blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

18 September, 2009

sementara lihat blog ana...
ana ingin mengucapkn "selamat hari raya" dan maafkan ana jika kesalahan ana sedar atau xsedar....
zahir atau batin...
dan marilah kita sesama umat memaafi kesalah org lain....
walau sedar o x....
dan bertakbirlah kita dengan rasa bersemangat seperti kemenangan umat islam semasa perang badar....

-pejuangmuda-

13 September, 2009

promosi Ramadhan.....

gambaran sebenar penjual biskut raya........




beraneka biskut raya diperkenalkan





teknik susunan jadi ukuran pengguna sebagai tarikan...




inilah serba sedikit gambaran suasana penjual biskut raya pd bulan ramadhan....
perniagaan adalah 9/10 drp sumber pendapatan......
marilah berniaga ikut sunnah nabi kita,.....
suasana ramadhan bgitu indah juadah berbuka....
maka, suasana raya pula akn meriah jika adanya juadah biskut raya.....

XPDC Dakwah PAS kawasan Lumut,....

permulaan xpdc pada pukul 11 malam,
kami (DPPK lumut) berkumpul seramai lbh-kurang 20 org termasuk DPPK bagan datoh.
tujuan kami ialah dekati remaja2 yg berada di lumut...

perkenalan n tujuan xpdc dakwah ini
iaitu nasihat n ajak wat kebaikn dibulan ramadhan ni....





kemudian, pembahagian kumpulan...







disinilah tempat penghujung xpdc.... yg dapat kami lihat.... remaja ini boleh berkomunikasi dgn pemuda pas dlm keadaan tenang..
1 pagi, kami pulang..........

-pejuangmuda-

09 September, 2009

marilah mencari laillatul qadar..........


Dalam surah al-Qadr menegaskan bahawa al-Quran telah diturunkan dari Luh Mahfuz atau dari langit yang tertinggi (Jami al-Bayan, J. 15, hlm. 258) ke langit dunia iaitu Baitul Izzah pada malam Lailatul Qadar (Ruh al-Maani, J. 10, hlm. 198).

Ini ditegaskan lagi dengan sebuah hadis daripada Ibn Abbas yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan kesemua sekali pada malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan ke langit dunia (Jami al-Bayan, J. 15, hlm. 258).

Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua maksud,
1) kemuliaan kerana setengah dari erti qadr itu ialah kemuliaan;
2) bermaksud penentuan kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w didalam memberi pertunjuk kepada umat manusia.

Kalau dipakai erti kemuliaan, maka mulai pada malam itulah kemuliaan tertinggi dianugerahkan kepada nabi Muhammad s.a.w kerana itulah permulaan Malaikat Jibril menyatakan dirinya dihadapan baginda didalam gua Hira’. Pada malam itu perikemanusiaan diberi kemuliaan dikeluarkan dari zulumat/kegelapan kepada nur/cahaya petunjuk Allah.

Jika diberi erti penentuan bermaksud dimalam itu dimulai menentukan garis pemisah diantara kufur dengan iman, jahiliyah dengan Islam, syirik dengan tauhid.

Dan penjelasan tersebut menunjukkan bahawa malam itu adalah malam yang istimewa berbanding dari segala malam kerana turun wahyu yang membawa lembaran baru (Hamka, J. 10, hlm. 8068).

Terdapat beberapa pendapat tentang peristiwa Lailatul Qadar samada ia berlaku sekali atau datang pada setiap Ramadhan.

Menurut Ibn Umar, Lailatul Qadar berlaku pada setiap Ramadhan (Jami al-Bayan, hlm. 209).
Pendapat yang lain dari setengah ulama ada menyatakan Lailatul Qadar berlaku sekali sahaja iaitu ketika al-Quran mulai diturunkan pertama kali.
Adapun Lailatul Qadar yang kita peringati dan berusaha memperbanyakkan amal ibadat pada malam-malam di bulan Ramadhan adalah untuk memperteguh ingatan kita kepada peristiwa turunnya al-Quran. Kita hidupkan malam itu dengan mengambil berkat dan memperbanyakkan syukur kepada Allah s.w.t. Berdiri mengerjakan terawih dan qiamullail di bulan Ramadhan adalah bertepatan dengan malam turunnya al-Quran (Hamka, hlm. 8071).

Menurut Syeikh Yusuf Amrullah, bapa Hamka, berpegang dengan pendapat al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa Lailatul Qadar yang sebenar hanya sekali iaitu malam mula-mula al-Quran diturunkan. Yang kita buat amal ibadat didalam bulan puasa adalah mengingati Lailatul Qadar itu ialah memperingati dan memuliakan malam al-Quran diturunkan. Kita ingati setiap tahun agar kita bertambah teguh memegang segala yang diturunkan Allah didalam al-Quran.

Kesimpulannya ialah apabila menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan ibadat bertujuan untuk membesarkan syiar Allah dan menambah taqwa dalam diri.

Terdapat beberapa hadis yang menceritakan tentang berlakunya Lailatul Qadar dan ia tetap berlaku atau berulang pada setiap bulan Ramadhan.

Dalam kitab Fath al-Bari menurunkan tidak kurang dari 45 qaul tentang malam terjadinya Lailatul Qadar, masing-masing menurut pengalaman dengan catatan Ulama-ulama yang merawikannya, sejak dari malam 1 Ramadhan sampai 29 atau malam 30 Ramadhan. Semuanya dinukilkan oleh as-Syaukani di dalam `Nailul-Authar nya.

Oleh sebab itu dianjurkanlah supaya setiap malam bulan Ramdhan diisikan penuh dengan ibadat. Bagaimanapun terdapat juga riwayat yang kuat menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu ialah pada malam sepuluh yang akhir dari Ramadhan ertinya sejak malam 21, kerana sejak malam 21 itu nabi s.a.w lebih memperkuat ibadatnya daripada malam-malam yang sebelumnya sampai beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur.

Abdullah bin Mas`ud dan asy-Sya`bi dan al-Hasan dan Qatadah berpendapat bahawa malam itu ialah malam 24 Ramadhan. Alasan mereka ialah kerana ada hadis yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan pada 24 Ramadhan.

Satu riwayat lagi menyatakan jatuhnya ialah pada 17 Ramadhan. Orang yang berpegang pada 17 Ramadhan ini mengambil istimbath daripada ayat 41 dari surah an-Anfal kerana di sana tersebut bermaksud;

‘dan apa yang Kami turunkan kepada Hamba Kami pada Pemisahan hari bertemu dua golongan’

`Hari bertemu dua golongan’ ialah dalam peperangan Badar, pada 17 Ramadhan sedang `hari pemisahan’ ialah hari turunnya al-Quran yang pertama yang disebut juga malam yang diberi berkat sebagaimana tersebut didalam surah 44 ad-Dukhan. Maka oleh kerana berhadapan dua golongan di Perang Badar itu, golongan Islam dan golongan Musyrikin terjadi pada 17 Ramadhan, mereka menguatkan bahawa Lailatul Qadar mulai turunnya al-Quran di gua Hira ialah 17 Ramadhan pula meskipun jarak waktunya adalah 15 tahun.

Banyak hadis-hadis yang menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam yang ganjil sepuluh terakhir dalam bulan Ramadhan (Ruh al-Maani, hlm. 191), dan ada pendapat hadis yang menetapkan pada malam 27.

Dalam tafsir Ruh al-Maani ada dinyatakan setengah ulama al-Shafie berpendapat ada beberapa malam yang istimewa iaitu malam yang paling afdal ialah malam kelahiran-kelahiran nabi Muhammas s.a.w. Kemudian diikuti dengan malam Lailatul Qadar kemudian malam Isra’ dan Mi’raj, malam Arafah, malam Jumaat, malam Nisfu Syaaban dan kemudiannya malam raya (hlm. 194).

Mengikut Anas daripada nabi menyatakan bahawa Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) Lailatul Qadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya.

Keistimewaan lain yang berlaku pada malam Lailatul Qadar dinyatakan dalam ayat 4 yang menjelaskan bahawa malaikat dan roh turun pada malam itu dengan keizinan Tuhan. Yang dimaksudkan dengan `roh’ ialah malaikat Jibrail dan ini pendapat jumhur ulama. Ia disebut secara khusus kerana kemuliannya. Ada pendapat lain menyatakan nabi Isa a.s turun untuk melihat umat dan menziarahi nabi Muhammas s.a.w. Ada juga pendapat menyatakan roh-roh orang yang mukmin turun untuk menziarahi keluarga-keluarga mereka. Ada pendapat satu lagi mentafsirkan kepada `Rahmat, dari Allah.

Malaikat turun dari martabat mereka yang tinggi yang sebok dengan urusan Allah s.w.t untuk mengucap `salam’ kepada orang mukmin. Oleh kerana mereka ramai, antara mereka turun secara kumpulan, ada yang turun dan ada yang naik semula. Oleh kerana kejadian mereka adalah dari nur atau cahaya maka tidaklah timbul masalah kesesakan. Para malaikat yang ramai itu pergi mengunjungi rumah orang mukmin, kecuali rumah yang terdapat didalamnya anjing, khinzir, arak dan patung. Mereka megucup tasbih dan memohon keampunan bagi umat Muhammad s.a.w sehinggalah sampai waktu fajar barulah mereka naik semula ke langit. Melihat ini bertasbih memuji Allah s.w.t justeru syukur mereka kepada Allah yang telah melimpahkan keampunan kepada umat Muhammad s.a.w.

Pada malam tersebut Allah s.w.t telah melipatkan rahmatnya kepada seluruh orang mukmin yang masih hidup dan juga kepada yang telah mati. Betapa pemurahnya Allah kepada hambaNya.

Jika kita mengamati hadis dari Anas bin Malik yang menyatakan, barangsiapa yang menunaikan solat maghrib dan isya’ berjamaah sepanjang bulan Ramadhan sesungguhnya dia telah mendapat sebahagian dari Lailatul Qadar. Bermaksud bukanlah suatu yang amat sukar untuk mendapatkan sebahagian dari malam Lailatul Qadar. Yang penting kita tidak mengabaikan mana-mana malam di bulan Ramadhan kecuali dengan melakukan ibadat dan paling minimum sembahyang berjamaah pada waktu maghrib dan isya’.

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai yang tidak ambil berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan Ramadhan.

MAHKAMAH TIADA HAK DLM URUSAN DEWAN UNDGN NEGERI(DUN)

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman bekas Speaker Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.

Ketika menolak permohonan itu dengan kos hari ini, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.
Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.
“Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah,” katanya-. mStar


dan2 mahkamah jadi cerdik...bila Sivakumar bawak kes DUN ke mahkamah untuk saman SPEAKER HARAM..depa kata tak boleh campor tangan nanti menlanggar perlembagaan..bila MB HARAM bawak kes ke mahkamah depa jadi dungu ..dengan sesedap rasa sesuka hati depa langgar perlembagaan..

tapi bagus juga Sivakumar buat permohonan saman ni..dengan secara tak langsung apa yang berlaku di Perak ini membuktikan BN adalah HARAM untuk memerintah Perak..apa2 saja keputusan mahkamah mengenai sidang DUN Perak terbatal dengan secara otomatik...korang ingat kes penggantungan Zambry and the gang..?? maka dengan ini mahkamah menjelaskan bahawa penggantungan mereka adalah SAH dan mahkamah TIADA HAK untuk menarik penggantungan SPEAKER SAH Sivakumar terhadap Zambry and the gang...

ini bermakna.........barisan BN adalah TIDAK SAH sebagai pemerintah Perak..!! exco2nya TIDAK SAH...HARAM la tu..!! korang guna mahkamah sebagai senjata...sekarang senjata makan tuan..hambik korang...!!

TERIMA KASIH Hakim Datuk Azahar Mohamed kerana pencerahan ini...


wallahua'lam..

05 September, 2009

SIMPATI KARTIKA SERI DEWI





Sabtu, 29/8/09, semua Ngo seluruh negeri Perak yang diketuai oleh JAMA'IE menziarahi keluarga Kartika Seri Dewi di Jawang, Karai, Sg Siput Utara. Majlis dimulai dengan jamuan berbuka puasa, taklimat oleh Pak Shukarno (bapa Kartika), solat Taraweh dan penjelasan daripada Kartika sendiri tentang isu sebatan akibat kesalahan minum arak yang dihebohkan mutaakhir ini. Penulis dan isteri turut sama hadir dalam majlis tersebut kerana Kartika merupakan anak murid penulis di Pondok Pak Teh suatu waktu dulu. Isteri penulis juga ialah teman sepondok dengan Kartika yang sudah 14 tahun tidak bertemu dan mendengar khabar berita.
Jadi pertemuan ini sangat bermakna selain memberikan sokongan moral kepada Kartika dan keluarganya bahkan untuk mempertahankan sistem perundangan Islam di negara kita ini. Moga Allah memberikan kekuatan kepada Kartika mengharungi dugaan Allah yang amat berat ini.

-persatuan kebajikan al-furqan-

Susah berdialog dengan manusia berotak lembu



Antara jalan penyelesaian untuk merungkaikan masalah yang timbul dengan berdialog,berbincang atau bermesyuarat.Agama pun menggalakkan perkara ini.

Namun ulama menggariskan untuk berdiaolog setiap yang terlibat perlu menjaga adab dialog dan juga setiap peserta perlu menghormati antara satu sama lain.

Sikap berlapang dada amat penting sekali ketika dialog.Orang yang 'panas baran' tidak layak dan tidak digalakkan menyertai dialog.Dialog mesti berfakta bukan beremosi.

Matlamat dialog ialah untuk mencari jalan penyelesaian bukannya untuk menambahkan atau menjadikan keadaan semakin parah.

Dalam hal ini sukalah saya perturunkan kata-kata Imam As-Syafie yang mengambarkan kerendahan diri beliau ketika menghadapi situasi perbincangan atau dialog.

Imam As-Syafie pernah berkata: "Pendapat aku betul,tapi ada kemungkinan salah,pendapat selainku salah tapi ada kemungkinan betulnya".

Selamat menjalani ibadah ramadan.

P/s: Usah berdialog dengan lembu dan manusia berotak lembu.

-nur12-

Haji Hadi di Liqa' Al Fiqri dan Badar Al Qubro PAS Perak

IPOH (5.9.09): Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden Pas semalam berada di Ipoh untuk menghadiri program Badar Kubro bersama Ustaz Abu Bakar Hussein, Pesuruhjaya Pas Perak dan Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin selepas solat tarawih.

Pada sebelah petangnya, Tuan Guru Haji Hadi Awang memberikan ceramah kepada Ahli-ahli Jawatan Kuasa Harian Pas Perak dari seluruh kawasan dalam negeri Perak di dalam program Liqa' Fikri anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Perak itu.

Ketibaan Tuan Guru Haji Hadi Awang ke Surau Al Ikhlasiyah, Manjoi, Ipoh disambut Ahli Badan Perhubungan PAS Perak dan Ahli-ahli Jawatankuasa nya.

Dato Seri Haji Nizar yang turut hadir mengiringi Tuan Guru Haji Hadi Awang didalam program Badar Kubro di Manjoi Ipoh pada sebelah malamnya.

Tuan Guru Haji Hadi Awang telah memberikan ceramahnya berkaitan dengan syura dan Fiqh Siasah mengikut amalan Islam. Banyaklah contoh-contoh yang diambil dari sirah nabi SAW untuk diambil pengajaran dan amalan yang patut dilakukan oleh para pejuang khususnya para penggerak Parti Islam Se Malaysia (PAS) dalam gerakkerja berparti.

Antara hadirin yang hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa harian Pas kawasan-kawasan dalam negeri Perak yang sedang mendengar ceramah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Program Liqa' Al Fikri Pas Perak yang biasanya dibuat di Markas PAS Perak di Ayer Kuning pada setiap bulan kali ini bertuah dapat mendengar ceramah daripada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di Kampung Manjoi, Ipoh.

Bagaimana dengan peluang Pas didalam prk Bagan Pinang, NS? tanya wartawan.
Peluang Pas amat cerah, balas Haji Hadi. Cuma Pas perlu mengatasi masalah undi pos yang melebihi 5000 di dun Bagan Pinang, sambung Haji Hadi. Tetapi kali ini, kerusi milik umno/bn yang dipertandingkan...? tanya wartawan lagi. Kita telah buktikan keupayaan kita di Kuala Terengganu, kerusi milik umno pun kita boleh menang, tegas jawab Haji Hadi.

Sekarang ini banyak isu yang ditimbulkan oleh Barisan Nasional yang mengatakan bahawa inilah wajah sebenar Pakatan Rakyat, ujar wartawan menanyakan pendapat Haji Hadi. Kesemua isu tersebut merupakan pendedahan wajah Umno dan Barisan Nasional yang sebenarnya, jawab Haji Hadi. Di dalam isu Kartika misalnya, terserlah bahawa setelah 52 tahun merdeka, umno memang tidak mahu menegakkan hukum Islam, tambah Haji Hadi lagi.

02 September, 2009

Perangai Panglima Perang Salahuddin Al-Ayyubi






Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi.

Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.



Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Sauatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.



Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan.

Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, "Cakap sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.

Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan dirinya".

Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.




Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.


Terkini Sidang Dun Perak-sila reload




1.30 pm : Sidang Dun terus berlansung.Saksikan live di http://www.justin.tv/bilikmediaperak

12.25 pm : Dewan meluluskan laporan jawatankuasa hak.Speaker V.Sivakumar keluar arahan supaya polis menangkap Ganesan dan Hee Yit Fong atas kesalahan yang mereka lakukan ketika Sidang Dun 7 Mei lalu.Ganesan didakwa telah menceroboh ke dalam dewan.Sementara Yit Fong telah merampas kuasa speaker.

12.10 pm : Adun Canning,sedang membahaskan laporan jawatankuasa hak.

11.55 am :
Pembentangan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan oleh Adun Changkat Jong.

11.45 am : Dun Perak mula bersidang,dimulakan dengan bacaan doa.

11.35 am : Adun PR telah berada dalam dewan persidangan.Ds.Nizar dan YB.Sivakumar juga telah tiba.Sidang akan bermula bila2 masa.

11.25 am :
Beberapa penyokong upahan Umno sedang melakukan provokasi di luar hotel.Mana polis,kenapa tidak ambil tindakan?

Sementera Ds.Nizar dan YB. Sivakumar sedang berada di balai Sg.Senam untuk dengan beberapa Adun yang ditahan.

11.20 am :
Kesemua Adun PR tiba di Heritage Hotel untuk mulakan sidang Dun.

11.10 am : Speaker Dun,V.Sivakumar umum persidangan akan diadakan di Heritage Hotel jam 11.30 pagi.

Sementera sebelum ini 3 Adun lagi ditangkap secara kasar oleh polis.Mereka ialah Dato' Ngeh,Chan Ming Kai dan
Keshvinder.Kesemua mereka ditahan di balai Sg. Senam.

10.30 am
: Nga Kor Ming,Adun Pantai Remis dan 3 penyokong cuba ditahan polis diperkarangan pintu masuk pejabat SUK.

Sementara Adun2 yang lain sedang berusaha memasuki ke Dewan Persindangan.Polis seperti biasa jumlah yang ramai.Ada juga provokasi dari individu yang tidak dikenali dipercayai penyokong UMNO.

-Nur12-

BEBERAPA KENYATAAN MENGHINA ISLAM OLEH PEMIMPIN UMNO DAN AKIBATNYA



Kategori: Isu Semasa

Dalam akhbar HARAKAH bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430/21 – 23 Ogos 2009, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel beliau bertajuk “Sejak bila Umno tidak hina Islam.” Ia berbunyi seperti berikut:


i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:


(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.


Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.


ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.


Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:


Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali’Imran).”


Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. Ia bo;eh menukarkan “Asyhadu” ; langsung tidak berfungsi. Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu) memberi erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz.


Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam. Inilah salah satu puncanya sehingga saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik. Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.


Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham Atheis yang langsung tak beragama? Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais? Sama? Tak serupa? Atau serupa tapi tak sama? Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas dari segala-galanya termasuk Islam itu sendiri? Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi ?


Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama ini serupa tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan? Kubur muslim dan Non- muslim pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat muslim pun apakah halal dibakar?


Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara muslim/non-muslim yang berleluasa tanpa perlu menukar agama. Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi. Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam.


Menyentuh tentang kenyataan Dato’ Nazri Aziz pula, yang secara terang-terangan berkata di dalam satu forum anjuran Majlis Peguam bahawa Umno terpaksa menggunakan Islam untuk meraih undi kerana bimbangkan kehilangan sokongan kepada PAS jika tidak berbuat demikian; maka jelas di sini bahawa Umno tidak menjadikan Islam ugama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kenyataan ini mengesahkan bahawa Islam bukan menjadi landasan perjuangan Umno. Islam itu bukan “a complete way of life”. Sahlah dengan ini, Umno hanya menggunakan Islam untuk tujuan-tujuan upacara dan “ritual” semata-mata. Ugama Islam hanya sekadar untuk cari makan dengan mengekalkan kekuasaan? Jika timbul keperluan, Islam itu boleh diperalatkan. Yang penting ialah hegemoni dan kekuasaan politik.


Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan maulidurrasul atau sambutan maal hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini? Dalam hubungan ini, jangan salahkan rakyat jika mereka menuduh Umno sebagai parti yang hanya pentingkan kuasa. Segala komitmen terhadap projek-projek agama hanya bertujuan kosmetik, pameran atau bahan perhiasan semata-mata untuk tujuan-tujuan materialistik.


Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu. Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur adukkan segala benda itu untuk hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah “tiada dasar”.


Inilah juga alasannya ; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam dari baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu. Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda dan program perjuangan.


Pendek kata sebelum Umno menuduh saya sebagai orang yang kononnya sedangkan mengelirukan umat mengenai Islam maka melalui bukti-bukti ini rakyat sekalian boleh melihat siapa dan parti manakah sebenarnya yang sedang keliru dan tekun mengelirukan rakyat dalam segenap segi. Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam dari tipu daya rakan-rakan kita dari Umno ini ?


Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, “ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim : Ayat 41).



NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 5 Ramadhan 1430 / 26 Ogos 2009.

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat