
Ahlanwasahlan wamarghaban minkum
29 Oktober, 2009
27 Oktober, 2009
Terkini 12.26 pm : Sidang media masih berlangsung
Dalam keadaan sidang haram yang dikendalikan oleh Speaker haram Ganesan, semua Adun PR masih berada dalam sidang media di dalam perpustakaan di aras yang sama.
Bila ada soalan yang ditanya oleh wartawan mengenai kami boikot sidang, dijawab perkara itu tidak berbangkit kerana sidang ditangguh oleh Speaker yang sah. Sidang yang berlangsung adalah sidang yang haram.
-idham lim-
Terkini 12.15 pm : Tercemarnya demokrasi, MB Nizar
apa yang terjadi adalah membenamkan demokrasi di Perak dengan penghalang untuk kami masuk oleh polis.
Ini adalah ancaman sedangkan kami datang atas nama Adun dengan surat Speaker yang sah.
Kekecohan adalah tindakan pihak polis dan bukannya kami.
Menyebabkan nyawa Sivakumar terancam dan terjejas.
-idham lim-
Saya memberitahu Menter Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin letak jawatan kerana tindakan mencemar institusi polis.
Kami dihalang dengan peraturan yang melampau termasuk tidak boleh membawa masuk kamera.
Hari ini telah terkubur demokrasi di Perak.
Tindakan sidang yang dikendalikan oleh Speaker haram, satu saja yang dia haram, kerana dia tidak ada hak undang-undang berada di situ.
Apa yang berlaku hari ini kerana arahan Zambry, setiausaha Kerajaan Negeri dan Hishamuddin.
TERKINI DUN HARAM
Bajet negeri telah selesai dibentangkan oleh MB Haram dengan
ketiadaan ADUN PR di dalam Dewan, semua ADUN PR dihalang daripada memasuki dewan..
Setelah berhempas pulas akhirnya berjaya masuk, tetapi Speaker Haram menangguhkan Sidang DUN....
Ratusan Polis kini masih berada di dalam Dewan, YB Chan Mei Kai dibelasah polis, Jubah Siva dirampas setelah Sivakumar ditendang beberapa kali oleh polis....
Ketua Polis Perak memberi jaminan keselamatan kepada semua ADUN, tapi mengapa YB Chan Mei Kai dibelasah...? polis yang memukul YB Chan Mei Kai......
YB NIZAR USULKAN UCAPAN TERIMA KASIH DI ATAS KECEMERLANGAN KEWANGAN PERAK DI BAWAH PAKATAN RAKYAT
Usul ucapan tahniah turut dikemukakan oleh YB Nizar di atas prestasi cemerlang kewangan kerajaan Perak 2008 di bawah Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. Beliau turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan, usul tersebut disokong dan diterima oleh semua adun PR.
-misbahul munir-
Terkini 11.08 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar
Sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah Sivakumar nampaknya tidak diganggu oleh Speaker haram dan Adun BN.
Ianya ditangguhkan sebentar tadi.

Berita Langsung Dari Persidangan Dun Perak........!
7.41am : Suasana Hujan Di Ipoh
Pemandangan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN Perak, dengan berlatar cuaca yang suram dan berkabus. Disinilah BN akan melakukan sekali pencabulan Undang-undang dengan menganjurkan sidang haram dengan membentang bajet haram dihadapan Speaker haram.
Sejak petang kelmarin hujan sesekali lebat dan renyai turun membasahi bumi Perak semacam mengiringi kesedihan korban jambatan di Kuala Dipang dan kesedihan sekali lagi undang-undang akan dilakukan oleh BN pada sidang haram hari ini.
8.44 am : Ramainya polis di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan
Saya sampai di kawasan sekitar bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri yang akan bersidang sebentar lagi.
Kelihatan deretan Black Maria dan kenderaan polis yang lain bersusun di sekitar bangunan itu.
Inilah suasana yang kelihatan dalam keadaan sekitar 50 meter telah diwartakan sebagai kawasan larangan bagi orang awam.
8.45 am : Suasana muram dalam keadaan mula sesak di Ipoh
Entah untuk pergi bekerja di pejabat masing-masing, entah rakyat Perak yang datang untuk menyaksikan sidang bersejarah hari ini. Sepanjang perjalanan dari hotel penginapan saya melewati beberapa persimpangan dan bulatan yang dikawal ketat oleh polis trafik.
8.47 am : Kawasan bangunan dikawal ketat oleh polis
Sekatan yang ketat dilakukan disekitar bangunan SUK. Kenapakah ini berlaku, kami dan rakyat datang untuk menghadiri sidang, bukannya berperang. Suasana semacam akan berlaku rusuhan yang dahsyat di Ipoh hari ini khususnya di sekitar bangunan Dewan Negeri.
Helikopter polis berlegar-legar di lingkaran bangunan SUK, Ipoh
9.20 am : 4 Adun Pakatan dilarang melintasi SUK
Empat Adun Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh, YB. Zainuddin, YB. Sum dan YB. Thomas SU dihalang oleh pihak polis semasa cuba melintasi kawasan jalan menuju ke bangunan DAP di sini. Berlaku tikaman lidah antara mereka dan akhirnya mereka di dibenarkan melewati jalan tersebut.
Sebetulnya tidak ada alasan Adun dihalang melewati jalan tersebut, kalaupun ada kaitan dengan warta 50 meter ianya hanya melibatkan orang awam sahaja.
Adun Pakatan Sudah berkumpul dan bila-bila masa akan ke bangunan Dewan Negeri
Sebahagian besar ADUN Pakatan Rakyat termasuk YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat berkumpul di satu tempat berhampiran dengan SUK dan bila-bila masa akan bergerak ke dewan bagi mengikuti sidang pada hari ini.
9.39 am : Kami mula bergerak ke dewan Kami mula bergerak ke dewan sekarang, doakan keselamatan kami.
Kawalan ketat menjelang sidang DUN Perak Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.
9.55 am : Siva dihalang kami pertahan YB Siva cuba dihalang oleh polis termasuk semua Adun PR yang cuba dihalang. Berlaku tolak menolak.
9.56 am : Kami mundur ke pintu utama. Semua ADUN PR dan Speaker Sivakumar mundur ke belakang apabila di halang oleh polis.
9.58 am : Kami bergerak kembali. Kami cuba sekali lagi ke lif untuk masuk ke dalam dewan dan sekali lagi dihalang oleh Polis, berlaku perlawanan cakap, mereka benarkan semua Adun masuk kecuali YB Speaker.
10.00 am : Kami terus dihalang, undur ke belakang. Ada yang ditolak sampai jatuh dan Speaker cuba ditangkap dan dihalang, kami pertahan sehingga ada Adun yang jatuh.
10.01 am : Kami keluar dari pagar SUK Setelah berlaku pergelutan tadi kami mundur dan terus keluar dari Bangunan dan pagar SUK.
Polis halang kami berkumpul di luar pagar dan adakan sidang akhbar MB Pakatan bercakap kepada wartawan swasta bahawa kami ditahan oleh Polis dan halang Adun PR dan Speaker masuk, dia juga Adun Tronoh.
Beliau mengecam tindakan polis itu yang melanggar undang-undang.
10.05 am : Suasana kecoh kembali. Polis terus menghalang kami dan kami bergerak ke pintu masuk untuk masuk ke dalam dewan dengan dikawal ketat oleh ratusan polis.
10.07 am : Kami berada dalam pagar SUK sekarang Kami mempertanyakan songkok YB Siva yang dirampas oleh seorang SB bernama Bala.
10.08 am Siaran langsung di PerakFM - Radio Malaysia Ipoh membuat liputan langsung pembentangan Belanjawan Perak oleh DS Zambry Abdul Kadeer
10. 25 am Pembentang Belanjawan Negeri Perak disampaikan oleh Zambry selesai dan Speaker Ganesan menangguhkan sidang dan akan disambung jam 11.00 pagi tanpa kehadiran ADUN Pakatan Rakyat
AwieBengang dengan kritikan Akhil Hayy, mahu Akhil ,Jangan sibuk,kononnya artis t'pgaruh dgn 'ajaran sesat' serta Jadikn zina dan arak halal
PUTRAJAYA: Bengang dengan kritikan Akhil Hayy, penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, mahu penceramah itu tutup mulut dan mencermin diri sendiri sebelum cuba mentarbiah artis yang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat.
Malah, penyanyi kumpulan Wings itu mengakui telinganya ‘panas’ apabila mendengar nama artis berkenaan dan memberi amaran kepada Akhil supaya tidak lagi bercakap mengenai dunia artis atau mengaitkan golongan itu dengan sebarang bentuk ajaran sesat.
Awie mendakwa gelaran ‘ustaz’ yang diberikan masyarakat terhadap Akhil tidak wajar kerana penceramah itu sepatutnya mencerminkan kredibiliti dirinya terlebih dulu.
Tanpa berselindung, Awie mempertikaikan kewibawaan Akhil untuk mentarbiah golongan artis berdasarkan kredibiliti kehidupan rumah tangganya yang boleh dipertikaikan bukan saja di kalangan penggiat seni, malah masyarakat umum.
Jangan ingat golongan artis tidak mengetahui kehidupan dunia dan akhirat.“Apa saja yang dilakukan manusia di bumi ini hanya Allah yang tahu, tidak salah untuk ingat-mengingati,” katanya, semalam.
Awie yang popular dengan lagu Sejati mengulas dakwaan Akhil Hayy bahawa ada segelintir artis yang sudah ada nama menggunakan kedudukan mereka mempengaruhi artis lain supaya melakukan maksiat selain mempermudahkan Islam.
Malah, penceramah muda dan pengacara sebuah rancangan ilmiah itu turut mengakui ada artis membenarkan gejala bersekedudukan dan berzina dengan alasan apa yang dilakukan sudah ditentukan Allah selain manusia (artis) mempunyai ruang dan masa untuk bertaubat.
Akhil turut menyentuh mengenai ajaran sesat artis terbabit yang dipercayai menjadi pegangan melalui ajaran pelik dipercayai diperoleh daripada ‘guru ghaib’ yang sukar untuk dikesan.
Mengulas lanjut isu berkenaan, Awie berkata Akhil perlu mencermin dirinya dulu yang sebelum ini turut terpalit dengan dunia glamor.
Awie berkata, kehidupan artis yang menjadi ‘public figure’ memang sentiasa disuluh lampu terang yang semestinya mahu memperlihatkan kecantikan yang dimiliki dalam sinaran cahaya berkenaan.
Walaupun mengakui ada artis yang tergelincir (terbabit dengan kegiatan maksiat), Awie mempertikaikan mengapa hanya golongan itu dikaitkan dengan pelbagai kegiatan tidak bermoral, termasuk ajaran sesat.
“Sebagai artis kita fokus terhadap apa yang hendak kita lakukan dan tidak berdiri di pentas ceramah sambil memaki dan mencerca orang lain,” katanya
Awie turut mendakwa penceramah terbabit pernah memperlekehkan lagu Sejati mengikut selera sendiri ketika berada di pentas ceramah.
“Saya meminta penceramah muda ini supaya tidak menilai seseorang itu secara melulu dan melalui ‘kulit’ saja, kerana ada ketikanya ada individu mempunyai ‘kulit’ yang baik, tetapi sebenarnya busuk di dalam.
Dia baru setahun jagung dalam dunia artis dan terlalu mudah serta sewenang-wenangnya mahu menilai kehidupan artis sekarang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat,” katanya.
>Hanya dakwah, saling mengingati
PUTRAJAYA: “Apa yang saya luahkan (amalan ajaran sesat di kalangan artis) atas dasar dakwah dan saling mengingati sesama golongan artis dan tiada niat untuk menunjukkan saya ini ‘suci’ berbanding orang lain.
“Saya juga manusia dan tidak menafikan ada melakukan kesilapan, tetapi saya mahu melihat kehidupan golongan artis diperbaiki agar berada di landasan sepatutnya,” kata penceramah dan pengacara rancangan ilmiah televisyen, Akhil Hayy, semalam.
Menurutnya, walaupun niatnya ikhlas untuk berbuat kebaikan sesama artis, dia akur jika ada di kalangan penggiat seni sukar dan tidak mahu menerima hakikat cabaran baik dan buruk dalam dunia itu.
Akhil berkata, dia bukan bercakap berdasarkan nafsu, tetapi satu peringatan bukan untuk dirinya, malah untuk rakan artis supaya berwaspada dan tidak tergelincir sehingga membawa kepada jurang kesesatan.
“Sebenarnya, saya tidak menuduh mana-mana pihak tapi berdasarkan kepada pengalaman sepanjang terbabit dalam dunia artis yang penuh cabaran.
“Bagi saya, apabila membabitkan soal akidah, ia bukan tanggungjawab saya saja, tapi juga tanggungjawab semua umat Islam termasuk juga artis yang juga ikon masyarakat.
“Sebagai ikon, kita perlu menunjukkan contoh dan teladan baik supaya mampu melahirkan masyarakat yang memiliki nilai murni,” katanya.
Dia mengulas kritikan penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, yang tidak selesa dengan kritikan Akhil terhadap segelintir golongan artis yang kononnya menjadi tali barut ‘guru ghaib’ bagi menyebarkan ajaran sesat.
Akhil berkata, dia tidak mempunyai niat tersirat atau mencari publisiti murahan, tetapi hanya mahu mengingatkan rakan artis mengenai pentingnya memberi perhatian terhadap soal akidah.
Menurutnya, memang kebanyakan umat Islam mengaku Islam, tetapi sebenarnya mereka tidak beriman kepada Allah.
“Jika mereka tidak salah mengapa perlu hendak memarahi orang lain dan saya tetap perlu melakukan kebaikan walaupun terpaksa menghadapi banyak cabaran.
“Saya meminta golongan artis yang terasa `pedas’ dengan `cili’ yang diberikan supaya melihat nasihat itu dengan mata hati dan cuba berprasangka baik yang mungkin boleh membawa kebaikan kepada mereka,” katanya.
Akhil berkata, sebagai umat Islam, dia tidak mahu kehidupan artis masih dibelenggu dengan konsep `lu lu’ dan `gua gua’ yang sebenarnya tidak dianjurkan Islam.Menurutnya, walaupun tidak menafikan rasa tidak senang segelintir artis, dia mengakui masih ada artis yang celik dan menerima nasihat diberikan dengan hati terbuka.
“Saya masih melihat ada artis yang mempunyai kekuatan untuk melihat kebaikan hendak kita sampaikan,” katanya.
Oleh itu, dia berharap mesej yang cuba dibawa kepada masyarakat artis perlu diberikan perhatian kerana mereka adalah ikon masyarakat yang mempunyai ramai pengikut.H METRO
gambar tragedi One Malaysia....
Gambar dan laporan lanjut akan dilapor kemudian.
-sya~reformis-
26 Oktober, 2009
Tragedi "One Malaysia" Di Kuala Dipang
Ketika kejadian sekitar 30 murid bersama guru sedang mengambil giliran menyemberangi jambatan untuk makan malam. Jambatan tiba-tiba runtuh menyebabkan guru dan murid tercampak ke dalam sungai. Kebanyakan murid sempat berpaut pada rantai jambatan dan diselamatkan oleh guru dan jurulatih yang bertugas.
Jurulatih bertungkus lumus menyelamatkan murid sekalipun dalam keadaan yang sangat bahaya kerana arus yang deras. Beberapa murid dapat diselamatkan kecuali beberapa murid yang dihanyutkan arus deras. Usaha menyelamat menghadapi masalah kerana keadaan gelap. Kejadian berlaku 10.30 malam.
Sehingga 8.40 pagi seorang mayat pelajar india ditemui oleh pasukan penyelamat. Usaha masih diteruskan. Pemimpin termasuk dari Pakatan Rakyat dan Timbalan Perdana Menteri dilihat berada di tempat kejadian
-anak sengat-
21 Oktober, 2009
Turunnya Isa Putra Maryam....
20 Oktober, 2009
bukan tatu tapi kehendak Allah swt..
Ayat al-Quran pada kulit bayi

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - AgensiTerkini: Sejadah pun leh solat, manusia?
Lagi peristiwa sejadah berdiri

PASIR MAS - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut, Repek dekat sini gempar apabila 35 helai sejadah yang berada di dalam surau sekolah berkenaan didapati berdiri.
Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu kelihatan seolah-olah lelaki dan wanita sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk antara dua sujud.
Sejadah-sejadah tersebut juga seperti sedang berjemaah dengan sehelai daripadanya seolah-olah menjadi imam dan diikuti dengan 15 helai di ruang sembahyang lelaki dan 19 helai lagi di ruang sembahyang wanita.
Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 10.55 pagi oleh seorang pelajar tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang sedang mengikuti kelas pemulihan bersama beberapa pelajar lain di pondok berhampiran surau berkenaan.
"Saya secara tidak sengaja ternampak sejadah seperti sedang bersembahyang melalui celah pintu. Saya beritahu kawan dan dia memaklumkan kepada guru," katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, guru terbabit, Adnan Abdullah, 37, berkata, dia terkejut apabila melihat sejadah-sejadah tersebut berada dalam keadaan berdiri dan seolah-olah menunaikan sembahyang secara berjemaah.
"Keadaan sejadah tersebut seperti berada dalam saf sembahyang, ada yang tinggi dan rendah seperti jemaah dewasa bersama jemaah kanak-kanak," ujarnya.
12 Oktober, 2009

Umno menang tetapi kalah dalam memerangi rasuah
TELOK KEMANG, 11 Okt: Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sambil menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.
Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.
Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.
Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara, konsistan menjalaskan, keputusan pilihan raya hari ini akan mempercepat gelombang itu.
Tegasnya lagi, N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih.
Kedua-dua mereka mengulas keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam sidang media mereka jam 9 malam tadi. Turut serta dalam sidang media itu adalah calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan Pengarah Operasi Pilihan raya ini, Dr Dzulkefly Ahmad serta pimpinan Pakatan Rakyat.
SPR mengumumkan, calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad menang besar dalam pilihan raya kecil ini mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti majoriti 5,435 undi.
Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.
Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Azman Mohd Nor mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian Azman.
10 Oktober, 2009


“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Amin.
08 Oktober, 2009
samsengnya UMNO n Pro-UMNO

07 Oktober, 2009
Gempa Bumi di Indonesia
bumiperak, Wednesday, October 7, 2009
MENAKJUBKAN Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.
Bermulanya pejuangan bg pelajar yg ambil PMR...
jadi, saya mengucapkan selamat berjuang dengan otak.... balajar juga boleh dikatogorikan sebagai medan berjuang.... buat adik2 yg menduduki PMR pg tadi, teruskan usaha..
teruskan berdoa..... bermunajatlah...... bertawakal.....
wassalamun........
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan berkempen untuk calon UMNO Barisan Nasional, Isa Samad bagi mengekalkan kerusi N31, Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini.
06 Oktober, 2009
Banner Provokasi Berjaya Diturunkan..!!!

Ia diturunkan selepas satu laporan polis dibuat oleh Yb Firdaus Jaafar MP jerai semalam.Beliau yang dalam ceramahnya memberikan masa 24 jam bermula petang semalam kepada Pihak Berkuasa untuk menurunkan kesemua banner yang berunsur fitnah ini akhirnya berjaya diturunkan kerana ia disifatkan melanggar akta Pilihanraya Malaysia.
Berdosa pilih perasuah jadi pemimpin - Ulama

KOTA BHARU, 6 Okt: Kitab fiqah menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin.
Usahkan dipilih sebagai pemimpin menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.
Ini kerana kesalahan rasuah dikategorikan di bawah dosa-dosa besar.
Sedangkan syarat untuk melayakkan seseorang Islam menjadi saksi atau wali antaranya mesti berkelakuan adil, tidak bercakap bohong, tidak melakukan dosa besar dan tak mengekalkan dosa-dosa kecil.
Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, orang yang terlibat dengan rasuah dikategorikan sebagai fasik (rosak iman).
"Usahkan mahu dilantik sebagai pemimpin, menjadi saksi kepada perkahwinan pun tidak boleh bagi orang macam itu," katanya di sini.
Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad pernah disabitkan dengan kesalahan korupsi pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin Umno.
Pengerusinya panel itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian Umno selama enam tahun terhadap Isa.
Sebelum itu pada perhimpunan agung Umno Isa menang jawatan Naib Presiden Umno. Bagaimanapun dia telah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan rasuah (politik wang).
Pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini Isa akan ditentang calon PAS, Mohamad Zulkefly Omar.
Ulama muda lulusan sarjana di Jordan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, banyak kitab fiqah menjelaskan orang yang terbabit dengan rasuah tidak layak untuk menjadi saksi bagi sesuatu perkahwinan.
"Kalau hendak menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri lagi tidak layak kerana tanggungjawab wali lebih besar," katanya.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berceramah di Taman Guru dekat sini, malam Jumaat lalu menjelaskan orang yang pernah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan rasuah tidak boleh menjadi saksi perkahwinan.
Katanya, kalau menjadi saksi pun tidak boleh macam mana pula hendak dilantik sebagai pemimpin.
04 Oktober, 2009
jom ke jamuan hari raya surau madah.......
tempat ; surau madah, fasa 1A, manjung
tarikh ; 17 okt 2009
masa ; 3.00ptg - 6.00ptg
(jemputan khas; YB. pasir panjang/bukit gantang)
"semua dijemput hadir"
(termasuk bukan muslim)
02 Oktober, 2009
Menerangkan isu BAGAN PINANG secara FAKTA..

Assalamu'alaikum.....
ana ada berita tentang bagan pinang,n9... nak tau?
semasa ana beraya di kuala lumpur, ana beraya dirumah sahabat ana di gombak. sampai dirumahnya, ana dan bapa sahabat ana berbual panjang. sehinggakan kami terbual isu pilihan raya bagan pinang.
persoalan bapanya ialah bolehkah PAS menang ditempat kuat BN? susah untuk PAS menang....
ana terkedu dengar katanya... ana tunggu penjelasannya lagi.
Dia pernah tinggal di n9 kerana berkhidmat di Kem Tentera, Port Dickson,n9. sebagai komander tldm ketika itu... jadi, tidak asing bagi dia kawasan bagan pinang,teluk kemang dll.
mengikut cerita dia, sebab apa PAS susah menang di bagan pinang?
- sebilangn besar penduduk d'situ tidak mahu n tak tahu tentang islam sepenuhnye.. contoh, 1.solat maghrib n isyak di masjid tiada org iaitu kurg dr 5 org jemaah shaja. klu surau, lg ar xmandang.. 2. solat juma'atnya kurg dr 40 org jemaah yg akhil baligh. 3. pengajian agama pula tiada langsung, jauh bezanya dr bukit gantang,dll. kesannya,berita yg ingin disampaikan PAS suah nk sampai pd pgundi situ. krn ingin tahu berita PAS iaitu dr ceramah,internet,harakah,keadilan dll. Kesimpulannya, PAS perlu kerja lebih keras di Bagan Pinang.
- tentera!! BN senang manggunakan tentera samada berada disitu atau tak berada disitu sebagai jentera bntu BN untk memenangi N31. dan kerajan BN akn guna sepenuhnya tenaga tentera untuk rayu undi,mengundi, dll seperti pilihan raya kecil yg lalu. Hal ini susah utk kita mencegahnya melainkan doa kemenangan utk PAS... kesannya, PAS akn mengalami kekurang bilangan org utk rayu undi,mengundi disitu berbanding UBN.. Kesimpulannya, kita perlu mengajak semua penyokong PAS xkira dr lain status agama,fahaman,darjat,umur,parti,pertubuhan dll untuk kerja lebih keras dan sumbangan di Bagan Pinang,n9 ini... JOM KE BAGAN PINANG....
KEPADA UBN PULA, BN tidak mungkin boleh menang jika..............
- calonkan ISA samad... kerana pelbagai isu buruk yg pernah dia buat dan isunya masih tidak lupa org bgn pinang iaitu isu rasuah,isu babi,isu salah gunakuasa dll.. kesimpulannya, BN kalah teruk....................mejoriti lbh besar dr prk lepas... insyaAllah.
- siapa calon UBN itu pasti ada masalah atau isu yg dirahsiakan akan diketahui pada prk itu.... byk rahsia buruk calon yg terbongkar... krn BN selalu cerita baiknya BN di tv3suku,tv1 n tv2,utusan.berita hairan dan sekutunya.... jadi org bn sendiri yg meluat..... kesimpulannya, Lu Pikir La Sendiri.....
- memainkan isu pakatan, isu yg diburukkn oleh media pro-bn akn jadi kemenangan pd PAS juda krn pakatan amat peka sekali tentang semua isu semasa dan dpt selesaikn dengan baik sekali.disamping itu, media pro-bn bkn jatuhkn imej PAS/pakatan tapi mjatuhkn imej mereka sendiri dan BN sendiri serta meluatnya rakyat pd bn serta pro-bn tu. kesimpulannya. lebih bagus tv3cuku, n bharian wat cmtu... krn cara tu jua sebenarnya menjeratkan bn sendiri.....
- dan byk lagi...........
-pejuangmuda2-
cari jam NEGARA anda!
wassalamun...
tamat
