blogpemuda pas lumut

blogpemuda pas lumut
klik sini!

Ahlanwasahlan wamarghaban minkum

saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya.... marilah memperjuangkan agama Allah...yakni ISLAM...

24 Julai, 2009



MANJUNG, 6.30pagi tadi saya pergi ke dewan merdeka mpm untuk mengambil borang tapak bazar ramadhan. Ketika sampai, saya melihatkan ramai orang beratur di hadapan pintu dewan tersebut. Bilangannya saya anggarkan hampir 100 orang. Ada sesetengah org yang berada disitu sejak pukul 3pagi..dengan membekalkan sarapan....


mengikut kata sahabat saya, kemungkinan ramai yang tidak menunaikan solat subuh kerana sahabat saya berada disitu sejak pukul 5(sebelum subuh) dan sahabat saya berjema'ah didewan mpm(masjid sementara) yang berhampiran ketika dewan merdeka.
jadi, ini membuktikan ramai yang mementingkan perniagaan atau keduniaan berbanding solat atau akhirat...
saya berpendapat, JANGANLAH TERLALU GHAIRAH MENGEJAR KEBENDAAN@KEDUNIAAN semata-mata tanpa bekalan AKHIRAT.
CUBALAH ghairah mengejar KEDUNIAAN kerana ALLAH serta adanya bekalan AKHIRAT.
Tetapi, kepada sebilangan besar yang lain, yang sempat solat subuh. Saya bersyukur sgt. Alhamdulillah......
pada 7.30pagi,
semua mula menghampiri dan menyerbu ke pintu utama dewan itu. semua berpendapat pintu akan dibuka oleh pihak MPM.
ketika beratur pula, kekadang mereka tolak-menolak antara satu sama yang lain. Hinggakan membuatkan kaum wanita menjerit besar...
tetapi kesemua masih tidak mengganjak dari situ walau sedikit..
setibanya pukul 9.15pagi, baru kami dibenarkan memasuki dewan. dengan keadaan merebut, semua tidak mempedulikan sesiapa walaupun pihak MPM mengarahkan semua beratur tetapi mereka tetap menyerbu masuk.termasuk saya.........(hehehehe)
ape nak buat, dah nasib badan...
tetapi kesemua tidak dapat borang ketika itu....(sedih)...
kerana pihak MPM membuat keputusan supaya semua yang untuk memohon bazar di manjung fasa 1c.. untuk mengisi borang, dan MPM akan hubungi sesiapa yang terpilih........

17 Julai, 2009

Bertemu Rakyat D'Pasir Panjang& bermain bola sepak.

team MB vs team penduduk Pasir Panjang(3-1)

ds nizar(mb perak) sebagai penjaga gol...

penyokong bertambah ramai di sudut kiri padang...


gembira kanak-kanak ketika perlawanan berjalan..

wah! kemeriahan penduduk pasir panjang memberi sembutan menggalakan.

jatuhnya mb dipadang dan teruskan permainan. Biasalah, asam garam kehidupan mb Nizar ketika menjadi mb perak yang sah hingga kini...(mb rakyat)

sempat bergambar dengan penyokong kanak-kanak...(selepas bermain....)

bergambar bersama pemain team pasir panjang..

ini dia DJ Hamidun kita yg menggantikan Hasbullah Awang..... yg xdpt hadir


bersalaman dengan penyokong kanak-kanak...


beramah mesra dengan penduduk p.panjg.....
"bubar dun"terut bergema di padang..

-pejungmuda2-

09 Julai, 2009

Ds. Nizar peroleh kebenaran rayu keputusan Mahkamah Rayuan


Mahkamah Persekutuan hari ini telah membenarkan DS. Nizar untuk membuat rayuan keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Zambry dan menafikan beliau adalah Mb Perak yang sah.

Oleh itu Mahkamah Persekutuan akan meneruskan prosiding seterusnya dan bagi pihak Ds. Nizar akan mengemukakan rayuan dalam masa 14 hari.

Keputusan itu dibuat tiga Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Peguam Hanifa Maidin,dalam kenyataannya berkata (rujuk Harakah edaran terbaru bil 1454) adalah penting untuk Mahkamah Persekutuan menentukan sama ada jawatan Menteri Besar Perak yang disandang oleh Nizar boleh dan/atau dikosongkan dalam keadaan berikut:-

a) Dalam keadaan di mana Nizar telah memberi nasihat untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;dan

b) Dalam keadaan tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;dan

c) Dalam keadaan tidak terdapat usul undi tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Negeri Perak terhadap Nizar;dan

d) Dalam keadaan tidak terdapat perletakan jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan oleh Nizar.

Mahkamah Persekutuan juga kata Hanifa perlu memutuskan sama ada Fasal XVI(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (UTKP) memperuntukan bahawa penentuan isu kepercayaan terhadap Nizar perlu dibuat dalam persidangan Dewan Perhimpunan Negeri Perak atau sebaliknya.

Mahkamah juga perlu memutuskan sama ada UTKP memperuntukkan sebarang kuasa untuk seorang Menteri Besar dipecat atau jawatannya dianggap kosong atau dikosongkan.

Apa pun keputusan keputusan Mahkamah Persekutuan nanti jelas Hanifa lagi pasti akan menyusahkan Najib dan Umno sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang.Kalau Nizar menang Najib pun susah kerana perlu membubarkan Dun dan menguburkan BN di Perak.Kalau Nizar kalah pun, Najib susah kerana Mahkamah akan memberi kuasa yang sangat besar kepada Raja termasuk kuasa memecat PM tanpa perlu pergi ke Parlimen!.

Apa pun DS. Nizar telah memenangi pusingan pertama pada hari ini dengan berjaya mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan.

Sama-sama kita saksikan episod seterusnya disamping berdoa agar kemenangan berpihak kepada Ds. Nizar.



06 Julai, 2009

sejarah islam: Mus'ab bin Umair


Mus'ab bin Umair : Pemuda Dakwah


Musab bin Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Musab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.


Musab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Musab telah menganut Islam.

Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Musab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Musab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Musab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Musab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya.

Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Musab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Musab kepada ibunya: Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.

Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Musab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Musab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Musab. Adik-beradik Musab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Musab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Musab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Musab sering disebut-sebut oleh sahabat:

Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Musab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Apabila ibu Musab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Musab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Musab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Musab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Musab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Musab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Musab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada' Uhud. Abu al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Musab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah. Musab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Musab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.

05 Julai, 2009

salam perkenalan


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakhatuhu......

Saya pejuangmuda. Usia saya masih muda dan masih tercari-cari ilmu..

Saya seorang muslim dan yang beriman,insyaAllah... Saya membuka blog ini bertujuan menyebarkan berita mengenai perspektif islam dan menyuarakan semua perkara selagi tidak melanggar hukum syarak.

cari jam NEGARA anda!

wassalamun...

nalanniqa'

tamat

tamat