Apabila didesak oleh pemberita mengenai penyelesaian masalah itu, Nizar hanya menjawab: "Mereka tidak membuat sebarang tuntutan melalui FAM."

LUMUT : Pelancaran Orang Mude Geng Kite...


orang mude geng kite...... logo rasmi kelab orang mude geng kite di kawasan manjung ni. Program terdekat pemuda pas kaw. lumut iaitu kejohanan Futsal piala dato' seri ir. hj. Nizar, pada ahad ini....
jam 8 pagi, di gelanggang MP3, seri manjung(belakang giant). Org mude geng kite di rasmi oleh Tn. Hj. Noh iaitu YDP kawasan Lumut.... sementare itu kejohanan Futsal
ini dirasmi oleh Pengurus Bolasepak Perak(PAFA) iaitu US. Nor Azli, bersama sebahagian pemain PAFA...

Zunar : Perak Darul Kartun......!



Zunar kartunkan krisis politik Perak

Kartunis kontroversi, pemimpin majalah Gedung Kartun yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), melancarkan karya terbarunya, satira politik semasa Perak Darul Kartun.

Zulkiflee Anwar Haque, atau lebih popular dikenali Zunar, berkata karya terbaru ini diterbitkan dalam bentuk buku yang tidak memerlukan permit penerbitan daripada KDN.

"Penyambungan penerbitan ini dalam bentuk buku membuktikan pihak kami tidak berhasrat untuk berkonfrontasi dengan KDN kerana itu bukanlah matlamat kami.

"Matlamat kami adalah menghasilkan karya-karya alternatif dalam konteks Malaysia dengan isu-isu dan pendekatan yang selama ini gagal diketengahkan oleh karyawan negara ini termasuk kartunis," katanya ketika mengumumkan karya itu di pejabatnya hari ini.

Buku setebal 80 muka surat itu hasil usaha enam kartunis – Ronasina (atau, Mohd Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad), Orangorang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar) – yang diketuai kartunis popular dan berpengalaman luas itu.

Karya itu mensatirakan krisis politik di Perak sejak rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat oleh BN awal Februari lalu sebagai fokus utamanya, selain sumbangan beberapa penulis seperti Sasterawan Negera Datuk A Samad Said, penganalisis politik Dr Farish A Noor dan juga penulis kolum Malaysiakini Hishamuddin Rais.

Perak Darul Kartun memuatkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mundar-mandir dalam kegelisahan sambil menyebut perkataan "bala, bala" apabila menyedari penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat dakwaan baru terhadap adiknya Datuk Mohamed Nazim dan isterinya Rosmah Mansor.

Balasubramaniam, mencipta kontroversi awal Julai tahun lalu, apabila menarik balik dalam tempoh 24 jam tuduhan awalnya bahawa Najib berskandal dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh 2006.

Buku humor itu juga memaparkan karikatur pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat serbuan untuk menahan penceramah agama – dipercayai mensatirakan kes penangkapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, awal November lalu.

Selain itu, ia turut menyindir bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, ADUN Bagan Pinang yang menang baru-baru ini dengan menggambarkan beliau sebagai "statue of liability" – satira 'statue of liberty' di New York – yang mejulang wang sambil memegang "kitab rasuah teknikal" Umno.

Selain itu, buku ini juga melanjutkan siri nostalgia era Gerakan Reformasi 1998 seperti yang dimuatkan dalam Gedung Kartun. Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli-ahli politik lain yang disinggung termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri S Samy Vellu, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Tian Chua.

Pada 25 Ogos lalu, sekumpulan pegawai penguatkuasa KDN menyerbu pejabat majalah Gedung Kartun di Brickfields, Kuala Lumpur susulan penerbitan edisi sulungnya yang menyindir keras perdana menteri.

KDN beberapa hari kemudian turut menyerbu syarikat percetakannya di Seri Kembangan, Serdang susulan penerbitannya yang, antaranya, memaparkan gelagat Najib yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Dalam sidang media di pejabat itu juga, Zunar berkata 10,000 naskhah buku ini sudah diedarkan sejak kelmarin dengan harga RM10 seunit dan merancang menerbitkan siri buku humor tersebut setiap bulan dengan fokus dan nama berbeza.

Tambahnya, ia juga boleh dibeli melalui laman web cartoonkafe.com yang diuruskan oleh syarikatnya.

Ditanya mengenai hasil penjualan Gedung Kartun, Zunar berkata sambutan terhadap majalah tersebut "sangat memuaskan".

Zunar berkata, pihaknya terpaksa mencetak 5,000 naskhah lagi selepas 10,000 naskhah awal habis dijual.

Diminta mengulas sama ada beliau masih ingin memohon permit KDN, beliau berkata, pihaknya akan terus berbuat demikian dan "terpulanglah kepada KDN untuk memberi atau tidak."

"Isu sekarang, bukan (kami) tidak minta, tetapi kita minta, tapi tidak diberi. Kalau tidak minta (permit) langsung, memang betul (tidak akan diberi).

"Saya rasa cara meminta permit, sudah lapuk. Ia dijadikan hak prerogatif oleh KDN, iaitu terpulang kepada KDN hendak beri atau tidak. Alasan tidak pula diberitahu," katanya lagi.

Zunar baru-baru ini mengeluarkan 1Funny Malaysia, himpunan karikaturnya yang disiarkan di laman web Malaysiakini. Ia dijual dengan harga RM20 di pejabat akhbar web itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

07 Disember, 2009

Nak rampas PAFA pulak dah !!!!

8 DEC Setelah pasukan bolasepak Perak dibawah PAFA (Perak Football Association) diterima untuk bersaing didalam Liga Super musim 2010 dan majlis menandatangani kontrak pegawai dan pemain untuk musim itu nanti selesai, angin bertiup semakin kencang mengatakan terdapat sebilangan ahli majlis didalam PAFA yang tidak senang duduk dan berpakat untuk membuat suatu perkara yang menggugat kelancaran pasukan Kejor Yop Kejor menghadapi musim baru yang bakal tiba.

Hari ini akan berlangsungnya mesyuarat ahli majlis PAFA jam 2.00 petang di Pejabat PAFA di Jalan Fair Park, Ipoh.

Dijangkakan akan berlaku kekecohan apabila dikatakan terdapat pihak yang akan membawa usul untuk menyingkirkan Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin daripada jawatan Presiden PAFA yang dipegangnya dengan jaya selama ini.

Pihak-pihak ini amat tidak senang dengan kelancaran perjalanan Pafa selama dibawah tadbir Dato Seri Nizar kerana tiada peluang untuk mereka mengaut untung sepertimana biasa dimasa-masa yang lepas dibawah pemerintahan presiden-presiden daripada Umno dahulu yang menjadi punca sebenar mengapa PAFA menanggung hutang sebanyak RM4 juta lebih.

Kejayaan Dato Seri Nizar membayar serta mengurangkan jumlah hutang lapuk itu amat ditakuti sekali oleh puak-puaka ini.

Berjaya rampasan kuasa yang akan dilakukan hari ini terhadap jawatan Presiden PAFA mengulangi rampasan kuasa yang mereka lakukan terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak ini? Sama-samalah kita nantikan 'wayang' mereka yang kononnya memperjuangkan sukan bolasepak dinegeri Perak ini.

Jom kita 'Kejor Yop Kejor' mereka berambus jauh daripada arena sukan dinegeri ini terutamanya sukan bolasepak yang amat kita semua minati.

Sayangi pasukan bolasepak kita dan kekalkan Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin sebagai Presiden PAFA yang paling berwibawa dan bersih didalam sejarah bolasepak negeri Perak tercinta.

kejohanan futsal piala dato' seri ir. hj mohammad nizar jamaluddin



salam alaik.....

saya wakil dppklumut menjemput anda sekalian menyertai perlawanan futsal yg kami adakan ini yg bertempat digudang futsal berhampiran giant manjung.....
Ambil borang boleh didapati di gudang futsal,pej pusat khidmat masyrkt psr pjg, dan nama yg tertera..
borang penyertaan perlu dikembalikan kepada nama yg tertera di benner ni sahaja...
anda mesti mendapatkn resit selepas membuat bayaran....

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat