blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

27 Oktober, 2009

Terkini 12.26 pm : Sidang media masih berlangsung

Dalam keadaan sidang haram yang dikendalikan oleh Speaker haram Ganesan, semua Adun PR masih berada dalam sidang media di dalam perpustakaan di aras yang sama.

Bila ada soalan yang ditanya oleh wartawan mengenai kami boikot sidang, dijawab perkara itu tidak berbangkit kerana sidang ditangguh oleh Speaker yang sah. Sidang yang berlangsung adalah sidang yang haram.
-idham lim-


Terkini 12.15 pm : Tercemarnya demokrasi, MB Nizar

apa yang terjadi adalah membenamkan demokrasi di Perak dengan penghalang untuk kami masuk oleh polis.

Ini adalah ancaman sedangkan kami datang atas nama Adun dengan surat Speaker yang sah.

Kekecohan adalah tindakan pihak polis dan bukannya kami.

Menyebabkan nyawa Sivakumar terancam dan terjejas.

-idham lim-



Saya memberitahu Menter Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin letak jawatan kerana tindakan mencemar institusi polis.

Kami dihalang dengan peraturan yang melampau termasuk tidak boleh membawa masuk kamera.

Hari ini telah terkubur demokrasi di Perak.

Tindakan sidang yang dikendalikan oleh Speaker haram, satu saja yang dia haram, kerana dia tidak ada hak undang-undang berada di situ.

Apa yang berlaku hari ini kerana arahan Zambry, setiausaha Kerajaan Negeri dan Hishamuddin.

Terkini 12.01 pm : Sidang di perpustakaan dihadiri oleh semua Adun PR

Sivakumar menunjukkan cebisan jubah yang sempat di selamatkan.

Speaker Sivakumar menjelaskan perjalanan dewan yang sah dan meluluskan tiga usul seperti yang dilaporkan sebelum ini.

-cina islam-




TERKINI DUN HARAM

Bajet negeri telah selesai dibentangkan oleh MB Haram dengan
ketiadaan ADUN PR di dalam Dewan, semua ADUN PR dihalang daripada memasuki dewan..
Setelah berhempas pulas akhirnya berjaya masuk, tetapi Speaker Haram menangguhkan Sidang DUN....
Ratusan Polis kini masih berada di dalam Dewan, YB Chan Mei Kai dibelasah polis, Jubah Siva dirampas setelah Sivakumar ditendang beberapa kali oleh polis....

Ketua Polis Perak memberi jaminan keselamatan kepada semua ADUN, tapi mengapa YB Chan Mei Kai dibelasah...? polis yang memukul YB Chan Mei Kai......

YB NIZAR USULKAN UCAPAN TERIMA KASIH DI ATAS KECEMERLANGAN KEWANGAN PERAK DI BAWAH PAKATAN RAKYAT

Usul ucapan tahniah turut dikemukakan oleh YB Nizar di atas prestasi cemerlang kewangan kerajaan Perak 2008 di bawah Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. Beliau turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan, usul tersebut disokong dan diterima oleh semua adun PR.

-misbahul munir-

Terkini 11.08 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar

Sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah Sivakumar nampaknya tidak diganggu oleh Speaker haram dan Adun BN.

Ianya ditangguhkan sebentar tadi.




Berita Langsung Dari Persidangan Dun Perak........!

7.41am :
Suasana Hujan Di Ipoh
Pemandangan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN Perak, dengan berlatar cuaca yang suram dan berkabus. Disinilah BN akan melakukan sekali pencabulan Undang-undang dengan menganjurkan sidang haram dengan membentang bajet haram dihadapan Speaker haram.

Sejak petang kelmarin hujan sesekali lebat dan renyai turun membasahi bumi Perak semacam mengiringi kesedihan korban jambatan di Kuala Dipang dan kesedihan sekali lagi undang-undang akan dilakukan oleh BN pada sidang haram hari ini.

8.44 am : Ramainya polis di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan
Saya sampai di kawasan sekitar bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri yang akan bersidang sebentar lagi.

Kelihatan deretan Black Maria dan kenderaan polis yang lain bersusun di sekitar bangunan itu.
Inilah suasana yang kelihatan dalam keadaan sekitar 50 meter telah diwartakan sebagai kawasan larangan bagi orang awam.

8.45 am : Suasana muram dalam keadaan mula sesak di Ipoh
Entah untuk pergi bekerja di pejabat masing-masing, entah rakyat Perak yang datang untuk menyaksikan sidang bersejarah hari ini. Sepanjang perjalanan dari hotel penginapan saya melewati beberapa persimpangan dan bulatan yang dikawal ketat oleh polis trafik.

8.47 am : Kawasan bangunan dikawal ketat oleh polis
Sekatan yang ketat dilakukan disekitar bangunan SUK. Kenapakah ini berlaku, kami dan rakyat datang untuk menghadiri sidang, bukannya berperang. Suasana semacam akan berlaku rusuhan yang dahsyat di Ipoh hari ini khususnya di sekitar bangunan Dewan Negeri.
Helikopter polis berlegar-legar di lingkaran bangunan SUK, Ipoh

9.20 am : 4 Adun Pakatan dilarang melintasi SUK
Empat Adun Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh, YB. Zainuddin, YB. Sum dan YB. Thomas SU dihalang oleh pihak polis semasa cuba melintasi kawasan jalan menuju ke bangunan DAP di sini. Berlaku tikaman lidah antara mereka dan akhirnya mereka di dibenarkan melewati jalan tersebut.

Sebetulnya tidak ada alasan Adun dihalang melewati jalan tersebut, kalaupun ada kaitan dengan warta 50 meter ianya hanya melibatkan orang awam sahaja.

Adun Pakatan Sudah berkumpul dan bila-bila masa akan ke bangunan Dewan Negeri
Sebahagian besar ADUN Pakatan Rakyat termasuk YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat berkumpul di satu tempat berhampiran dengan SUK dan bila-bila masa akan bergerak ke dewan bagi mengikuti sidang pada hari ini.

9.39 am : Kami mula bergerak ke dewan Kami mula bergerak ke dewan sekarang, doakan keselamatan kami.
Kawalan ketat menjelang sidang DUN Perak Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.
9.55 am : Siva dihalang kami pertahan YB Siva cuba dihalang oleh polis termasuk semua Adun PR yang cuba dihalang. Berlaku tolak menolak.
9.56 am : Kami mundur ke pintu utama. Semua ADUN PR dan Speaker Sivakumar mundur ke belakang apabila di halang oleh polis.
9.58 am
: Kami bergerak kembali. Kami cuba sekali lagi ke lif untuk masuk ke dalam dewan dan sekali lagi dihalang oleh Polis, berlaku perlawanan cakap, mereka benarkan semua Adun masuk kecuali YB Speaker.
10.00 am : Kami terus dihalang, undur ke belakang. Ada yang ditolak sampai jatuh dan Speaker cuba ditangkap dan dihalang, kami pertahan sehingga ada Adun yang jatuh.
10.01 am
: Kami keluar dari pagar SUK Setelah berlaku pergelutan tadi kami mundur dan terus keluar dari Bangunan dan pagar SUK.
Polis halang kami berkumpul di luar pagar dan adakan sidang akhbar MB Pakatan bercakap kepada wartawan swasta bahawa kami ditahan oleh Polis dan halang Adun PR dan Speaker masuk, dia juga Adun Tronoh.
Beliau mengecam tindakan polis itu yang melanggar undang-undang.
10.05 am : Suasana kecoh kembali. Polis terus menghalang kami dan kami bergerak ke pintu masuk untuk masuk ke dalam dewan dengan dikawal ketat oleh ratusan polis.
10.07 am : Kami berada dalam pagar SUK sekarang Kami mempertanyakan songkok YB Siva yang dirampas oleh seorang SB bernama Bala.
10.08 am Siaran langsung di PerakFM - Radio Malaysia Ipoh membuat liputan langsung pembentangan Belanjawan Perak oleh DS Zambry Abdul Kadeer
10. 25 am Pembentang Belanjawan Negeri Perak disampaikan oleh Zambry selesai dan Speaker Ganesan menangguhkan sidang dan akan disambung jam 11.00 pagi tanpa kehadiran ADUN Pakatan Rakyat

AwieBengang dengan kritikan Akhil Hayy, mahu Akhil ,Jangan sibuk,kononnya artis t'pgaruh dgn 'ajaran sesat' serta Jadikn zina dan arak halal


PUTRAJAYA: Bengang dengan kritikan Akhil Hayy, penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, mahu penceramah itu tutup mulut dan mencermin diri sendiri sebelum cuba mentarbiah artis yang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat.
Malah, penyanyi kumpulan Wings itu mengakui telinganya ‘panas’ apabila mendengar nama artis berkenaan dan memberi amaran kepada Akhil supaya tidak lagi bercakap mengenai dunia artis atau mengaitkan golongan itu dengan sebarang bentuk ajaran sesat.
Awie mendakwa gelaran ‘ustaz’ yang diberikan masyarakat terhadap Akhil tidak wajar kerana penceramah itu sepatutnya mencerminkan kredibiliti dirinya terlebih dulu.

Tanpa berselindung, Awie mempertikaikan kewibawaan Akhil untuk mentarbiah golongan artis berdasarkan kredibiliti kehidupan rumah tangganya yang boleh dipertikaikan bukan saja di kalangan penggiat seni, malah masyarakat umum.
Jangan ingat golongan artis tidak mengetahui kehidupan dunia dan akhirat.“Apa saja yang dilakukan manusia di bumi ini hanya Allah yang tahu, tidak salah untuk ingat-mengingati,” katanya, semalam.

Awie yang popular dengan lagu Sejati mengulas dakwaan Akhil Hayy bahawa ada segelintir artis yang sudah ada nama menggunakan kedudukan mereka mempengaruhi artis lain supaya melakukan maksiat selain mempermudahkan Islam.
Malah, penceramah muda dan pengacara sebuah rancangan ilmiah itu turut mengakui ada artis membenarkan gejala bersekedudukan dan berzina dengan alasan apa yang dilakukan sudah ditentukan Allah selain manusia (artis) mempunyai ruang dan masa untuk bertaubat.
Akhil turut menyentuh mengenai ajaran sesat artis terbabit yang dipercayai menjadi pegangan melalui ajaran pelik dipercayai diperoleh daripada ‘guru ghaib’ yang sukar untuk dikesan.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Awie berkata Akhil perlu mencermin dirinya dulu yang sebelum ini turut terpalit dengan dunia glamor.
Awie berkata, kehidupan artis yang menjadi ‘public figure’ memang sentiasa disuluh lampu terang yang semestinya mahu memperlihatkan kecantikan yang dimiliki dalam sinaran cahaya berkenaan.
Walaupun mengakui ada artis yang tergelincir (terbabit dengan kegiatan maksiat), Awie mempertikaikan mengapa hanya golongan itu dikaitkan dengan pelbagai kegiatan tidak bermoral, termasuk ajaran sesat.
“Sebagai artis kita fokus terhadap apa yang hendak kita lakukan dan tidak berdiri di pentas ceramah sambil memaki dan mencerca orang lain,” katanya

Awie turut mendakwa penceramah terbabit pernah memperlekehkan lagu Sejati mengikut selera sendiri ketika berada di pentas ceramah.

“Saya meminta penceramah muda ini supaya tidak menilai seseorang itu secara melulu dan melalui ‘kulit’ saja, kerana ada ketikanya ada individu mempunyai ‘kulit’ yang baik, tetapi sebenarnya busuk di dalam.
Dia baru setahun jagung dalam dunia artis dan terlalu mudah serta sewenang-wenangnya mahu menilai kehidupan artis sekarang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat,” katanya.
>Hanya dakwah, saling mengingati
PUTRAJAYA: “Apa yang saya luahkan (amalan ajaran sesat di kalangan artis) atas dasar dakwah dan saling mengingati sesama golongan artis dan tiada niat untuk menunjukkan saya ini ‘suci’ berbanding orang lain.
“Saya juga manusia dan tidak menafikan ada melakukan kesilapan, tetapi saya mahu melihat kehidupan golongan artis diperbaiki agar berada di landasan sepatutnya,” kata penceramah dan pengacara rancangan ilmiah televisyen, Akhil Hayy, semalam.
Menurutnya, walaupun niatnya ikhlas untuk berbuat kebaikan sesama artis, dia akur jika ada di kalangan penggiat seni sukar dan tidak mahu menerima hakikat cabaran baik dan buruk dalam dunia itu.

Akhil berkata, dia bukan bercakap berdasarkan nafsu, tetapi satu peringatan bukan untuk dirinya, malah untuk rakan artis supaya berwaspada dan tidak tergelincir sehingga membawa kepada jurang kesesatan.
“Sebenarnya, saya tidak menuduh mana-mana pihak tapi berdasarkan kepada pengalaman sepanjang terbabit dalam dunia artis yang penuh cabaran.
“Bagi saya, apabila membabitkan soal akidah, ia bukan tanggungjawab saya saja, tapi juga tanggungjawab semua umat Islam termasuk juga artis yang juga ikon masyarakat.

“Sebagai ikon, kita perlu menunjukkan contoh dan teladan baik supaya mampu melahirkan masyarakat yang memiliki nilai murni,” katanya.
Dia mengulas kritikan penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, yang tidak selesa dengan kritikan Akhil terhadap segelintir golongan artis yang kononnya menjadi tali barut ‘guru ghaib’ bagi menyebarkan ajaran sesat.
Akhil berkata, dia tidak mempunyai niat tersirat atau mencari publisiti murahan, tetapi hanya mahu mengingatkan rakan artis mengenai pentingnya memberi perhatian terhadap soal akidah.
Menurutnya, memang kebanyakan umat Islam mengaku Islam, tetapi sebenarnya mereka tidak beriman kepada Allah.

“Jika mereka tidak salah mengapa perlu hendak memarahi orang lain dan saya tetap perlu melakukan kebaikan walaupun terpaksa menghadapi banyak cabaran.
“Saya meminta golongan artis yang terasa `pedas’ dengan `cili’ yang diberikan supaya melihat nasihat itu dengan mata hati dan cuba berprasangka baik yang mungkin boleh membawa kebaikan kepada mereka,” katanya.
Akhil berkata, sebagai umat Islam, dia tidak mahu kehidupan artis masih dibelenggu dengan konsep `lu lu’ dan `gua gua’ yang sebenarnya tidak dianjurkan Islam.Menurutnya, walaupun tidak menafikan rasa tidak senang segelintir artis, dia mengakui masih ada artis yang celik dan menerima nasihat diberikan dengan hati terbuka.
“Saya masih melihat ada artis yang mempunyai kekuatan untuk melihat kebaikan hendak kita sampaikan,” katanya.
Oleh itu, dia berharap mesej yang cuba dibawa kepada masyarakat artis perlu diberikan perhatian kerana mereka adalah ikon masyarakat yang mempunyai ramai pengikut.H METRO

gambar tragedi One Malaysia....









Tragedi ini berlaku di Sk Kuala Dipang pada jam 10.30 malam sewaktu para peserta menuju ke dewan Makan untuk Minum malam sebelum Tidur.Secara tiba-tiba Titi Gantung ini rebah dan ia menghanyutkan 22 orang peserta yang terdiri dari pelajar sekolah Rendah seluruh Hulu Kinta Selatan.2 berjaya ditemui manakala 20 yang lain masih hilang.

Gambar dan laporan lanjut akan dilapor kemudian.
-sya~reformis-

26 Oktober, 2009

Tragedi "One Malaysia" Di Kuala Dipang

Tragedi tak disangka "One Malaysia" siri akhir yang dilangsungkan di Pusat Kokurikulum Kinta Selatan bertempat di SK Kuala Dipang berlaku sekelip mata. Ketika murid berbaris mengambil giliran menyemberangi jambatan gantung yang baru beberapa minggu disiapkan runtuh tiba-tiba.

Ketika kejadian sekitar 30 murid bersama guru sedang mengambil giliran menyemberangi jambatan untuk makan malam. Jambatan tiba-tiba runtuh menyebabkan guru dan murid tercampak ke dalam sungai. Kebanyakan murid sempat berpaut pada rantai jambatan dan diselamatkan oleh guru dan jurulatih yang bertugas.

Jurulatih bertungkus lumus menyelamatkan murid sekalipun dalam keadaan yang sangat bahaya kerana arus yang deras. Beberapa murid dapat diselamatkan kecuali beberapa murid yang dihanyutkan arus deras. Usaha menyelamat menghadapi masalah kerana keadaan gelap. Kejadian berlaku 10.30 malam.

Sehingga 8.40 pagi seorang mayat pelajar india ditemui oleh pasukan penyelamat. Usaha masih diteruskan. Pemimpin termasuk dari Pakatan Rakyat dan Timbalan Perdana Menteri dilihat berada di tempat kejadian












-anak sengat-

21 Oktober, 2009

Turunnya Isa Putra Maryam....

diriwayatkan dari (Abu Hurairah) ra. : Rasulullah Saw pernah bersabda, " demi Dia yang Menggenggam diriku, sesungguhnya bahwa putra Maryam (Isa a.s.) akan turun diantara kalian (orang-orang muslim). ia akan menjadi hakim yang adil bagi manusia dengan berdasarkan Al Quran dan akan mematahkan salib serta membunuh babi; ia akan menghapuskan Jizyah (pajak yang diambil dari non muslim yang berada di dalam perlindungan pemerintahan muslim), akan mendatangkan kemakmuran sedemikian rupa sehingga tidak akan ada orang yang mau menerima sedekah".

20 Oktober, 2009

bukan tatu tapi kehendak Allah swt..

Ayat al-Quran pada kulit bayi


SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


MADINA mendukung anaknya, Ali.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Terkini: Sejadah pun leh solat, manusia?

Lagi peristiwa sejadah berdiri


MURID-MURID dan penduduk kampung melihat kejadian sejadah berdiri di surau SK Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut, Repek dekat sini gempar apabila 35 helai sejadah yang berada di dalam surau sekolah berkenaan didapati berdiri.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu kelihatan seolah-olah lelaki dan wanita sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk antara dua sujud.

Sejadah-sejadah tersebut juga seperti sedang berjemaah dengan sehelai daripadanya seolah-olah menjadi imam dan diikuti dengan 15 helai di ruang sembahyang lelaki dan 19 helai lagi di ruang sembahyang wanita.

Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 10.55 pagi oleh seorang pelajar tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang sedang mengikuti kelas pemulihan bersama beberapa pelajar lain di pondok berhampiran surau berkenaan.

"Saya secara tidak sengaja ternampak sejadah seperti sedang bersembahyang melalui celah pintu. Saya beritahu kawan dan dia memaklumkan kepada guru," katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, guru terbabit, Adnan Abdullah, 37, berkata, dia terkejut apabila melihat sejadah-sejadah tersebut berada dalam keadaan berdiri dan seolah-olah menunaikan sembahyang secara berjemaah.

"Keadaan sejadah tersebut seperti berada dalam saf sembahyang, ada yang tinggi dan rendah seperti jemaah dewasa bersama jemaah kanak-kanak," ujarnya.

12 Oktober, 2009



Umno menang tetapi kalah dalam memerangi rasuah
TELOK KEMANG, 11 Okt: Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sambil menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.
Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.
Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.
Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara, konsistan menjalaskan, keputusan pilihan raya hari ini akan mempercepat gelombang itu.
Tegasnya lagi, N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih.
Kedua-dua mereka mengulas keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam sidang media mereka jam 9 malam tadi. Turut serta dalam sidang media itu adalah calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan Pengarah Operasi Pilihan raya ini, Dr Dzulkefly Ahmad serta pimpinan Pakatan Rakyat.
SPR mengumumkan, calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad menang besar dalam pilihan raya kecil ini mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti majoriti 5,435 undi.
Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.
Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Azman Mohd Nor mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian Azman.

10 Oktober, 2009


Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Ya Allah, kau menangkanlah Islam di Bagan Pinang. Kau menangkanlah calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar.
Kalahkanlah BN agar kendur egonya, lembut hatinya, hilang kezalimannya dan kembali ia ke jalanMu, Ya Allah.
Segala perancangan mereka sudah pasti tiada yang setanding dengan perancanganMu kerana segala perancangan tiadalah berhasil selain dengan izinMu.
Hanya kepadaMu tempat kami memohon pertolongan dan hanya dengan rahmatMu kami akan menang mengatasi kuasa zalim yang memerintah hari ini.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Segala kudrat telah kami gunakan, segala usaha telah kami laksanakan dan segala-galanya kami serah sepenuhnya kepadaMu.
Ya Allah, Ya Rabbal Alamin.
Amin.

08 Oktober, 2009

samsengnya UMNO n Pro-UMNO


Serangan samseng yang memakai baju BN bukan perkara baru dalam politik umNO. Sememangnya petanda umNo bimbang ialah menggunakan samseng upahan. Sebahagian besaarnya kaki tarik kereta Pakeda. Biasanya mereka ini orang luar supaya tidak dikenali. Sameng ini menggunakan nama Pakeda bagi menghalalkan tindakan mereka walaupun hanya Pakeda jadian.


Bagi yang mengenali sejarah umNo dan PAS tentu masih ingat peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau Kedah sekitar tahun 80an. Ia adalah siri keganasan pemuda tahan lasak umNO sekitar 80 sebelumpolis mengambil alih siri keganasan tersebut melalui peristiwa Memali Baling Kedah. Bagi saya yang berumur belum mencecah 10 tahun ketika itu masih ingat bagaimana pembunuhan Almarhum Ustaz Osman Talib. Beliau dipukul bersama beberapa pemuda PAS kerana mempertahankan bendera PAS. Peristiwa berlaku ketika kempen pilihanraya kecil Padang Terap Kedah.


Kejadian serangan di Markaz besar PAS Bagan Pinang itu melambangkan keganasan kempen dan petanda umNO bimbang dengan perkembangan yang berlaku. Ia juga melabmangkan kegagalan polis yang menghabiskan duit rakyat untuk berkampung di setiap pilihanraya kecil. Ternyata kehadiran ramai polis gagal menangani keganasan jika keganasan itu dicetuskan umNO.


Peristiwa berlaku juga mungkin sebagai " balas dendam" mat rempit umNO kerana bos mereka yang " ditumbuk tangan ghaib" hingga terlantar di hospital. Jadi mudah untuk mencari siapa angkara semua ini. Azeez mat rempit adalah pencetus kekacauannya.


Satu perkara yang mesti diingat oleh mat rempit yang biasanya berani bila beramai ramai dan selalunya dibawah pengaruh "khayal" .... pemuda PAS datang tanpa upah. Yang mereka cari ialah Redho Allah. kemuncak dan titik akhir perjalanan serta destinasi pemuda PAS ialah kematian di jalan Allah. Kami di ajar agar tidak mencarimusuh sebagaimana pesanan Baginda nnabi SAW.... " jangan bercita cita mencari musuh, jika bertemu musuh jangan berganjak"...jadi jangan cari pasal.... markas PAS adalah kubu kami.... kubu boleh bertukar menjadi kubur bila bila masa.... Islam melarang menyerang..tetapi mempertahankan hak adalah kewajipan.


Peristiwa lubuk Merbau cukup menjadi ingatan bahawa pemuda PAS tak pernah berganjak. Seruan Ketua Pemuda PAS agar pemuda seluruh negara turun mempertahankan kubu PAS adalah isyarat awal kepada pemuda umNO dan Polis!

07 Oktober, 2009

Gempa Bumi di Indonesia



MENAKJUBKAN Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.


Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:17.16 (Surah Al Isra' ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
17.58 (Surah Al Isra' ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).
8.52 (Surah Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.
sumber: eramuslim

Bermulanya pejuangan bg pelajar yg ambil PMR...

hari ini 7-10-2009(rabu) bermulanya peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR).
jadi, saya mengucapkan selamat berjuang dengan otak.... balajar juga boleh dikatogorikan sebagai medan berjuang.... buat adik2 yg menduduki PMR pg tadi, teruskan usaha..
teruskan berdoa..... bermunajatlah...... bertawakal.....
wassalamun........

Mahathir Bertegas Tidak Akan Berkempen Untuk Isa

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan berkempen untuk calon UMNO Barisan Nasional, Isa Samad bagi mengekalkan kerusi N31, Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini.


Keputusan UMNO Barisan Nasional meletakkan Isa Samad sebagai calon dikritik pelbagai pihak berikutan sebelum ini Isa didapati terlibat dengan kes rasuah.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin berkata tindakan mantan perdana menteri yang enggan berkempen pada pilihanraya kecil kali ini menunjukkan UMNO BN ketandusan pemimpin yang berkredibiliti dalam menerajui parti.


“Perkara pertama ialah saya menyokong tindakan Tun Dr. Mahathir maknanya beliau bercakap, dia menegur dan dia yakin dengan perkara tersebut iaitu meletakkan Isa Samad akan lebih menambah parah imej Umno BN."


“Tindakan beliau untuk tidak turun berkempen membantu Isa Samad itu adalah tindakan yang betul bagi prinsipnya bagi prinsip yang dipegang oleh Tun Dr. Mahathir,” katanya.


Badrul berkata situasi ini jelas berbeza dengan kesudian Tun Dr Mahathir turun berkempen kepada calon UMNO Barisan semasa pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang.


Sambil menyifatkan pemilihan Isa sebagai satu penghinaan UMNO kepada rakyat Bagan Pinang, beliau berkata, parti itu tidak belajar dari kesilapan dengan menonjolkan calon yang disabitkan dengan kesalahan politik wang.


“Kerana selepas hilang kuasa, apa pun yang dicakap sendiri oleh Tun Dr. Mahathir, orang Umno sendiri tidak hormat dan tidak dengar khususnya dalam contoh terdekat dengan pemilihan Isa Samad sebagai calon telah memberi amaran dan menegur terus-terang untuk tidak meletak Isa Samad sebagai calon di Bagan Pinang,” katanya.


Selain itu, beliau turut membidas pendirian retorik UMNO BN dalam membanteras rasuah yang dilihat cukup sebati dengan gagasan itu.“Pertama saya bersetuju maknanya ramai pemimpin Umno yang terpalit dengan rasuah dan hujah menyatakan Isa Samad seperti pemimpin-pemimpin yang lain dibersihkan telah menjalani hukuman, itu adalah satu pembohongan."


“Dalam kes Isa Samad, dia melakukan politik wang memang itu proses dalam Umno tetapi dia menggunakan peruntukan kerajaan ketika dia selaku menteri wilayah persekutuan tetapi tidak ada proses mahkamah, tidak ada hukum di mahkamah dan BPR pada ketika itu dihalang untuk menyiasat dan mendakwa kes tersebut,” katanya.


Badrul optimis Pakatan Rakyat mampu menawan kerusi DUN Bagan Pinang meskipun kawasan itu diwar- warkan sebagai kubu kuat UMNO Barisan Nasional.


Beliau juga tidak menolak Isa Samad berkemungkinan besar akan memenangi kerusi berkenaan jika dilihat dari pengalaman UMNO Barisan Nasional sebelum ini yang secara konsisten menggunakan taktik kotor untuk memenangi kerusi pada mana- mana pilihanraya.


“Pertama sekali saya tidak menolak kemungkinan bahawa Tan Sri Isa masih boleh memenangi pilihan raya tersebut dengan penyalahan penggunaan jentera kerajaan dan penipuan yang dibuat oleh SPR melalui undi pos, manipulasi dan sebagainya jadi dia boleh menang.


“Tetapi kalau undi biasa rakyat, kita dapat melihat penolakan rakyat tetapi apa signifikasi dan mesej yang jelas yang kita lihat dalam pilihan raya kali ini,” katanya.


Pilihanraya kecil ini didakan apabila penyandang kerusi ini, Azman Mohd Noor dari UMNO Barisan Nasional meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah 4 September lalu.

06 Oktober, 2009

nasihat dr.M

Banner Provokasi Berjaya Diturunkan..!!!


Banner yang dikatakan menimbulkan Provokasi dan Fitnah
Ini merupakan gambar tebaru yang dirakamkan yang mana beberapa banner yang menimbulkan provokasi dan juga fitnah telah diturunkan petang ini.
Ia diturunkan selepas satu laporan polis dibuat oleh Yb Firdaus Jaafar MP jerai semalam.
Beliau yang dalam ceramahnya memberikan masa 24 jam bermula petang semalam kepada Pihak Berkuasa untuk menurunkan kesemua banner yang berunsur fitnah ini akhirnya berjaya diturunkan kerana ia disifatkan melanggar akta Pilihanraya Malaysia.

Berdosa pilih perasuah jadi pemimpin - Ulama




KOTA BHARU, 6 Okt: Kitab fiqah menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin.

Usahkan dipilih sebagai pemimpin menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.

Ini kerana kesalahan rasuah dikategorikan di bawah dosa-dosa besar.

Sedangkan syarat untuk melayakkan seseorang Islam menjadi saksi atau wali antaranya mesti berkelakuan adil, tidak bercakap bohong, tidak melakukan dosa besar dan tak mengekalkan dosa-dosa kecil.

Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, orang yang terlibat dengan rasuah dikategorikan sebagai fasik (rosak iman).

"Usahkan mahu dilantik sebagai pemimpin, menjadi saksi kepada perkahwinan pun tidak boleh bagi orang macam itu," katanya di sini.

Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad pernah disabitkan dengan kesalahan korupsi pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin Umno.

Pengerusinya panel itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian Umno selama enam tahun terhadap Isa.

Sebelum itu pada perhimpunan agung Umno Isa menang jawatan Naib Presiden Umno. Bagaimanapun dia telah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan rasuah (politik wang).

Pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini Isa akan ditentang calon PAS, Mohamad Zulkefly Omar.

Ulama muda lulusan sarjana di Jordan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, banyak kitab fiqah menjelaskan orang yang terbabit dengan rasuah tidak layak untuk menjadi saksi bagi sesuatu perkahwinan.

"Kalau hendak menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri lagi tidak layak kerana tanggungjawab wali lebih besar," katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berceramah di Taman Guru dekat sini, malam Jumaat lalu menjelaskan orang yang pernah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan rasuah tidak boleh menjadi saksi perkahwinan.

Katanya, kalau menjadi saksi pun tidak boleh macam mana pula hendak dilantik sebagai pemimpin.

04 Oktober, 2009

jom ke jamuan hari raya surau madah.......

sempena aidilfitri ini, ajk & jemaah surau madah sudah berpakat untuk menyediakan juadah hari raya aidilfitri yang seperti ini:-

tempat ; surau madah, fasa 1A, manjung
tarikh ; 17 okt 2009
masa ; 3.00ptg - 6.00ptg
(jemputan khas; YB. pasir panjang/bukit gantang)

"semua dijemput hadir"
(termasuk bukan muslim)

02 Oktober, 2009

Menerangkan isu BAGAN PINANG secara FAKTA..



Assalamu'alaikum.....

ana ada berita tentang bagan pinang,n9... nak tau?

semasa ana beraya di kuala lumpur, ana beraya dirumah sahabat ana di gombak. sampai dirumahnya, ana dan bapa sahabat ana berbual panjang. sehinggakan kami terbual isu pilihan raya bagan pinang.

persoalan bapanya ialah bolehkah PAS menang ditempat kuat BN? susah untuk PAS menang....

ana terkedu dengar katanya... ana tunggu penjelasannya lagi.

Dia pernah tinggal di n9 kerana berkhidmat di Kem Tentera, Port Dickson,n9. sebagai komander tldm ketika itu... jadi, tidak asing bagi dia kawasan bagan pinang,teluk kemang dll.

mengikut cerita dia, sebab apa PAS susah menang di bagan pinang?

  1. sebilangn besar penduduk d'situ tidak mahu n tak tahu tentang islam sepenuhnye.. contoh, 1.solat maghrib n isyak di masjid tiada org iaitu kurg dr 5 org jemaah shaja. klu surau, lg ar xmandang.. 2. solat juma'atnya kurg dr 40 org jemaah yg akhil baligh. 3. pengajian agama pula tiada langsung, jauh bezanya dr bukit gantang,dll. kesannya,berita yg ingin disampaikan PAS suah nk sampai pd pgundi situ. krn ingin tahu berita PAS iaitu dr ceramah,internet,harakah,keadilan dll. Kesimpulannya, PAS perlu kerja lebih keras di Bagan Pinang.
  2. tentera!! BN senang manggunakan tentera samada berada disitu atau tak berada disitu sebagai jentera bntu BN untk memenangi N31. dan kerajan BN akn guna sepenuhnya tenaga tentera untuk rayu undi,mengundi, dll seperti pilihan raya kecil yg lalu. Hal ini susah utk kita mencegahnya melainkan doa kemenangan utk PAS... kesannya, PAS akn mengalami kekurang bilangan org utk rayu undi,mengundi disitu berbanding UBN.. Kesimpulannya, kita perlu mengajak semua penyokong PAS xkira dr lain status agama,fahaman,darjat,umur,parti,pertubuhan dll untuk kerja lebih keras dan sumbangan di Bagan Pinang,n9 ini... JOM KE BAGAN PINANG....

KEPADA UBN PULA, BN tidak mungkin boleh menang jika..............

  1. calonkan ISA samad... kerana pelbagai isu buruk yg pernah dia buat dan isunya masih tidak lupa org bgn pinang iaitu isu rasuah,isu babi,isu salah gunakuasa dll.. kesimpulannya, BN kalah teruk....................mejoriti lbh besar dr prk lepas... insyaAllah.
  2. siapa calon UBN itu pasti ada masalah atau isu yg dirahsiakan akan diketahui pada prk itu.... byk rahsia buruk calon yg terbongkar... krn BN selalu cerita baiknya BN di tv3suku,tv1 n tv2,utusan.berita hairan dan sekutunya.... jadi org bn sendiri yg meluat..... kesimpulannya, Lu Pikir La Sendiri.....
  3. memainkan isu pakatan, isu yg diburukkn oleh media pro-bn akn jadi kemenangan pd PAS juda krn pakatan amat peka sekali tentang semua isu semasa dan dpt selesaikn dengan baik sekali.disamping itu, media pro-bn bkn jatuhkn imej PAS/pakatan tapi mjatuhkn imej mereka sendiri dan BN sendiri serta meluatnya rakyat pd bn serta pro-bn tu. kesimpulannya. lebih bagus tv3cuku, n bharian wat cmtu... krn cara tu jua sebenarnya menjeratkan bn sendiri.....
  4. dan byk lagi...........

-pejuangmuda2-

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat